backup og meta

Ada 3 Kaedah Berkhatan Boleh Dijadikan Pilihan, Penting Buat Anda Yang Ada Anak Lelaki

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 29/12/2022

    Ada 3 Kaedah Berkhatan Boleh Dijadikan Pilihan, Penting Buat Anda Yang Ada Anak Lelaki

    Anda pasti pernah mendengar mengenai berkhatan atau bersunat. Tetapi adakah anda tahu apakah kaedah berkhatan yang boleh dijadikan pilihan?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.

    Amalan berkhatan

    Sebelum mengetahui apakah jenis jenis berkhatan yang ada, jom kita fahami tujuan ia dilakukan.

    Berkhatan atau juga dikenali dengan istilah sunat adalah amalan yang tidak asing lagi di Malaysia.

    Bagi orang Islam, bersunat adalah wajib ke atas setiap lelaki. Ia boleh jadi sesuatu yang menyeronokkkan atau mungkin juga pengalaman yang mengerikan.

    Selain daripada sebab agama, ia juga mungkin dilakukan atas sebab-sebab lain termasuk:

    kaedah berkhatan

  • Phimosis. Permukaan di hujung zakar terlalu sempit sehingga menghalang saluran air kencing.
  • Paraphimosis. Kulit hujung zakar (preputial) yang ditarik tersekat di belakang glans menyebabkan kepala zakar tercerut.
  • Kelainan pada kulit zakar.
  • Kaedah berkhatan yang ada

    Prosedur khatan adalah membuang kulit di bahagian hujung zakar (kulit preputial) yang menutup kepala zakar.

    Ia boleh dilakukan ke atas bayi yang baru lahir atau lebih popular di Malaysia, semasa umur sekolah rendah (7-12 tahun).

    Bagi bayi baru lahir, kaedah plastibel kerap digunakan.

    kaedah berkhatan
    Kaedah plastibel

    Selepas kulit preputial dipotong sedikit, alat plastibel akan dilekapkan pada kepala zakar. Benang seterusnya dijerutkan pada lekuk plastibel dan lebihan kulit preputial dibuang.

    Untuk kanak-kanak yang lebih dewasa, pilihan kaedah berkhatan dilakukan sama ada menggunakan kaedah freehand atau clamp.

    Bagi kaedah freehand, terdapat dua teknik iaitu dorsal slit atau guillotine yang lebih selamat.

    Kaedah freehand adalah teknik konvensional di mana gunting digunakan untuk membuang kulit lebihan zakar diikuti dengan jahitan menggunakan benang.

    kaedah berkhatan

    Bagi kaedah clamp pula, ia seperti kaedah plastibel. Terdapat banyak jenis clamp yang boleh digunakan termasuk Sunathrone, Smartklamp dan Ismail Clamp.

    Teknik ini memakan masa yang singkat dan tidak memerlukan jahitan. Ia juga lebih selamat.

    Tanpa mengira apa pun teknik yang digunakan, semuanya memerlukan bius setempat.

    Bagi sesetengah keadaan, bius umum mungkin diperlukan. Contohnya, kanak-kanak yang tidak terlalu aktif dan tidak boleh duduk diam.

    Penjagaan selepas berkhatan

    Kanak-kanak yang berkhatan perlu ‘berpantang’ selepas menjalaninya. Antara perkara yang perlu diambil berat oleh ibu bapa adalah:

    • Memastikan hujung zakar kering dan bersih. Pada awalnya, ia mungkin kelihatan sedikit bengkak tetapi akan surut setelah beberapa lama. Masa yang diambil untuk pulih kebiasaannya antara 7-10 hari, bergantung kepada teknik yang digunakan.
    • Berehat. Elakkan aktiviti lasak tertumanya yang memerlukan anak anda duduk seperti menunggang basikal atau motosikal.
    • Mengambil ubat tahan sakit seperti panadol jika perlu.

    Kelebihan kaedah berkhatan

    Prosedur ini kini bukan hanya dilakukan oleh orang Islam, malah ramai juga yang turut membuat keputusan untuk melakukannya ke atas anak-anak mereka di luar sebab agama kerana kelebihan yang ada.

    Di Amerika Syarikat, 55% hingga 65% lelaki menjalani prosedur ini.

    Antara kelebihannya adalah:

    • Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI) sebanyak 10 kali ganda. Walau bagaimanapun, insiden UTI secara amnya adalah jarang berlaku bagi lelaki.
    • Risiko kanser zakar berkurang.
    • Menambah perlindungan ke atas penyakit kelamin termasuk HIV.
    • Keadaan seperti iritasi, radang dan jangkitan lebih kerap berlaku dalam kalangan mereka yang tidak berkhatan.

    Baca juga:

    Risiko dalam kaedah berkhatan

    Secara amnya, ia adalah prosedur yang selamat. Namun, bagi mana-mana pembedahan, risiko masih tetap ada.

    Komplikasi yang mungkin berlaku adalah sangat jarang, kurang daripada 2%. Ini termasuk:

    • Pendarahan tidak berhenti. Ini mungkin disebabkan penyakit lain seperti hemophillia.
    • Rasa sakit.
    • Jangkitan zakar.
    • Sakit semasa membuang air kecil beberapa hari selepas prosedur.
    • Bengkak dan merah kekal pada zakar selama berhari-hari.

    Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan bersunat, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 29/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan