Isu berkenaan kesejahteraan mental ini bukanlah satu isu yang baharu dan ia juga bukanlah satu isu yang melanda sesetengah kumpulan umur sahaja. Pelbagai faktor boleh menjadi pencetus kepada terjejasnya kesejahteraan mental seseorang individu. Kesihatan psikologi seringkali dianggap sebagai satu isu picisan atau isu terpinggir yang kurang diambil tahu oleh setiap ahli masyarakat.
Kes-kes kemurungan remaja di negara ini masih lagi kurang diberi perhatian. Akibatnya, kelewatan tindakan daripada sesetengah pihak menyebabkan ia seringkali berakhir dengan tragedi yang menyayat hati. Menurut Mental Health Foundation, masalah kesihatan mental menjejaskan 1 dalam setiap 10 orang kanak-kanak dan remaja, dan ia termasuklah masalah gangguan kemurungan dan keresahan atau kebimbangan. Paling mengejutkan, 70% daripada kanak-kanak dan remaja ini yang mengalami gangguan mental tidak mendapat atau melalui proses intervensi yang sepatutnya.
Ibu bapa adalah pihak pertama yang bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan mental atau psikologi anak-anak mereka berada dalam keadaan yang baik. Apakah kaedah atau panduan yang boleh digunakan golongan ibu bapa dalam memastikan kestabilan emosi anak-anak mereka agar tidak mengalami sebarang konflik dalaman seperti kemurungan remaja?
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen