home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Biarkan Zakar & Miss V Bernafas! Ini Manfaat Jika Tak Pakai SELUAR DALAM Ketika Tidur

Biarkan Zakar & Miss V Bernafas! Ini Manfaat Jika Tak Pakai SELUAR DALAM Ketika Tidur

Sesetengah orang mungkin membesar dengan pemikiran bahawa memakai seluar dalam adalah satu kewajipan tanpa mengira masa!

Tetapi, ramai saja yang tidak beranggapan begitu terutamanya pada waktu malam, kerana mereka lebih gemar tidur tanpanya.

Bukan sahaja berasa lebih selesa dan ‘bebas’ di kawasan alat sulit tersebut, tapi ternyata tidur tak pakai seluar dalam juga mempunyai manfaat yang tersendiri!

Ya, ia mungkin kedengaran agak memeranjatkan. Tidak percaya? Jom sama-sama kita selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Apa manfaat tidur tak pakai seluar dalam yang diperkatakan?

Bagi yang sering memakai seluar dalam ketika waktu tidur, pernahkah anda terfikir apa yang bakal terjadi jika anda hentikan tabiat ini?

Fikiran anda mungkin akan mula terbayang-bayang kehadiran serangga menakutkan seperti cicak atau lipas merayap di sekitar tubuh, lantas ke bahagian intim, pasti menakutkan!

Pun begitu, usah terlalu melayan fikiran negatif itu dulu kerana di sebalik kebimbangan, tersembunyi banyak lagi manfaat tidur tanpa pemakaian seluar dalam yang perlu anda ketahui.

Antara manfaat tidur tanpa memakai seluar dalam termasuklah:

#1 Tidur tak pakai seluar dalam membolehkan alat sulit ‘bernafas’

seluar dalam

Pakar ginekologi mengatakan, kawasan alat kelamin tidak disarankan untuk kekal dalam keadaan tertutup terutamanya pada waktu tidur.

Pun begitu, masih ramai individu yang memakainya kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko.

Saranan ini diberikan kerana bakteria dan kulat lebih senang dan cenderung membiak di kawasan yang gelap, lembap dan hangat.

Jika difikir-fikirkan, kawasan alat sulit anda sudahpun ditutupi seluar dalam sepanjang hari. Jika berterusan ditutup pada malam hari dengan fabrik yang tidak menyerap peluh, risiko iritasi dan jangkitan boleh berlaku!

Sekurang-kurangnya, dengan tidak memakai seluar dalam semasa tidur akan membolehkan bahagian intim anda ‘bernafas’, di samping menjaga kebersihan alat kelamin.

#2 Mengurangkan risiko jangkitan pada alat sulit

Jika ada antara pembaca yang berfikir dengan tidak memakai seluar dalam sewaktu tidur boleh memberi peluang untuk bakteria membiak, usah risau!

Pakar menyatakan tiada bukti saintifik yang menunjukkan hubungan langsung antara tidur tanpa pemakaian seluar dalam dengan jangkitan seperti bacterial vaginosis mahupun kulat pada alat kelamin.

Bahkan, tidur tanpanya boleh mengurangkan lagi risiko jangkitan kerana faktor pengudaraan yang bagus mengurangkan kelembapan di kawasan alat kelamin.

#3 Melancarkan peredaran darah

Untuk pengetahuan kalian, peredaran darah badan yang lancar termasuk bahagian intim amatlah penting.

Apabila anda memutuskan untuk tidak lagi memakai seluar dalam saat tidur, secara tidak langsung anda juga mengurangkan risiko pengaliran darah yang terganggu dek pemakaiannya.

Oleh itu, pengaliran darah pada bahagian intim akan jadi lebih lancar dan risiko sebarang komplikasi untuk berlaku dapat dielakkan.

#4 Tidak pakai seluar dalam boleh menjaga kualiti sperma

Sama seperti kaum Hawa, kajian menunjukkan pemakaian seluar dalam yang ketat akan membuatkan testis sukar untuk ‘bernafas’ lantas meningkatkan suhu pada kawasan tersebut.

Secara langsung ini akan mempengaruhi organ pembiakan dengan mengganggu pengaliran darah ke kawasan buah zakar.

Lebih memburukkan lagi, jika tabiat ini diteruskan, ia berisiko untuk mempengaruhi kualiti serta menurunkan jumlah sperma.

Jadi, tidur tanpa memakainya mungkin boleh membantu membuat testis lebih sejuk dan nyaman sekali gus meningkatkan kiraan sperma!

#5 Tidur menjadi lebih nyenyak

Tahukah anda, tidur tanpa memakai seluar dalam atau berbogel juga boleh menjadi salah satu terapi stres?

Bagaimana? Ini kerana tidur tanpanya membuatkan anda berasa lebih ‘bebas’ sama ada dari segi pergerakan atau aspek yang lain.

Justeru, perasaan menyenangkan ini akan membantu kalian untuk relaks dan tidur dengan lebih nyenyak.

Anda juga perlu tahu bahawa waktu tidur yang mencukupi akan memberi kesan positif kepada kualiti hidup anda.

Kualiti tidur yang tidak bagus akan memberi impak kepada tenaga, memori serta kesihatan mental anda.

#6 Menghangatkan hubungan bersama pasangan

Bagi kalian yang sudah menikah, tidur tanpa memakai seluar dalam bahkan berbogel mampu meningkatkan kualiti hubungan di ranjang bersama pasangan tercinta!

Seperti yang telah diketahui umum, seks adalah satu perkara yang penting dan bagus buat hubungan suami isteri. Tanpanya, kehidupan anda berdua boleh menjadi hambar.

Pun begitu, bukan hanya seks yang mampu memberi manfaat kepada anda dan pasangan, tidur tanpa memakainya juga boleh mendatangkan kebaikan.

Apabila sentuhan kulit ke kulit berlaku, maka pengeluaran hormon oksitosin atau lebih dikenali sebagai ‘hormon cinta’ akan terangsang.

Sekarang, anda sudah tahu tip untuk menghangatkan hubungan kalian! Maka, apa yang ditunggu-tunggu lagi? Boleh cuba semasa tidur malam ini.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://youngwomenshealth.org/2016/11/28/i-sleep-without-underwear-is-that-good-or-bad/
  2. https://www.sleepadvisor.org/benefits-of-sleeping-unclothed/
  3. 10 Benefits of Sleeping Naked You Probably Didn’t Know. https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/10-benefits-sleeping-naked-you-probably-didnt-know.html. Accessed on Sept 10, 2021
  4. Will Sleeping Naked Help You Sleep Better? https://health.clevelandclinic.org/will-sleeping-naked-help-you-sleep-better/. Accessed on Sept 10, 2021
  5. Benefits of Sleeping Naked. https://www.sleepfoundation.org/sleep-hygiene/sleeping-naked. Accessed on Sept 10, 2021
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 7 hari lalu
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x