backup og meta

Bukan Mengada-ngada, Ini 3 Sebab Mengapa Si Kecil Sukar Tidur Pada Waktu Malam

Bukan Mengada-ngada, Ini 3 Sebab Mengapa Si Kecil Sukar Tidur Pada Waktu Malam

Ibu bapa mudah tertekan apabila bayi atau anak sukar tidur terutamanya jika mereka terjaga pada waktu malam.

Walaupun normal bagi segelintir kanak-kanak untuk mengalami kesukaran untuk terlelap, kadangkala ia boleh berlaku disebabkan oleh masalah kecelaruan tidur.

Senario berikut menggambarkan situasi bagi kanak-kanak yang menghidap masalah kecelaruan tidur:

  1. Anak anda terbaring di atas katil, memanggil anda untuk bercerita, menyanyikan lagu dan meminta anda untuk menemani mereka minum air atau pergi ke tandas.
  2. Anak anda cuma tidur selama 90 minit sebelum mereka terjaga semula (termasuk tidur pada waktu malam).
  3. Anak anda mengadu gatal kaki pada waktu malam.
  4. Anak anda tidur berdengkur kuat.

Oleh sebab tidur merupakan elemen terpenting bagi kanak-kanak untuk membesar, masalah anak sukar tidur perlu diberi perhatian. Ibu bapa perlu lekas mendapatkan rawatan untuk anak mereka.

Artikel ini akan menerangkan perihal kecelaruan tidur dalam kalangan kanak-kanak. Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Paten tidur-jaga bagi kanak-kanak

Sering kali kita diberitahu berkenaan dengan jumlah jam tidur normal bagi kanak-kanak namun tidak paten tidur-jaga mereka.

Perkara ini penting memandangkan maklumat bagi jumlah tidur hanya memberitahu anda berkenaan dengan durasi tidur yang perlu untuk anak anda membesar dengan optimum.

Berikut merupakan corak tidur-jaga dalam kalangan kanak-kanak mengikut peringkat usia:

  1. 0 hingga 3 bulan – Walaupun tidur penting bagi peringkat usia ini, makanan dan interaksi dengan penjaga juga mempunyai tahap kepentingan yang sama. Oleh sebab itulah bayi kebiasaannya bangun untuk makan, merenung muka mereka yang melihat mereka atau melihat sebarang aktiviti di sekeliling mereka dan kemudian tidur semula.
  2. 3 hingga 12 bulan – Apabila bayi mencecah usia 3 bulan, kebanyakan mereka tidur lebih lama pada waktu malam dan berjaga pada waktu siang (namun masih ada masa tidur pada waktu siang). Perkara ini kekal sehingga mereka berusia setahun, mereka akan tidur lebih kerap pada waktu malam dan hanya tidur sekejap pada kekerapan 1 hingga 2 kali.
  3. Selepas berusia 12 bulan, kebanyakan kanak-kanak hanya tidur singkat sekali pada waktu siang. Apabila usia mereka mencecah waktu prasekolah, mereka tidak lagi tidur pada waktu siang seperti ketika mereka bayi.

Kecelaruan tidur yang boleh dialami kanak-kanak

anak sukar tidur

Apabila bayi sedang membesar, perubahan tubuh badan dan minda yang berlaku boleh menyebabkan anak sukar tidur.

Mereka mungkin akan berasa resah atau ingin dipeluk setiap masa di malam hari.

Mungkin mereka berada pada fasa mengenali perkataan atau mempelajari cara untuk menyebut sesuatu dan teruja untuk menyebut semua benda sehingga anak sukar tidur.

Apa yang lebih teruk lagi jika mereka diberi minuman atau makanan yang mempunyai kandungan kafein seperti coklat, minuman teh dan sebagainya (bagi bayi yang sudah besar).

Jika anda baru berpindah rumah atau baru sahaja menempatkan bayi anda di bilik baru, mereka boleh mengalami kesukaran untuk tidur juga.

Sekiranya faktor-faktor tersebut bukan penyebab kepada masalah anak anda sukar untuk tidur lena, ia boleh disebabkan oleh masalah kecelaruan tidur.

Antara yang lazim dialami oleh kanak-kanak adalah seperti berikut.

#1 Apnea tidur

Ini adalah masalah anak sukar tidur yang menakutkan bagi ibu bapa. Anak anda akan berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih semasa mereka sedang tidur.

Pada kebanyakan masa, anak anda tidak akan sedar langsung perkara ini terjadi kepada mereka.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan ini juga boleh tidur berdengkur dengan kuat, tidur dengan mulut terbuka luas dan tidur lama pada waktu siang.

Sekiranya keadaan kesihatan ini tidak dirawat dengan segera, ia boleh mempengaruhi tingkah laku, keupayaan mereka untuk belajar dan jarang sekali, masalah jantung.

anak sukar tidur

#2 Sindrom kaki gelisah

Bukan orang dewasa sahaja yang boleh mengalami masalah sindrom kaki gelisah (RLS). Kajian menunjukkan masalah ini boleh bermula pada peringkat usia kanak-kanak.

Bagi anak yang sudah boleh bercakap, mereka boleh mengadu seperti ada serangga merayap pada kaki mereka sehingga terpaksa menukar posisi.

Bagi segelintir kanak-kanak yang lain pula, mereka mungkin tidak sedar akan rasa tidak selesa berikutan RLS. Mereka lebih merasai simptom anak sukar tidur.

Meskipun terdapat protokol rawatan yang direka untuk orang dewasa, namun bagi kanak-kanak, rawatan lebih bersifat eksperimental dan tidak dikaji sepenuhnya.

#3 Mimpi ngeri (night terror)

Dalam istilah bahasa Melayu mungkin perkara ini agak mengelirukan. Namun, anda perlu tahu bahawa mimpi ngeri dan mimpi buruk bukanlah perkara yang sama.

Ia lebih lazim berlaku kepada kanak-kanak menyebabkan mereka terbangun daripada tidur dalam keadaan ketakutan, menangis, menjerit atau mengalami masalah tidur berjalan.

Pada kebanyakan masa, mimpi ngeri berlaku ketika kanak-kanak berada dalam fasa tidur bukan REM.

Setakat ini, masih tiada lagi rawatan yang boleh dipreskripsikan kepada mereka yang mengalami mimpi ngeri. 

Namun, anda boleh menghindarkannya dengan cara mengamalkan jadual tidur yang teratur dan elakkan gangguan semasa tidur (letak telefon dalam mode senyap dan sebagainya).

Konklusi

Masalah anak sukar tidur dalam kalangan kanak-kanak tidak boleh dipandang enteng. Ia boleh mempengaruhi proses tumbesaran dan tahap kesihatan mereka secara menyeluruh. 

Jika anak anda mengalami simptom lain yang berkait dengan kecelaruan tidur seperti rasa ada serangga merayap pada kaki, tidur berjalan dan sebagainya, rujuk doktor serta-merta.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan dengan masalah kecelaruan tidur, rujuk profesional sekarang.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Common sleep disorders in children. https://www.aafp.org/afp/2014/0301/p368.html. Diakses pada 11 Mac 2021.
  2. Obstructive Sleep Apnea. https://kidshealth.org/en/parents/apnea.html. Diakses pada 11 Mac 2021.
  3. RLS & Kids. https://www.rls.org/understanding-rls/rls-kids. Diakses pada 11 Mac 2021.
  4. Sleep Disorders. https://www.sleepfoundation.org/sleep-disorders. Diakses pada 11 Mac 2021.
  5. Pediatric Sleep Disorders. https://stanfordhealthcare.org/medical-conditions/sleep/pediatric-sleep-disorders.html. Diakses pada 11 Mac 2021.

 

Versi Terbaru

19/08/2022

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tak Cukup Tidur? Cuba 9 Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Si Kecil Sudah Tidak Perlukan Tidur Siang? Mama, Kenal Pasti 6 Tanda Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 19/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan