backup og meta

SERAM Tengok Lukisan Anak? Parents, Ini Mungkin Ciri-ciri Lukisan Anak Kemurungan!

SERAM Tengok Lukisan Anak? Parents, Ini Mungkin Ciri-ciri Lukisan Anak Kemurungan!

Kanak-kanak memang gemar melukis tetapi bagaimana jika lukisan tersebut menyeramkan? Keadaan itu dikenali sebagai lukisan mental health. Umumnya ia banyak dikaitkan sebagai lukisan depresi. 

Jika anda pernah melihat anak menghasilkan lukisan seperti itu, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui langkah sewajarnya yang perlu dilakukan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Lukisan mental health

Tular video di Tiktok, di mana seorang ibu berkongsikan buku lukisan milik anak perempuannya. Apa yang mengejutkan lukisan tersebut lebih berunsur kepada kemurungan, tekanan, rasa tidak gembira serta seperti berlaku gangguan kepada diri anaknya.

Menurut ibu kepada kanak-kanak tersebut, anaknya bukanlah seorang yang pandai melukis dan kebiasaannya lukisan yang dilukis adalah biasa-biasa sahaja. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, anaknya gemar bersendirian dan tidur di ruang tamu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan ia adalah lukisan depression dan mencadangkan agar kanak-kanak tersebut dibawa untuk berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan rawatan sewajarnya sebelum keadaan bertambah teruk.

Lukisan-lukisan tersebut juga dikaitkan dengan ‘Lukisan Mental Health’. Ia melibatkan lukisan individu yang menggambarkan perasaan dan emosi yang tidak dapat diekspresikan secara nyata. 

lukisan mental health
Sumber: Tiktok nicky_13101

Bantu anak dengan lukisan depresi

Apabila wujud kerisauan yang ketara pada diri ibu bapa, ia boleh menyebabkan anak mengelak daripada berkomunikasi atau berbincang. Bahkan mereka mungkin akan mula memencilkan diri.

Coretan yang pada pandangan mata kita sebagai ibu bapa tampak menyeramkan, mungkin pada anak adalah tanda mereka meminta pertolongan. Keadaan ini tidak seharusnya dipandang enteng.

Bukan hanya individu dewasa, golongan muda juga berisiko mengalami gangguan psikologi seperti masalah kemurungan. 

Selain berpunca daripada kemurungan, terdapat pelbagai pengaruh lain yang boleh menyebabkan anak melukis sesuatu yang menyeramkan seperti penyakit mental kesan trauma pada awal usia.

Berikut beberapa perkara yang boleh anda pertimbangkan apabila berdepan situasi melihat anak membuat lukisan mental health.

Lukisan mental health #Perubahan mendadak 

Pantau dengan teliti tabiat si kecil dapat memberikan anda garis asas perlakuan mereka.

lukisan mental health
Sumber: Tiktok nicky_13101

Secara amnya, kanak-kanak yang biasanya melukis bentuk hati dan pelangi akan terus berbuat demikian. Ia menjadi corak lukisan yang akan sering diulang dan menjadi zon selesa artistik anak.

Tetapi sekiranya anak beralih daripada bentuk hati dan pelangi kepada melukis imej ganas atau menyeramkan, adalah penting untuk ibu bapa memberikan perhatian terhadap perubahan drastik ini.

Berbincang tentang lukisan anxiety

Daripada cuba membuat tafsiran sendiri terhadap imej tersebut, biarkan anak memberitahu kepada anda jika ia adalah lukisan yang mempunyai makna tersirat kepada mereka.

Tanyakan soalan umum kepada anak seperti “Siapa orang dalam lukisan ini?”

Anda mungkin akan mendapat jawapan yang menyatakan lukisan itu bukanlah sesuatu masalah berat atau anak mungkin mendedahkan maklumat yang membuatkan kalian untuk mengetahui lebih lanjut.

Lukisan mental health #Kecenderungan hitam & merah

Terdapat pelbagai warna boleh dijadikan pilihan. Sekiranya anak memilih warna hitam dan merah dari masa ke masa, ia adalah perkara normal.

Sebaliknya jika si kecil lebih cenderung dengan warna hitam atau merah sepanjang masa, anda mungkin perlu berwaspada.

Kajian menunjukkan bahawa jika anda cenderung pada kebanyakan waktu menggunakan warna hitam dan merah, ia adalah tanda yang dikenal pasti oleh ahli terapi sebagai isyarat penting.

Penggunaan warna hitam yang banyak sering dikaitkan dengan kemurungan zaman kanak-kanak. Manakala warna merah yang berlebihan pula boleh menjadi tanda kemarahan dan pencerobohan.

Usia anak

Tanpa mengira usia, setiap anak boleh melukis lukisan anxiety yang dianggap oleh ibu bapa sebagai menyeramkan atau ganas. Justeru, penting untuk memahami situasi mereka terlebih dahulu.

Terdapat perbezaan yang sangat besar antara si kecil berusia empat tahun melukis imej menyeramkan atau ganas dan anak 14 tahun yang melakukan perkara sama.

Ada kalanya anak kecil akan melukis secara sembarangan dan tidak menyedari apa yang dilukis adalah tidak sesuai. Mereka hanya melukis emosi dan fikiran secara bebas.

Manakala seorang remaja pula mempunyai skop pemahaman penuh mengenai apa yang dilukis. Jika imej menyeramkan atau ganas muncul dengan kerap atau digambarkan melalui grafik, tindakan lanjut perlu diambil segera.

Pengulangan dalam lukisan mental health

Jika anak berulang kali melukis imej menyeramkan atau ganas, anda perlu menggali lebih mendalam mengenai situasi sebenar.

Lukisan berulang mungkin dan boleh menjadi tanda bahawa terdapat sesuatu dalam fikiran anak yang membebankan diri mereka.
lukisan mental health
Cara membantu individu kemurungan.

Tingkah laku berbeza

Jika anak secara lazim melukis lukisan depresi yang menyeramkan atau ganas dan anda menyedari mereka turut menunjukkan tingkah laku pelik, ia adalah situasi berjaga-jaga yang harus ditangani segera.

Perubahan mood, kelainan dalam corak tidur serta sikap lain yang merisaukan tidak boleh diabaikan.

Sekiranya terdapat kebimbangan mengenai keadaan anak dan lukisan depresi, bawalah mereka untuk melakukan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor atau pakar bagi mendapatkan kepastian serta jalan penyelesaian yang lebih baik.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. When Kids Draw Violent Pictures, Should you Worry? https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2015/10/when-kids-draw-violent-pictures-should-you-worry,  Accessed on Nov 3, 2022
  2. How Drawing can Improve your Mental Health in 10 Unique Ways. https://emilysnotebook.co.uk/all-posts/how-drawing-can-improve-your-mental/,  Accessed on Nov 3, 2022
  3. Learn to decode children’s drawings. https://novakdjokovicfoundation.org/learn-to-decode-childrens-drawings/, Accessed on Nov 3, 2022
  4. Masoumeh Farokhi and Masoud Hashemi. (2011). The Analysis of Children’s Drawings: Social, Emotional, Physical, and Psychological aspects. https://www.researchgate.net/publication/271564095_The_Analysis_of_Children’s_Drawings_Social_Emotional_Physical_and_Psychological_aspects, Accessed on Nov 3, 2022 
  5. Ziad D. Baghdadi, Saffana Jbara and Nazeem Muhajarine.  (2020). Children’s Drawing as a Projective Measure to Understand Their Experiences of Dental Treatment under General Anesthesia, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7401887/, Accessed on Nov 3, 2022
  6. Kids’ Drawings Speak Volumes About Home. https://www.npr.org/sections/ed/2014/12/08/368693069/kids-drawings-speak-volumes-about-home, Accessed on Nov 3, 2022 
  7. Tiktok nicky_13101. https://www.tiktok.com/@nicky_13101/video/7161321159718358298?_r=1&_t=8X2ToYdKSGY&is_from_webapp=v1&item_id=7161321159718358298, Accessed on Nov 3, 2022 

 

Versi Terbaru

04/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Budak Sekolah dan Perkembangan Mental

Kemurungan Remaja Bukan Isu Terpencil. Let's Take Care Of Each Other!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan