backup og meta

Suka Prank Anak Untuk Content Di Media Sosial? Ini Kesan BAHAYA Pada Si Kecil!

Suka Prank Anak Untuk Content Di Media Sosial? Ini Kesan BAHAYA Pada Si Kecil!

Kita sering melihat trend di media sosial di mana ibu bapa melakukan gurauan atau prank menakutkan kepada anak-anak. Ia mungkin sesuatu yang kelakar melihat anak kena prank, tetapi adakah jenis gurauan ini sesuai untuk mereka?

Jom ketahui kesalahan ibu bapa terhadap anak sewaktu melakukan prank dan impak negatif yang boleh terjadi.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kena prank di media sosial

Penggunaan media sosial seperti TikTok untuk berkongsi aksi anak kena prank meme oleh ibu bapa dilihat semakin menjadi ikutan, terutamanya gurauan yang bersifat untuk menakutkan anak.

Terdahulu, tular trend di mana parents mengunci anak di bilik dan kemudiannya menakutkan mereka dengan suara hilaian hantu pontianak.

Akibat ketakutan, anak-anak akan cuba melarikan diri atau keluar daripada bilik tersebut. Namun apabila menyedari mereka terperangkap di dalam bilik tanpa dapat melarikan diri, anak akan mula menangis sambil mencuba membuka tombol pintu.

Ketakutan mereka dianggap sebagai sesuatu perkara yang melucukan kepada ibu bapa dan penonton.

Namun adakah gurauan seperti itu sesuai untuk dilakukan atau pada hakikatnya ia agak berlebihan?

kena prank
Antara video viral prank kanak-kanak di Tiktok.

Kesalahan ibu bapa terhadap anak

Menurut pandangan pakar, tindakan yang dilakukan ibu bapa dengan melakukan prank kepada anak-anak adalah keterlaluan. 

Ini kerana hubungan antara seorang anak dengan ibu bapa mereka adalah sangat istimewa. Ia merupakan asas kepada semua hubungan lain yang tercipta dalam kehidupan mereka. Kepercayaan yang terbina antara ibu bapa dan anak adalah sangat penting.

Walau bagaimanapun, apabila anda mengenakan gurauan menakutkan kepada anak, tindakan tersebut boleh mengikis kepercayaan mereka. Ia memberi mesej bahawa individu yang paling rapat dan penting dengan mereka boleh menjadi kejam dan sukar untuk diramal.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Kesan kena prank kepada anak

Sejujurnya, adakah anda rasa itu adalah tindakan wajar dilakukan ibu bapa, iaitu dengan menakutkan anak mereka hanya untuk keseronokan dan mendapat ‘likes’ di media sosial?

Ia juga boleh menjadi kitaran penderaan emosi apabila anak yang kena prank akan terus diejek hingga mereka dewasa.

Bagi anak yang sensitif, ditinggal semasa mereka benar-benar memerlukan ibu bapanya boleh mengakibatkan mereka hilang rasa percaya dan tidak lagi berasa selamat.

Bagi anda mungkin gurauan tersebut tampak tidak berbahaya. Namun ibu bapa tidak seharusnya menanam rasa takut pada anak-anak kerana ia akan membesarkan mereka menjadi individu dewasa yang ketakutan.

Menanam ketakutan yang tidak wajar kepada anak boleh menyebabkan parut psikologi untuk tempoh jangka panjang. Ini merupakan kesalahan ibu bapa terhadap anak dalam melakukan prank.

Ketahui perbezaan resah biasa atau anxiety disorder.
Ketahui perbezaan resah biasa atau anxiety disorder.

Tanpa disedari, rasa takut pada anak boleh berkembang dan akhirnya menyebabkan mereka mengalami masalah seperti trauma, gangguan keresahan, gangguan stres pasca trauma (PTSD) dan serangan panik.

Fahami anak sebelum melakukan prank

Secara amnya, seorang anak akan mengembangkan rasa humor mereka secara beransur-ansur dan dari masa ke masa. 

Berdasarkan kajian menunjukkan kanak-kanak antara usia dua hingga tujuh tahun cenderung kepada knock-knock jokes dan slapstick.

Manakala pada usia tujuh hingga 11 tahun, mereka mula memahami permainan kata-kata dan sindiran. Pun begitu, seperti individu dewasa, bukan semua kanak-kanak dapat memahami maksud gurauan tersebut.

Baca juga:

Bahkan beberapa gurauan yang mungkin sama sekali tampak tidak berbahaya atau boleh menyusahkan anak, mungkin menyebabkan ketidakselesaan terutamanya kepada anak yang lebih sensitif.

Kunci utamanya adalah untuk mengetahui dan memahami bagaimana anak anda akan bertindak balas apabila kena prank lagi. Jika ragu-ragu, elakkan daripada melakukan gurauan tersebut.

Sekiranya gurauan dilakukan, elakkan daripada berkongsikan ia di media sosial, lebih-lebih lagi jika video tersebut boleh menyebabkan anak berasa malu apabila menontonnya ketika dewasa kelak. Sebagai parents, anda bertanggungjawab untuk melindungi privasi anak.

Kena prank? Pastikan cara yang betul

Mungkin anda di antara kalian yang beranggapan, jalan yang terbaik bagi menghindari sebarang masalah adalah dengan tidak melakukan sebarang prank atau gurauan dengan anak. Dan, ia mungkin jawapan yang sewajarnya.

kena prank

Gurauan boleh menjadi sesuatu yang baik, jika ia dilakukan dengan betul. Gurauan antara ahli keluarga, jika dilakukan dengan cara yang sewajarnya boleh membina kepercayaan antara anak dan ibu bapa. 

Walaupun diusik, anak mungkin akan menganggap ia sesuatu yang lucu dan menjadi antara kenangan terindah buat mereka – satu gurauan yang akan dikenang apabila dewasa kelak.

Bagaimana untuk mengetahui jika gurauan tersebut tidak keterlaluan hingga menyebabkan tekanan, kegelisahan, memalukan atau menimbulkan rasa takut pada anak?

Berikut beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian apabila merancang gurauan atau kejutan buat anak:

  • Pastikan ibu bapa yang menjadi bahan jenaka
  • Tentukan ia perkara yang kelakar dan silly, bukannya berunsur menakutkan atau kejam

Paling penting, seperti yang dinyatakan sebelum ini, elakkan daripada berkongsikan video anak tersebut di media sosial. Bersamalah menjaga privasi anak anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Southam M. (2005). Humor development: an important cognitive and social skill in the growing child. Physical & occupational therapy in pediatrics, 25(1-2), 105–117. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15760826/,  Accessed on Nov 3, 2022
  2. Why some kids clown around in class. https://www.understood.org/en/articles/why-kids-play-class-clown,  Accessed on Nov 3, 2022
  3. Dangerous Internet Challenges. https://www.healthychildren.org/English/family-life/Media/Pages/Dangerous-Internet-Challenges.aspx,  Accessed on Nov 3, 2022
  4. Is It Ever Cool To Prank Your Kids? https://www.huffingtonpost.co.uk/entry/is-it-ever-cool-to-prank-your-kids_uk_5ca72354e4b047edf95896ec,  Accessed on Nov 3, 2022
  5. Cyberbullying: What is it and how to stop it. https://www.unicef.org/end-violence/how-to-stop-cyberbullyingm,  Accessed on Nov 3, 2022
  6. The Adverse Effects Of Family Vlogging On Children. https://www.ijrar.org/papers/IJRAR2001526.pdf, Accessed on Nov 3, 2022
  7. View of YouTube pranking across cultures.https://journals.uic.edu/ojs/index.php/fm/article/view/5981/4699, Accessed on Nov 3, 2022

 

Versi Terbaru

25/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Risau Tengok Anak Kumpul Poster & Gambar Selebriti Kegemaran? Ini Apa Yang Anda Boleh Buat!

Si Kecil Pun Boleh Ada Masalah Sukar Tidur! Ini Langkah Atasi 6 Gangguan Tidur Anak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan