backup og meta

Gaya Tidur Menggambarkan Personaliti? Ada 7 Posisi Tidur Untuk Ditafsirkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/07/2023

    Gaya Tidur Menggambarkan Personaliti? Ada 7 Posisi Tidur Untuk Ditafsirkan!

    Pastinya banyak gaya tidur yang akan kita buat selain tidur meniarap. Tetapi, pernah tak dengar orang mengatakan posisi tidur boleh menggambarkan personaliti diri? Adakah ia benar? Hmmm… jom bongkar!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur Berkualiti, anda boleh klik di sini.

    Gaya tidur vs personaliti diri

    Tidur merupakan satu perkara yang akan dilakukan oleh setiap individu.

    Dan percayakah anda apabila ada yang mengatakan untuk mengetahui tentang personaliti seseorang individu, kita hanya perlu melihat cara tidur untuk mendapatkan gambaran eksklusif mengenai keperibadian sebenar seseorang?

    Sesuatu yang sukar untuk dipercayai, bukan? Namun, benarkah posisi tidur menggambarkan personaliti diri?

    Pelbagai kajian dan penyelidikan telah dilakukan untuk mempelajari dan mengenalpasti pasti corak tidur yang paling umum dan personaliti individu. 

    7 posisi yang paling umum

    gaya tidur

  • Fetal
  • Gaya tidur seperti janin ini adalah apabila anda membengkokkan lutut anda ke arah dada. Ia dipanggil fetal kerana ia seperti kedudukan bayi dalam janin ibunya.

    Dikatakan individu wanita lebih kerap tidur dalam kedudukan seperti ini berbanding lelaki. Merupakan posisi tidur paling popular.

    Ciri-ciri personaliti:

    Digambarkan seperti cengkerang; keras diluar, tetapi lembut pada bahagian dalam.  

    Individu dalam gaya ini biasanya pemalu pada pertemuan yang pertama, tetapi apabila mereka sudah selesa dengan anda, mereka akan menjadi lebih terbuka dan tenang.

    Sensitif. Ada masanya menjadi seorang yang keterlaluan dalam berfikir dan gemar menjadi risau tanpa sebab.

    1. Log

    Keadaan tidur yang berbaring pada sisi sebelah badan, kaki lurus ke bawah dengan tangan turut berada di sisi. Ia dikatakan gaya tidur yang membosankan.

    Ciri-ciri personaliti:

    Merupakan individu yang mudah mesra, periang dan popular. Seorang individu gemar bersosial, namun gemar untuk bersama dengan mereka yang agak berstatus.

    Mudah mempercayai individu tidak dikenali yang menyebabkan golongan ini mudah tertipu.

    1. Yearner

    Posisi tidur seperti Log, cuma kedudukan tangan anda menghulur ke depan, seperti sedang mengambil sesuatu, atau ingin memegang seseorang.

    Ciri-ciri personaliti:

    Dikatakan individu yang agak rumit. Berfikiran terbuka tetapi tidak mudah tertipu. Seorang yang agak sinis dan mudah curiga.

    Agak perlahan dan lambat dalam membuat sesuatu keputusan, tetapi apabila sekali mencapai keputusan, mereka akan berpegang teguh kepada keputusan yang telah dibuat.

    gaya tidur

  • Soldier
  • Seperti nama yang diberikan, gaya tidur ini adalah seperti seorang tentera – berbaring, kedudukan menegak dan tangan di sisi.

    Ciri-ciri personaliti:

    Digambarkan sebagai individu yang pendiam, kuat, serius, tegas serta mempunyai piawaian tahap moral yang ketat dan tinggi untuk diri sendiri.

    Seorang yang boleh menyesuaikan diri dengan baik, mengetahui tujuan kehidupan dan berusaha mencapainya. Tidak gemarkan kekecohan.

    Namun, individu yang tidur pada posisi ini mungkin mengalami masalah tidur berdengkur.

    1. Freefaller

    Kedudukan tidur meniarap, tangan seperti memeluk bantal dan kepala memandang ke sisi.

    Kedudukan tidur meniarap ini dikatakan agak kurang selesa, malah boleh mendatangkan kesakitkan pada bahagian leher.

    Tetapi individu yang gemar tidur dalam posisi ini, menikmati posisi tidur sebegini dan sukar untuk mengubahnya.

    Ciri-ciri personaliti:

    Dikatakan sebagai individu yang berani, terbuka, suka bergembira dan ramah.

    Cenderung untuk menghadapi sesuatu yang berisiko tetapi tidak mempunyai kekuatan mental dan emosi untuk menangani kritikan atau situasi yang tidak masuk akal.

    Cepat dilanda kegelisahan dan gemar untuk menjadi seseorang yang memegang kawalan kepada sesuatu keadaan.

    gaya tidur

    1. Starfish

    Seperti namanya, kelihatan seperti bintang tidur di atas katil. Merupakan gaya tidur yang kurang popular.

    Ciri-ciri personaliti:

    Merupakan individu yang bersemangat untuk membantu dan mendengar pemasalahan rakan-rakan.

    Dikatakan sebagai individu yang amat disenangi, kerana menjadi seorang yang setia dan memberikan keutamaan dalam persahabatan.

    Tidak suka menjadi tumpuan ramai dan suka menjauhkan diri dari perhatian. Tetapi seperti Soldier, individu yang tidur sebegini turut berdepan dengan masalah tidur berdengkur.

    1. Stargazer

    Bukan satu keadaan tidur yang popular. Ia merupakan gaya berbaring, dengan kedua belah tangan berada di belakang kepala.

    Ciri-ciri personaliti:

    Individu yang periang, rasioanal, ceria dan berpandangan positif dalam kehidupan. Mengutamakan rakan dan sanggup melakukan apa sahaja kepada mereka yang disayanginya.

    Romantis dan mudah bersosial serta bergaul. Individu tidur pada posisi ini mempunyai keperibadian diri yang sangat kuat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 18/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan