backup og meta

6 Tips Pilih Susu Supaya Anak Membesar Dengan Baik, Mak Ayah Kena Tahu!

6 Tips Pilih Susu Supaya Anak Membesar Dengan Baik, Mak Ayah Kena Tahu!

Apabila anak semakin membesar, susu formula menjadi satu keperluan penting untuk menyokong tumbesaran anak yang sihat. Namun, dengan pelbagai jenama dan jenis susu di pasaran, ibu bapa mungkin berasa sukar untuk memilih susu yang dapat memenuhi keperluan harian anak. Berikut adalah cara memilih susu kanak kanak yang sesuai untuk memastikan anak anda mendapat nutrisi yang diperlukan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Mengapa susu kanak kanak diperlukan?

Dalam keadaan tertentu, ibu mungkin menghadapi masalah dengan penyusuan seperti pengeluaran susu yang rendah atau masalah kesihatan yang menghalang penyusuan1

Hal ini menjadikan susu formula untuk anak sebagai alternatif penyusuan sedia ada.

Susu formula diperkaya dengan nutrien penting seperti vitamin, mineral, protein dan lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan sihat anak-anak.

Ia juga merupakan pilihan bagi ibu bapa yang bekerja atau mempunyai komitmen lain yang menghalang mereka daripada menyusukan anak secara eksklusif. 

Bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan diet khusus atau alahan tertentu2, susu formula khusus hadir sebagai alternatif yang selamat dan berkhasiat.

Panduan untuk ibu bapa memilih susu kanak kanak

Susu yang tepat menyokong tumbesaran anak yang sihat.
Susu yang tepat menyokong tumbesaran anak yang sihat.

Tidak kira sama ada anda ingin mencari susu untuk anak 2 tahun atau susu untuk anak 3 tahun, anda boleh ikuti panduan memilih susu seperti di bawah ini:

#1. Periksa kandungan alergen

Sebelum memilih susu, adalah sangat penting untuk ibu bapa memeriksa bahan-bahan dalam susu formula bagi mengelakkan alergen yang mungkin berbahaya kepada anak. 

Ini termasuklah laktosa, gluten dan kekacang. 

Pastikan label produk menyenaraikan dengan jelas bahan yang mungkin menyebabkan alergi atau alahan kepada anak.

#2. Susu kanak kanak perlu mengandungi nutrisi seimbang

Pilih susu formula yang menyediakan keseimbangan nutrisi yang lengkap3

Ini termasuklah komposisi protein, karbohidrat, dan lemak yang seimbang. 

Pastikan juga susu tersebut tinggi dalam nutrien seperti protein, kalsium, zat besi, magnesium, dan vitamin penting seperti A, D3, E, B1, B2, B3, B6, B12, dan C untuk menyokong tumbesaran anak.

Susu antara sumber kalsium yang utama.
Susu antara sumber kalsium yang utama.

#3. Susu kanak kanak perlu dilengkapi nutrien tambahan lain

Carilah susu formula untuk anak yang mengandungi asid amino penting (EAA), yang merupakan blok binaan dalam protein untuk menyokong pertumbuhan tulang dan otot4

Selain itu, susu yang mengandungi DHA juga penting untuk perkembangan otak5

#4. Tawaran sampel percuma atau hadiah

Membeli susu kanak kanak bersama sampel percuma adalah cara yang baik untuk mencuba susu sebelum membelinya dalam kuantiti besar.

Ini juga membantu anda mengenal pasti sama ada anak anda menyukai susu tersebut atau tidak.

Anda boleh dapatkan sampel susu percuma di sini.

#5. Kesesuaian usia

Pastikan susu formula yang anda pilih sesuai dengan usia anak anda. 

Sebagai contoh, susu untuk anak 2 tahun, susu untuk anak 3 tahun, dan kanak-kanak lebih besar mempunyai komposisi yang berbeza. 

Rumusannya disesuaikan dengan keperluan nutrisi mereka pada setiap tahap umur.

#6. Diakui pakar nutrisi

Pilihlah susu formula untuk anak yang telah mendapat pengesahan atau disyorkan oleh pakar nutrisi atau doktor kanak-kanak. 

Ini memberi jaminan tambahan mengenai kualiti dan kesesuaian susu tersebut.

Susu Dutch Lady MaxGro sebagai pilihan si manja

Susu sebagai sebahagian hidangan harian untuk anak.
Susu sebagai sebahagian hidangan harian untuk anak.

Jika anda mencari susu kanak kanak yang membantu menyediakan nutrien optimum untuk anak anda yang sedang membesar, Dutch Lady MaxGro mungkin pilihan yang tepat. 

Susu ini diformulasikan khas untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 9 tahun, dan direka untuk menyokong tumbesaran optimum anak anda.

Susu Dutch Lady MaxGro menyediakan sekurang-kurangnya 80% daripada Pengambilan Nutrien Harian yang Disyorkan (RNI Malaysia 2017) untuk nutrien terpilih seperti kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, zink, dan vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C. 

Ini membantu mengisi jurang nutrisi dalam diet anak anda, terutamanya bagi kanak-kanak yang mungkin kurang mendapat nutrisi yang mencukupi.

Selain itu, susu ini turut mengandungi 9 jenis asid amino penting (EAA) yang merupakan blok binaan dalam protein untuk menyokong pertumbuhan tulang dan otot. 

Ia juga mengandungi DHA (80mg/100g) yang penting untuk perkembangan otak anak anda.

Ia membantu menyokong pemakanan lengkap untuk tumbesaran optimum anak anda kerana ia lebih kos efektif.

Kesimpulan

Memilih susu kanak kanak yang sesuai adalah penting bagi memastikan anak anda mendapat nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat. 

Dengan mempertimbangkan faktor-faktor seperti kandungan nutrisi, kesesuaian umur, dan keperluan khusus anak, ibu bapa dapat membuat pilihan yang tepat untuk keperluan nutrisi anak mereka.

Dutch Lady MaxGro membantu keseimbangan nutrisi yang lengkap untuk menyokong tumbesaran optimum anak anda. 

Dengan kandungan nutrien yang tinggi dan diformulasikan khas untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 9 tahun, ia membantu memenuhi diet harian mereka pada harga yang berpatutan.


Menerusi Dutch Lady MaxGro, ia menyokong anak anda untuk mencapai potensi pertumbuhan mereka, seiring dengan usia.

Semoga artikel ini membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat dalam memilih suplemen bernutrisi dan susu formula untuk anak anda. 

Dapatkan susu Dutch Lady MaxGro hari ini di sini.

Dutch Lady MaxGro: Optimumkan tumbesaran. Hidupkan Harimu.

#DutchLadyMaxGro

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Lactation Issues. https://www.templehealth.org/services/conditions/lactation-issues. Diakses pada November 20, 2024.
  2. Formula Options for Kids with Food Allergies. https://kidswithfoodallergies.org/recipes-diet/nutrition-and-health/formula-options-for-kids-with-food-allergies/. Diakses pada November 20, 2024.
  3. Milk Formulated for Kids. https://mypositiveparenting.org/2020/06/30/milk-formulated-for-kids/. Diakses pada November 20, 2024.
  4. Lv, Z., Shi, W., & Zhang, Q. (2022). Role of Essential Amino Acids in Age-Induced Bone Loss. International journal of molecular sciences, 23(19), 11281. https://doi.org/10.3390/ijms231911281. Diakses pada November 20, 2024.
  5. Lauritzen, L., Brambilla, P., Mazzocchi, A., Harsløf, L. B., Ciappolino, V., & Agostoni, C. (2016). DHA Effects in Brain Development and Function. Nutrients, 8(1), 6. https://doi.org/10.3390/nu8010006. Diakses pada November 20, 2024.

Versi Terbaru

16/12/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Anak Asyik Mengadu Sakit Perut, Ini 5 Puncanya Yang Parents WAJIB Tahu!

Nak Badan Baby Berisi Sedikit? Ini 9 Makanan Untuk Bayi 1 Tahun Biar Gemuk!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 6 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan