home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Nak Pakai Berus Gigi Elektrik Atau Manual? Ini Yang Patut Anda Tahu

Nak Pakai Berus Gigi Elektrik Atau Manual? Ini Yang Patut Anda Tahu

Dalam aspek penjagaan kesihatan oral, adakah penggunaan berus gigi elektrik lebih bagus berbanding berus gigi manual? Ini kami kongsikan kebaikan dan kelemahan berus gigi jenis elektronik kepada anda.

Kepentingan memberus gigi

Peralatan elektrik telah terbukti berguna dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Walau bagaimanapun, sesetengah daripadanya masih boleh dipersoalkan fungsi, keperluan dan keselamatannya.

Salah satu daripadanya ialah berus gigi elektrik.

Memberus gigi adalah amat penting kerana ia berkesan membuang sisa dan plak dari permukaan gigi dan gusi. Selain itu, memberus juga merangsang gusi untuk memastikannya sihat. Walau bagaimanapun, tidak semua orang tahu memilih berus gigi yang betul.

Kelebihan dan kelemahan berus gigi elektrik

Turut dikenali sebagai berus gigi elektronik, berus gigi jenis ini telah dilaporkan mempunyai kesan pembersihan gigi lebih baik berbanding berus gigi manual.

Walau bagaimanapun, berus gigi moden ini mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan.

Kelebihannya

1. Pembersihan gigi dengan lebih teliti

Berus gigi elektrik boleh membuang plak dengan lebih baik dan lebih cepat. Selain itu, dengan reka bentuk khas, ia juga mampu untuk membersihkan kawasan yang sukar dicapai seperti belakang gigi geraham dan garisan gusi, dengan itu, rongga gigi dan gingivitis boleh dielakkan.

kebaikan berus gigi elektrik

2. Melawan gingivitis dan penyakit gusi dengan berkesan

Dengan berus gigi moden ini, anda hanya hanya memegang berus dan biarkan peralatan ini menjalankan tugasnya. Oleh itu, anda tidak perlu memberus gigi dengan keras dan dapat mengelakkan kecederaan gusi, yang dapat mencegah gusi menyusut.

Selain itu, ia dapat mengelakkan masalah enamel pada permukaan gigi anda, yang boleh menyebabkan sensitiviti kepada rasa sejuk, panas, dan rangsangan lain.

3. Penyampaian fluorida lebih baik

Walaupun perlu kajian lanjut, penggunaan berus gigi moden boleh memastikan fluorida disampaikan dalam mulut dengan lebih baik.

Kelemahannya

1. Pelaburan yang lebih mahal

Berus gigi ini adalah teknologi moden dengan pelbagai fungsi, jadi sudah tentu harganya lebih tinggi. Oleh itu, ramai yang masih teragak-agak untuk menggantikan berus gigi biasa dengan berus gigi elektronik.

2. Tidak elok untuk gigi sensitif

Mereka yang mempunyai gigi sensitif kebiasaannya kembali kepada penggunaan berus gigi manual kerana adalah sukar untuk mencari berus gigi elektronik dengan bulu lembut atau ultra-lembut.

Walau apa pun, pilihlah berus gigi yang tahan lama, fleksibel, ringan, mudah digunakan dan memenuhi keperluan anda. Tidak ada keperluan untuk sentiasa menggunakan teknologi dalam hidup anda.

Berus gigi: Pakai buang atau elektrik?

Selagi penjagaan kesihatan oral anda berada pada tahap terbaik dengan membersihkan gigi dengan kerap menggunakan teknik memberus betul, pasti anda dapat mengurangkan peningkatan plak dan menjadikan gigi anda sihat, tidak kira sama ada anda menggunakan berus gigi elektronik atau manual.

penjagaan kesihatan oral

Melalui hampir 30 kajian saintifik yang telah banyak dijalankan untuk mengkaji keberkesan berus gigi elektronik dan berus gigi manual.

Hasil kajian menunjukkan tidak banyak perbezaan signifikan dapat dilihat antara penggunaan berus gigi elektrik dan manual dalam keupayaan mengeluarkan plak dan mencegah penyakit gusi.

Namun terdapat bukit menunjukkan berus gigi moden tertentu yang dipanggil berus gigi berputar (rotation oscillation toothbrush), lebih berkesan berbanding berus gigi manual.

Sebenarnya, berus gigi yang terbaik adalah apabila anda dapat menggunakannya dengan baik.

Sesetengah individu mungkin tidak suka rasa bergetar apabila menggunakan berus gigi elektrik. Bagi sesetengah yang lain pula, mungkin berpendapat penggunaan berus gigi elektrik dapat membantu membersihkan permukaan gigi dengan lebih efektif.

Jadi apa pun terpulang kepada anda, sama ada memilih berus gigi elektrik atau berus gigi manual, selagi anda memberus gigi dengan betul, itu adalah sebaiknya.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

The important of brushing, http://plus.healthyteeth.org/the-importances-of-brushing-2/ Accessed March 21, 2017.

Advantages and Disadvantages of electric toothbrush, http://connectusfund.org/6-advantages-and-disadvantages-of-electric-toothbrush Accessed March 21, 2017

Benefits of an Electric Toothbrush

https://www.dentalhealth.org/news/electric-toothbrushes-win-the-head-to-head-against-manual-in-record-breaking-new-study

Electric or manual toothbrush?

 

Gambar penulis
Ditulis oleh Helma Hassan pada 05/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x