backup og meta

Tip Pemanduan Selamat bagi Pekerja

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2023

    Tip Pemanduan Selamat bagi Pekerja

    Sama ada anda seorang jurujual atau pemandu lori, anda mungkin perlu berulang-alik untuk bekerja setiap hari. Memandu dengan selamat adalah satu kemestian, dan memerlukan lebih daripada sekadar melihat tanda jalan raya dan mematuhi undang-undang lalu lintas. Pertimbangkan 5 tip berikut untuk mencegah kemalangan di jalan raya.

    Kekal aktif 

    Walaupun anda tidak mempunyai abs enam pek, anda masih akan mendapat manfaat dengan bersenam. Menjadi aktif meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti anda, membuatkan anda lebih peka dan cepat menyelesaikan masalah yang mungkin anda hadapi di jalan raya. Cari cara untuk memasukkan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda. Berjalan adalah pilihan yang sesuai untuk ramai orang. Regangan dan senaman latihan kekuatan juga berguna untuk pemandu.

    Uruskan sebarang keadaan kronik dan fahami ubat anda

    Jika anda mempunyai keadaan yang mungkin menimbulkan risiko semasa perjalanan jarak jauh, seperti kencing manis atau sawan, anda perlu mengikuti arahan doktor anda untuk menguruskan keadaan anda. Mereka mungkin mencadangkan tip untuk perjalanan dan menyesuaikan pelan ubat anda untuk memenuhi jadual kerja anda.

    Sebagai pesakit, adalah penting untuk mengetahui ubat-ubatan yang anda ambil dan kesannya kepada badan anda. Sebagai contoh, jika ubat anda menyebabkan anda mengantuk, maka anda tidak perlu mengambil ubat dan minta alternatif yang lebih baik. Baca label ubat anda supaya anda tahu kesan setiap satu. Jika anda bimbang tentang kesan sampingan atau kesan ke atas keselamatan pemandu, jumpa dengan doktor.

    Jangan memandu mengantuk

    Adakah anda tahu, berjaga selama 18 jam adalah bersamaan dengan mempunyai tahap alkohol darah 0,08%. iaitu di atas tahap undang-undang! Jika anda sedang mengejar tugasan kerja dan terpaksa kurang tidur, berikut adalah beberapa tip yang boleh anda cuba untuk mengurangkan rasa mengantuk:

    • Jika anda berasa mengantuk, berhenti dan minum kopi, minuman ringan, minuman tenaga, teh
    • Jika anda tahu anda akan memandu pada keesokan harinya, dapatkan tidur malam yang cukup sebelum keluar
    • Elakkan ubat-ubatan yang mengandungi Dipenhydramine seperti Benadryl dan sebarang  ubat-ubatan sedatif lain 
    • Cuba elakkan memandu seorang diri di jalan yang panjang, luar bandar, gelap atau jalan yang membosankan. Jika anda pergi dengan rakan sekerja, anda boleh bersembang dengan mereka untuk kekal berjaga.
    • Jika anda rasa mengantuk, pengambilan gula mungkin boleh membantu. Bawa pek gula-gula atau gula-gula getah dalam perjalanan anda. Ini adalah rahsia untuk membantu pemandu kekal terjaga sewaktu perjalanan jauh.

    Rancang lebih awal

    Jika anda dalam perjalanan ke lokasi yang baru, pastikan anda merancang lebih awal. Cari arah pada peta Google adalah idea yang baik supaya anda tidak perlu berhenti untuk bertanya arah apabila anda memandu. Aplikasi ini adalah pilihan yang terbaik kerana akan memberikan anda laluan terpintas ke lokasi anda dan menunjukkan kepada anda berapa banyak masa diperlukan untuk tiba.

    Sebelum meninggalkan rumah, periksa 3 perkara: telefon, kunci, dompet. Untuk kereta atau basikal anda, periksa sama ada tayar berfungsi sepenuhnya, minyak penuh. Jangan lupa untuk membawa lesen memandu, insurans, baju hujan jika hujan berlaku secara tiba-tiba. Jika perlu, telefon untuk bertanyakan arah. Semasa anda memandu, jangan berbuat sebarang perkara yang mengambil tumpuan anda dari jalan raya – seperti makan, bercakap di telefon bimbit anda, atau menghantar mesej.

    Bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol

    Memandu di bawah pengaruh alkohol mendatangkan bahaya kepada pemandu dan orang sekitar . Banyak kemalangan berlaku disebabkan oleh pemanduan dalam keadaan mabuk. Pemandu mabuk tidak sepatutnya memandu untuk mencegah sebarang kejadian tidak diingini semasa mabuk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan