backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Perlukah Anak Ambil Multivitamin? Sebelum Beli Apa-Apa Suplemen, Baca Ini Dulu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/06/2022

Perlukah Anak Ambil Multivitamin? Sebelum Beli Apa-Apa Suplemen, Baca Ini Dulu!

Sedang mencari multivitamin kanak-kanak? Eh, sebelum bagi anak apa-apa jenis suplemen, baca ini dulu!

Menurut American Academy of Pediatrics, kanak-kanak yang sihat dan mengambil diet yang seimbang selalunya tidak memerlukan suplemen.

Walau bagaimanapun, ramai ibu bapa yang memberikan multivitamin kepada anak masing-masing untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi serta untuk meningkatkan daya tahan badan.

Tambah lagi, kanak-kanak sepatutnya mendapatkan vitamin yang diperlukan melalui diet yang sihat dan seimbang, bukannya melalui suplemen!

Untuk memastikan anak mendapat nutrisi yang mencukupi, pakar menyarankan agar kanak-kanak mengambil makanan seperti:

  1. Susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt.
  2. Buah-buahan segar dan sayur-sayuran hijau.
  3. Protein seperti ayam, ikan, daging dan telur.
  4. Bijirin penuh seperti oat dan beras perang.

Namun, tidak dinafikan ada kanak-kanak yang mungkin perlu mengambil multivitamin, lebih-lebih lagi jika anak memilih semasa makan.

Tetapi, sebelum memberikan anak sebarang suplemen, pastikan anda mendapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu.

Multivitamin kanak-kanak, siapa yang perlukannya?

multivitamin kanak-kanak

Pada zaman sekarang, ramai ibu bapa yang mempunyai kerjaya masing-masing. 

Oleh sebab itu, bukan semuanya mampu menyediakan makanan yang sihat untuk anak setiap hari.

Sudah tentulah, sebagai ibu bapa yang prihatin, kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita. Sebab itu, pakar pediatrik menggalakkan pengambilan multivitamin terutamanya untuk kanak-kanak yang:

  1. Tidak mendapat makanan yang seimbang.
  2. Terlalu memilih semasa makan atau mengelak untuk makan.
  3. Menghidap penyakit kronik seperti asma atau masalah pencernaan, terutamanya yang sedang mengambil ubat-ubatan tertentu.
  4. Mempunyai masalah tumbesaran.
  5. Menghidap alahan tertentu.
  6. Terpaksa mengikuti diet vegetarian atau diet bebas tenusu.
  7. Makan terlalu banyak makanan ringan dan makanan yang diproses.
  8. Suka minum air berkarbonat. Amalan ini boleh menyebabkan mereka mengalami kekurangan vitamin dan mineral.

Berbincanglah dengan doktor jika anda risau mengenai pemakanan anak anda.

Jika doktor mencadangkan pengambilan multivitamin atau suplemen, beli produk yang sesuai dengan umur anak. Selain itu, pastikan produk tersebut tidak mengandungi lebih daripada 100% keperluan harian.

Selain itu, pastikan juga ia disimpan jauh daripada capaian anak-anak. Multivitamin bukannya gula-gula!

Malah, ada beberapa jenis suplemen yang mempunyai bahaya serta risiko tersendiri jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

6 vitamin dan mineral penting untuk kanak-kanak

Jika anda sedang mencari multivitamin kanak-kanak, kami senaraikan 6 vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran mereka.

Berita baiknya, semua vitamin dan mineral ini boleh didapati di dalam makanan harian kita! Antaranya ialah:

1. Vitamin A

multivitamin kanak-kanak

Vitamin A amat penting untuk tumbesaran dan perkembangan anak-anak. Malah, ia juga memainkan peranan penting untuk memperbaiki tisu dan tulang.

Antara sumber utama vitamin A ialah susu, keju, telur serta sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning atau jingga seperti lobak merah, keladi dan labu.

2. Vitamin B

Anak anda aktif dan tidak boleh duduk diam? Semua jenis vitamin B – B2, B3, B6 dan B12, dapat membantu meningkatkan metabolisme serta tenaga anak.

Malah, ia juga dapat memastikan sistem peredaran darah dan saraf anak sentiasa sihat. Antara sumber utama vitamin B dalam makanan ialah daging, ayam, ikan, kekacang, telur, susu, keju dan soya.

Multivitamin kanak-kanak 3. Vitamin C

Selain itu, pastikan anak mendapat vitamin C yang mencukupi untuk otot dan kulit yang sihat. Malah, vitamin ini juga amat penting untuk kesihatan anak secara am.

Tambah lagi, ia juga dapat membantu badan menyerap zat besi.

Cuba tambahkan makanan seperti buah-buahan sitrus, strawberi, kiwi, tomato dan brokoli ke dalam diet anak untuk memastikan mereka mendapat vitamin C yang mencukupi.

4. Vitamin D

Vitamin D menggalakkan pertumbuhan tulang dan gigi serta membantu badan menyerap kalsium.

Antara sumber vitamin D untuk anak ialah susu dan ikan berlemak seperti salmon dan mackerel. 

Namun, sumber terbaik vitamin D sudah tentulah daripada cahaya matahari!

5. Zat besi, multivitamin kanak-kanak harus ada!

Zat besi penting untuk membina otot badan. Malah, ia juga merupakan komponen penting dalam sel darah merah.

Gadis yang baru datang haid berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi. Oleh sebab itu, mereka perlu menambah makanan yang kaya dengan zat besi ke dalam diet setiap hari.

Antara sumber zat besi yang terbaik ialah daging merah seperti daging lembu dan kambing serta sayur-sayuran seperti bayam, kacang dan buah prun.

6. Kalsium

Kalsium membantu membina tulang yang kuat semasa anak-anak kita membesar. Ia boleh didapati dalam makanan seperti susu, keju, yogurt dan tofu.

Dapatkan nutrisi penting dari makanan segar

multivitamin kanak-kanak

Cara yang terbaik untuk memastikan anak kita mendapat nutrisi yang mencukupi adalah dengan menghidangkan makanan yang sihat sekerap mungkin.

Pemakanan yang sihat bermula dari rumah. Pastikan anak mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan daripada pelbagai jenis makanan.

Jika anak anda perlukan multivitamin kanak-kanak, tunggu sehingga si manja berusia 4 tahun kecuali jika doktor mencadangkan sebaliknya.

Benar, nutrisi memainkan peranan penting dalam perkembangan anak-anak. Namun, jangan bergantung hanya pada multivitamin, pastikan mereka mendapat makanan yang sihat juga, ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan