backup og meta

Anak Mengadu Sakit Pada Kemaluan? Ibu Ayah, 7 Perkara Ini Mungkin Puncanya!

Anak Mengadu Sakit Pada Kemaluan? Ibu Ayah, 7 Perkara Ini Mungkin Puncanya!

Selain boleh terjadi kepada individu dewasa, sakit kemaluan juga boleh berlaku pada anak kecil. Punca kemaluan sakit ini boleh dicetuskan oleh beberapa keadaan. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apakah punca kemaluan sakit pada kanak-kanak?

Si kecil masih belum pandai menjaga badan dengan betul. Jadi jangan terkejut, jika mereka terdedah kepada jangkitan pada alat kelamin.

Menjadi peranan dan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk memantau kesihatan fizikalnya secara keseluruhan termasuk bahagian kemaluan. 

Perhatikan jika si kecil sama ada anak lelaki atau perempuan kerap menggosok dan menggaru kemaluannya. Cara anak duduk atau berjalan juga boleh menjadi petanda menunjukkan mereka sedang berada dalam situasi tidak selesa.

Anak mungkin berasa malu apabila terpaksa memberitahu ibu bapa tentang masalah melibatkan bahagian alat sulit.

Berikut antara beberapa faktor menyebabkan kesakitan pada bahagian alat sulit anak:

1. Ruam lampin penyebab sakit kemaluan

Ruam lampin adalah keadaan biasa yang boleh menyebabkan alat sulit anak berasa sakit, pedih dan muncul bintik-bintik merah.

Keadaan ini selalunya berlaku apabila lampin dibiarkan terlalu lama dan kotoran (atau lampin itu sendiri) bergesel pada kulit kemaluan berulang kali.

Di samping itu, penggunaan beberapa jenis detergen, sabun, lampin (atau pewarna pada lampin) atau tisu bayi juga boleh mencetuskan ruam lampin pada kulit si kecil yang sensitif.

punca kemaluan sakit

Untuk mengelakkan ruam lampin, pastikan bahagian kemaluan atau alat kelamin anak kering dan bersih. Disarankan untuk menukar lampin dengan kerap supaya najis dan air kencing tidak merengsakan kulit.

Jika anda menggunakan lampin jenis kain, semak arahan pengilang untuk cara terbaik membersihkannya. Cari lampin yang bebas pewarna atau pewangi, jika kulit anak sensitif.

2. Jangkitan yis, antara punca kemaluan sakit

Jika masalah ruam lampin masih tidak sembuh, ia mungkin disebabkan kulat. Bayi perempuan atau lelaki boleh mendapat ruam lampin yis disebabkan oleh Candida albicans.

Ruam lampin yang tidak dirawat atau si kecil yang diberikan antibiotik untuk kandidiasi mulut juga cenderung mengalami jangkitan ini.

Untuk menyembuhkan jangkitan yis anda perlu mendapatkan krim antikulat seperti nystatin, clotrimazole atau miconazole.

Hadkan pengekalan kelembapan dengan kerap menukar lampin dan gunakan jenis sangat menyerap.

3. Jangkitan saluran kencing

Jangkitan saluran kencing (UTI) adalah jangkitan biasa punca kemaluan sakit pada kanak-kanak dan cenderung terjadi kepada anak perempuan. Ini kerana mereka mempunyai uretra yang lebih pendek berbanding lelaki.

Walau bagaimanapun, risiko untuk UTI berlaku pada anak lelaki tetap ada jika sebahagian daripada saluran kencing tersumbat.

Kanak-kanak lelaki tidak berkhatan lebih berisiko mendapat jangkitan saluran kencing yang menyebabkan kesakitan pada alat kelamin.

Selain sakit kemaluan, demam tanpa sebab yang jelas juga adalah simptom UTI paling kerap dialami kanak-kanak.

Baca juga:

Punca kemaluan sakit #4. Balanitis

Sakit pada alat kelamin lelaki selalunya disebabkan oleh balanitis. Balanitis terjadi apabila berlaku keradangan pada kulup atau kepala zakar.

Balanitis lebih cenderung berlaku pada kanak-kanak lelaki yang tidak berkhatan di bawah umur 4 tahun.

Keadaan ini biasanya dicetuskan oleh jangkitan yis, tetapi juga boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus.

Selain sakit di bahagian kemaluan, biasanya anak yang mengalami balanitis akan mengalami gejala lain, seperti:

  • Kemerahan atau tompok merah pada zakar
  • Gatal di bawah kulup
  • Bengkak
  • Pengumpulan cecair likat
  • Bau busuk
  • Kulit kulup ketat

Walau bagaimanapun, balanitis pada kanak-kanak biasanya tidak serius atau berisiko untuk berjangkit kerana gejala biasanya hilang dalam masa beberapa hari.

5. Vulvovaginitis

Jika anak perempuan anda mengadu sakit bahagian bawah atau terus menggaru kawasan kemaluannya, punca kemaluan sakit ini boleh disebabkan oleh vulvovaginitis. Kanak-kanak kecil yang belum akil baligh amat terdedah kepada keadaan ini.

Ini kerana anak tidak mempunyai rambut kemaluan atau labia berlemak untuk melindunginya daripada perkara yang boleh merengsakan kulit vulvanya yang nipis.

punca kemaluan sakit

Malah, objek asing yang tersangkut di dalam pakaian atau tisu tandas boleh menyebabkan keradangan punca vulvovaginitis.

Gejala vulvovaginitis lain adalah seperti:

  • Keputihan 
  • Rasa terbakar dalam faraj 
  • Keradangan
  • Gatal-gatal dan kerengsaan
  • Faraj berbau busuk 

6. Jangkitan cacing kerawit

Tanda-tanda jangkitan cacing kerawit atau cacing jarum (pinworm) yang paling biasa adalah gatal-gatal di sekitar dubur dan sukar tidur.

Malah, kegatalan biasanya lebih teruk pada waktu malam kerana cacing bergerak ke kawasan sekitar dubur untuk bertelur.

Pada kanak-kanak perempuan, jangkitan cacing ini boleh merebak ke alat kelamin dan menyebabkan keputihan yang menyakitkan.

Jika anak mendapat jangkitan cacing, anda mungkin melihat cacing di dalam tandas selepas anak ke bilik air.

Cacing ini kelihatan seperti kepingan kecil benang putih dan sangat kecil. Bahkan anda juga mungkin melihatnya pada seluar dalam anak. 

Pada asasnya, jangkitan cacing kerawit kanak-kanak tidak berbahaya dan boleh dirawat termasuklah dengan mengamalkan tabiat mencuci tangan.

7. Labial adhesions, antara punca kemaluan sakit

Jika kulit alat kelamin anak bercantum, jangan panik! Ia umumnya keadaan biasa terjadi pada si kecil berusia 3 bulan hingga 6 tahun dan jarang menimbulkan masalah.

Urin, najis, ruam lampin dan kerengsaan lain boleh menyebabkan keradangan labia (bibir kulit yang mengelilingi pintu masuk ke vagina). Labia mungkin bercantum semasa proses penyembuhan.

Amnya, keadaan labial tercantum ini kekal bercantum sehingga menyukarkan anak untuk kencing. Jika ia berlaku, doktor boleh memberikan preskripsi krim estrogen topikal.

Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai punca kemaluan sakit yang dialami anak, berundinglah dengan pakar pediatrik bagi mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Balanitis. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21186-balanitis, Accessed on Sept 19, 2022
  2. Urinary Tract Infection in Children. https://doi.org/10.2174%2F1872213X13666181228154940, Accessed on Sept 19, 2022 
  3. Pinworm infections. https://kidshealth.org/en/parents/pinworm.html, Accessed on Sept 19, 2022 
  4. Urinary tract infections (UTI) in children. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/urinary-tract-infections/urinary-tract-infections-uti-in-children, Accessed on Sept 19, 2022 
  5. Vulvovaginitis Toddler. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22488-vulvovaginitis-toddler#, Accessed on Sept 19, 2022 
  6. Labial Adhesions. https://www.rileychildrens.org/health-info/labial-adhesions-vaginitis#, Accessed on Sept 19, 2022
  7. Vaginal Yeast Infections. https://kidshealth.org/en/parents/yeast-infection.html, Accessed on Sept 19, 2022 

Versi Terbaru

21/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bayi Menggigil Petanda Demam? Ini Punca Pergerakan Normal & Abnormal

Pantang Larang Bayi Hidap G6PD, Si Kecil Tak Boleh Makan Ini, Mak Ayah Kena Alert!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan