backup og meta

Antara Kereta MPV Atau SUV, Yang Mana Satu Sesuai Untuk Keluarga?

Antara Kereta MPV Atau SUV, Yang Mana Satu Sesuai Untuk Keluarga?

Jika diperhatikan di jalan raya pada masa kini, terdapat pelbagai varian kenderaan. Ada kereta MPV, ada SUV, sedan dan banyak lagi.

Kebiasaannya sebelum membuat sebarang keputusan untuk beli kereta, pelbagai perkara harus dititikberatkan seperti keluasan, harga atau keselesaan pemanduan. 

Bagi mereka yang berkeluarga, keluasan, praktikal dan keselesaan sering menjadi antara faktor utama sebelum membeli sesebuah kenderaan.

Jadi, apakah kereta yang sesuai untuk dijadikan pilihan individu yang sudah berkeluarga? Dalam perkongsian artikel ini, ada jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kereta keluarga: Kereta MPV, SUV & sedan?

Tidak dinafikan kebanyakan keluarga di Malaysia menggunakan kereta jenis sedan.

Bahkan terdapat kereta nasional sedan mampu milik sering menjadi pilihan seperti Proton Persona yang boleh dibeli bermula harga RM45,800 bagi varian standard sehinggalah RM55,800 untuk varian lebih tinggi. 

Untuk anda dengan bajet yang besar dan mahukan kenderaan sedan bersama ruang luas dengan bentuk lebih menarik, kereta jenama antarabangsa seperti Honda Accord boleh dijadikan pilihan – harga bermula RM178,203.

Namun bagi mereka yang mahukan kenderaan lebih luas, MPV dan SUV merupakan antara jenis kereta boleh dijadikan pilihan.kereta mpv

Apa itu MPV dan SUV?

Sebelum membuat sebarang keputusan untuk beli kereta, anda harus mengetahui apakah perbezaan antara MPV dan SUV.

MPV atau multi-purposes vehicles adalah kenderaan yang lebih menumpukan kepada ruang lebih luas bagi menampung ramai penumpang dan juga bagasi.

Manakala SUV atau sport utility vehicles merupakan jenis kereta yang memfokuskan lebih kepada kuasa dan mampu dipandu dalam persekitaran bentuk rupa bumi lebih kasar.

Pun begitu, secara amnya, kereta MPV cenderung menawarkan kuasa dan prestasi yang kurang berbanding SUV. Namun kedua-dua jenis kereta ini adalah pilihan terbaik sebagai kenderaan keluarga atau pemanduan harian biasa. 

Keupayaan kedua-dua kereta ini yang boleh mengangkut lebih ramai individu dan barang menjadikannya antara pilihan popular bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Antara kelebihan MPV

Ayuh kita fahami lebih mendalam mengenai kelebihan antara kenderaan pelbagai guna dan kenderaan utiliti sukan ini.

MPV adalah sebuah kenderaan yang sering digunakan untuk membawa lebih ramai penumpang dari satu tempat ke tempat lain. Dari aspek praktikal, ia sangat hebat. Selain itu, kereta jenis ini juga menawarkan ruang kepala yang lebih baik berbanding SUV.

Bagi mereka dengan bilangan ahli keluarga melebihi 5 orang, pastinya anda akan menggunakan barisan tempat duduk ketiga. Maka MPV adalah pilihan yang terbaik. 

Sebagai contoh, Nissan Serena atau Toyota Alphard. Walaupun reka bentuknya kurang menarik – petak – tetapi ia adalah bagi memaksimumkan penggunaan ruang.

Bukaan pintu sisi jenis gelongsor atau sliding side door, antara kelebihan MPV. Di mana ia membolehkan penumpang keluar atau masuk dengan lebih mudah dengan bukaan pintu yang luas. 

Antara kelebihan SUV

kereta mpv

Manakala SUV pula dalam aspek ruang, ia adalah kurang sedikit berbanding MPV. Amnya bahagian dalaman SUV direka bagi memaksimumkan keselesaan pemandu. Namun dalam masa yang sama, keselesaan penumpang tidak diabaikan.

Ini kerana keselesaan penumpang kenderaan jenis ini masih dapat dirasai – terdapat ruang yang cukup untuk memastikan diri selesa sepanjang perjalanan

Antara kelebihan SUV adalah ia boleh dipandu di atas permukaan dan keadaan yang kasar. Harga bagi jenis kenderaan ini lebih mahal berbanding kereta MPV.

SUV umumnya bersaiz lebih besar daripada kereta biasa dengan reka bentuk lebih gagah dan sporty. Antara yang boleh dijadikan pilihan adalah seperti Honda CR-V dan Subaru Forester.

Bagi anda dengan bilangan ahli keluarga melebihi 5 orang dan masih menginginkan sebuah SUV, Nissan X-Trail, Toyota Fortuner dan Hyundai Santa Fe boleh dijadikan pilihan, kerana ia menawarkan bilangan tempat duduk 5+2.

Baca juga:

Beli kereta MPV atau SUV: Mana satu idaman kalbu?

Bagi individu yang gemarkan keseronokan dan cabaran dalam pemanduan, SUV adalah pilihan tepat untuk anda.

Pilihan SUV pacuan empat roda atau 4 wheel drive juga boleh membolehkan anda melakukan pemanduan dalam keadaan biasa atau off-road.

Pelbagai jenama boleh dijadikan pilihan seperti:

  • Honda BR-V
  • Honda HR-V
  • Honda CR-V
  • Perodua Aruz
  • Perodua Ativa
  • Proton X70
  • Proton X50
  • Mazda CX-5
  • Toyota Rush
  • Toyota Corolla Cross
  • Toyota Fortuner
  • Toyota Harrier
  • Hyundai Tucson
  • Hyundai Santa Fe
  • Nissan X-Trail
  • Renault Captur
  • Subaru Forester
  • Subaru XV

Harga bermula serendah RM69,000 hingga RM140,000.

MPV pula, sangat sesuai untuk mereka dengan bilangan ahli keluarga lebih daripada 5. Ini kerana ia sangat praktikal, luas dan dapat memberikan keselesaan sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.

Antara pilihan kereta MPV yang ada adalah:

  • Perodua Alza
  • Mitsubishi Xpander
  • Toyota Avanza
  • Toyota Innova
  • Hyundai Grand Starexkereta mpv
  • Kia Carnival
  • Nissan Serena
  • Proton Exora
  • Citroen Grand C4 SpaceTourer

Kereta-kereta ini boleh dimiliki bermula harga RM50,000 hingga RM RM197,000.

Tip terbaik sebelum membuat keputusan untuk memilih sebarang jenis kereta MPV, SUV ataupun sedan adalah untuk mengimbangkan kegunaan praktikal seharian kita.

Jangan lupa untuk membawa semua ahli keluarga dan melakukan pandu uji kenderaan bersama mereka bagi mendapat keputusan yang akan memuaskan hati semua pihak.

Semoga perkongsian artikel ini dapat membantu dalam membuat keputusan yang paling baik buat anda dan keluarga sebelum beli kereta. 

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. From Small to Large Families: Here Are the Best Family Cars in Malaysia. https://www.carsome.my/news/item/how-to-choose-a-family-car, Accessed on May 5, 2022 
  2. Suv Dan Mpv, Yang Mana Lebih Sesuai Untuk Keluarga? https://careta.my/article/suv-dan-mpv-yang-mana-lebih-sesuai-untuk-keluarga, Accessed on May 5, 2022 
  3. MPV Cars in Malaysia. https://www.wapcar.my/new-cars/best-mpv-cars-in-malaysia, Accessed on May 5, 2022
  4. SUV Cars in Malaysia. https://www.wapcar.my/new-cars/best-suv-cars-in-malaysia, Accessed on May 5, 2022
  5. MPV or SUV: Which is right for your family? https://www.startrescue.co.uk/breakdown-cover/motoring-advice/motoring-costs/mpv-or-suv-which-is-right-for-your-family, Accessed on May 5, 2022
  6. MPV or SUV? What Car To Buy Depending On Family Size. https://www.carlist.my/news/mpv-or-suv-what-car-to-buy-depending-on-family-size-81567/81567/,  Accessed on May 5, 2022

Versi Terbaru

22/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Tali Ikat Tangan Anak Untuk Keselamatan? Ini 8 Sebab Perlu Pakaikan Harness!

Ibu Ayah, Usah Paksa Anak Peluk Salam Orang, Tapi Cuba Tukar Kepada 5 Cara Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan