backup og meta

Tali Ikat Tangan Anak Untuk Keselamatan? Ini 8 Sebab Perlu Pakaikan Harness!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/01/2022

    Tali Ikat Tangan Anak Untuk Keselamatan? Ini 8 Sebab Perlu Pakaikan Harness!

    Berbanding di luar negara, tidak banyak ibu bapa di Malaysia yang menggunakan tali ikat tangan anak atau child leash semasa berada di luar. Tetapi perlu ke memakaikan tali keselamatan untuk kanak-kanak ini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Pemakaian tali ikat tangan anak

    Child leash atau child safety harness – kedua-duanya dipakaikan sama ada pada pergelangan tangan atau seperti beg pada anak yang berperanan untuk menjaga keselamatan anak.

    Pun begitu, pemakaian tali keselamatan untuk kanak-kanak ini di Malaysia mengundang pelbagai pendapat.

    Ada yang menyokong penggunaannya dengan bertujuan untuk keselamatan yang mana ia dapat mencegah anak hilang daripada pandangan ibu bapa.

    Namun, tidak kurang juga yang menganggap pemakaian peranti ini tidak sesuai seolah-olah menyekat kebebasan si kecil.

    Sekiranya sedang berkira-kira untuk menggunakannya, Hello Doktor akan memberikan 8 alasan untuk membantu anda membuat keputusan.

    Perlu pemakaian tali keselamatan untuk kanak-kanak

    Berikut antara 8 sebab anda perlu menggunakan tali ikat tangan anak ini:

    tali ikat tangan anak

    8. Si kecil gemar berlari

    Apabila anak sudah mula belajar berjalan, mereka tidak akan berhenti melakukannya. Mereka tidak akan mahu lagi diletakkan di dalam kereta sorong.

    Keadaan ini secara tidak langsung menimbulkan isu buat ibu untuk membenarkan anak berjalan dan meneroka, tetapi dalam masa yang sama bimbangkan keselamatan mereka

    Jadi penggunaan child leash atau safety harness pastinya pilihan terbaik.

    7. Tali ikat tangan anak sesuai untuk yang berkeperluan khas

    Anak berkeperluan khas seperti autisme, Sindrom Down, ADHD dan lain-lain memerlukan lebih perhatian apabila berada di luar, bahkan risiko untuk terlibat dalam situasi bahaya adalah tinggi.

    Tidak semua anak dengan keperluan khas ini sama, namun penggunaan peranti keselamatan ini pastinya membantu ibu bapa untuk menjaga mereka. 

    Tali keselamatan untuk kanak-kanak ini juga sangat membantu anak yang mengalami masalah pendengaran, terutamanya jika mereka gemar berjalan mendahului ibu bapa mereka. 

    tali ikat tangan anak

    6. Tali ikat tangan anak, sangat praktikal 

    Bukan sekadar untuk keselamatan tetapi ia juga praktikal, terutama buat ibu bapa yang mempunyai ramai anak kecil mahukan anak kembar.

    Kebanyakan anak kecil lebih sukakan kebebasan dan tidak gemar tangan mereka dipegang. Sudah tentu keadaan ini boleh mengundang bahaya. 

    Maka penggunaan tali ikat tangan anak ini sangat bagus dan praktikal untuk digunakan apabila berada di tempat awam. Peranti ini juga dapat mengawal tingkah laku anak-anak.

    5. Elakkan anak daripada gangguan pedofilia & penculikan

    Penculikan anak kecil bukan perkara baharu dan ia boleh terjadi kepada sesiapa. Sama juga keadaannya dengan masalah pedofilia, kita tidak tahu mungkin anak sedang diperhatikan individu tidak bertanggungjawab ini. 

    Kedua-dua pemangsa ini mungkin menunggu masa untuk ‘merampas’ si kecil daripada kita.

    Sudah tentu penggunaan tali keselamatan kanak-kanak ini pastinya dapat menghindari kejadian tidak diingini.

    Bukankah mencegah sesuatu perkara itu lebih baik daripada menyesalinya di kemudian hari?

    Baca juga:

    4. Penggunaan tali ikat tangan anak bukan bermakna anda ibu bapa pemalas

    Siapa kata ibu bapa yang menggunakan peranti keselamatan ini pemalas?

    Sedangkan mereka masih meluangkan masa bersama anak-anak dan penggunaan peranti ini adalah untuk memastikan anak mereka sentiasa dalam keadaan selamat. 

    3. Mudahkan bersenam

    Kecenderungan untuk anak mengalami masalah obesiti pada masa kini, sangat tinggi. 

    Masalah itu boleh berlaku kepada si kecil anda jika mereka tidak diberikan peluang untuk bersenam atau melakukan aktiviti fizikal harian.

    Jadi penggunaan peranti keselamatan ini pastinya cara terbaik untuk memastikan anak dapat bersenam dalam keadaan selamat dan terkawal.

    2. Tali ikat tangan anak, tidak sekat kebebasan si kecil

    Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, namun dalam masa yang sama tetap menitikberatkan aspek keselamatan. Maka penggunaan child leash adalah pilihan terbaik.

    Anak masih bebas meneroka dalam jarak yang selamat mengikut kepanjangan tali keselamatan dan ibu bapa boleh berada dalam keadaan tenang untuk membiarkan anak bermain.

    tali ikat tangan anak

    1. Tali ikat tangan anak, terpulang pada ibu bapa

    Kebanyakan ibu bapa tidak mahu menggunakan child leash atau child safety harness kerana bimbang dengan ‘cakap-cakap’ individu sekeliling. 

    Tetapi hakikatnya, jika apa yang dilakukan adalah untuk keselamatan anak-anak, maka anda tidak perlu risaukan tentang pandangan orang lain. 

    Selagi ia tidak membahayakan anak, maka lakukanlah apa sahaja demi keselamatan mereka. Usah berasa malu atau bimbang.

    Anda lebih mengenali anak-anak daripada individu lain; perangai dan tingkah laku semasa dalam emosi yang baik dan juga semasa meragam.

    Pilihan sama ada mahu menggunakan tali keselamatan untuk kanak-kanak atau tidak adalah di tangan anda. 

    Jika berasakan ia satu keperluan demi memastikan anak sentiasa dalam keadaan selamat, gunakan dan usah pedulikan pandangan orang.

    Walau bagaimanapun, sekiranya berasakan anda mampu untuk mengawal anak-anak dan tidak perlu menggunakan peranti keselamatan ini, terpulang. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan