Kanak-kanak dengan masalah deria mungkin tidak akan menyukai perkara yang merangsang deria mereka secara berlebihan, seperti persekitaran yang bingit, cahaya terang atau bau kuat.
Bagi anak yang tidak bertindak balas dengan input deria pula mungkin akan mencari rangsangan deria tambahan.
Isu berkaitan deria sentuhan
Bayangkan anda perlu memakai baju yang dibuat daripada kain guni kasar, saiz kasut 2x lebih kecil dan terdapat kipas bersaiz industri bertiup terus ke muka.
Ketika anda makan semangkuk bijirin, teksturnya seperti batu kerikil di dalam mulut dan semasa memberus gigi pula, terasa seperti menggosok bulu keluli pada gusi.
Itulah yang dirasai oleh mereka dengan keadaan kepekaan sentuhan (tactile sensitivity). Turut disebut sebagai disfungsi sentuhan (tactile dysfunction).
Keadaan ini di mana sensitiviti deria sentuhan dan fungsinya meningkat hingga menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan.
Nama lain bagi keadaan ini adalah defensif sentuhan (Tactile defensiveness) dan hipersensitiviti sentuhan – semuanya bermaksud keadaan yang sama.
Kanak-kanak dengan kepekaan deria sentuhan ini akan merasai sensasi tertentu dengan lebih kuat berbanding individu lain.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen