backup og meta

“Hanya Pantau Anak Pakai Baju Dari Jauh”, Ini 5 Taktik Ibu Ajar Si Kecil Pakai Baju Sendiri

“Hanya Pantau Anak Pakai Baju Dari Jauh”, Ini 5 Taktik Ibu Ajar Si Kecil Pakai Baju Sendiri

Ajar anak pakai baju sendiri boleh menjadi antara teknik keibubapaan yang agak sukar. Ini kerana, kebanyakan ibu bapa tidak tahu bagaimanakah hendak bermula. Lebih-lebih lagi buat mereka yang masih bertatih mendidik anak sulung dalam keluarga. Jangan khuatir, kami ada satu kisah bagaimana seorang ibu ini mengajar anaknya memakai baju sendiri. Ikuti cara ajar anak pakai baju yang dikongsikan oleh Puan Nur Liyana ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Nur Aisyah Husna, cepat tiru perlakuan orang lain

cara ajar anak pakai baju

Pasangan Nur Liyana Syamimi dan Muhamad Shareefuddin telah dikurniakan anak perempuan yang diberi nama Nur Aisyah Husna sebagai penyeri keluarga.

Nur Aisyah Husna merupakan kelahiran sulung daripada dua orang adik beradik.

Menurut ibunya, Nur Aisyah Husna merupakan seorang kanak-kanak yang cepat belajar kerana dia sering meniru perbuatan orang yang berada di sekelilingnya.

Lebih-lebih lagi setiap perbuatan yang dilakukan oleh baba atau ayahnya sendiri.

Kata Nur Liyana lagi, anaknya itu merupakan seorang yang mempunyai karakter ‘strong will’, di mana setiap apa yang dimahukannya akan diusahakan sehingga dapat.

Sebagai contoh, jika dia mahukan gula-gula, dia akan tetap cuba mendapatkannya daripada orang lain jika Nur Liyana tidak memberikannya.

Bermula daripada ajar English, kepada cara ajar anak pakai baju

Menariknya mengenai pengalaman Nur Liyana, kesedaran untuk mengajar anak pakai baju sendiri bukanlah daripada perancangan yang terperinci.

Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja ketika dalam proses mengajar anaknya belajar bahasa Inggeris.

Pada awalnya, dia ingin mengajarkan vocabulary atau perkataan mengenai anggota badan dalam bahasa Inggeris kepada anaknya ketika memakaikan pakaian.

Sewaktu menyarungkan baju kepada anaknya ketika masih bayi, Nur Liyana akan menyebut perkataan bahasa Inggeris sambil menunjukkan baju kepada anaknya.

Daripada aktiviti ini, lama-kelamaan anaknya sudah pandai memakai seluar sendiri ketika sudah berumur satu tahun.

Proses seterusnya untuk mengajar anak dengan lebih teratur juga menjadi lebih mudah. 

Ini 5 cara ajar anak pakai baju sendiri yang Puan Nur Liyana lakukan

cara ajar anak pakai baju

Menurut Nur Liyana, ada lima kaedah yang telah digunakan sepanjang mengajar anaknya memakai baju sendiri.

Lihat perkongsian ibu ini di bawah: 

Cara 1: Ajarkan perkataan bahasa Inggeris sejak kecil

Pada peringkat awal, Nur Liyana mengajarkan anaknya beberapa perkataan berkenaan anggota badan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, kaki, tangan, telinga dan lain-lain lagi.

Ibu bapa disarankan untuk kerap menyebutnya bagi merangsang deria pendengaran anak. 

Cara ajar anak pakai baju 2: Sebut satu persatu cara pakai

Sewaktu hendak memakaikan baju kepada anak, sebutkan langkah pemakaian baju satu persatu dengan lengkap.

Sebagai contoh,

“Aisyah, sekarang kita nak pakai baju. Mula-mula sarungkan di kepala dahulu, kemudian barulah di tangan. Dah siap pakai baju.”

Cara 3: Ajar pakai seluar secara duduk

Kebiasaannya, kanak-kanak masih mempunyai kesukaran untuk menyeimbangkan diri sewaktu berdiri. Apatah lagi jika berdiri dengan sebelah kaki.

Oleh itu, jika mahu ajarkan anak memakai seluar, lakukannya secara duduk terlebih dahulu.

Sebutkan kepada anak,

“Masukkan satu kaki ke dalam seluar. Kemudian masukkan kaki kedua pula dalam seluar”.

Secara tidak langsung, kita juga telah mengajarkan anak mengenai anggota badan dan juga nombor.

Cara ajar anak pakai baju 4: Bercerita ketika pakaikan baju anak

Kaedah yang sama juga perlu dilakukan ketika memakaikan pakaian pada anak.

Pakaikan pakaian sambil menceritakannya seperti ketika mengajar anak pakai seluar

Cara 5: Yakin dengan kemampuan anak

Setiap anak mempunyai kemampuan dan tahap perkembangan yang berbeza. Ada kanak-kanak yang mungkin cepat belajar, dan ada juga yang perlu mengambil sedikit masa.

Oleh itu, ibu bapa kena sentiasa percaya dan yakin dengan kemampuan anak untuk memakai baju sendiri.

Pada peringkat awal, ia mungkin agak sukar. Namun, lama-kelamaan anak boleh melakukannya dengan lebih pantas. 

Ini kelebihan apabila amalkan cara ajar anak pakai baju

cara ajar anak pakai baju

Menurut Nur Liyana, sejak anaknya sudah pandai memakai baju sendiri, ia lebih memudahkan urusan sehariannya.

Dia boleh melakukan kerja rumah yang lain dan hanya memantau anak memakai baju dari jauh sahaja.

Selain itu, apabila si kecil sudah pandai memakai pakaian sendiri, ia secara tidak langsung mendidik anak menjadi lebih berkeyakinan dan matang.

Anak juga sudah mengetahui pakaian manakah yang masih bersih atau sudah kotor.

Tambahan pula, anak secara tidak langsung akan mengetahui bahagian tubuh yang perlu ditutup sepanjang masa. 

Anak sudah mula pandai ‘memilih’ 

Apabila sudah mengaplikasikan cara ajar anak pakai baju sendiri, akan wujud beberapa cabaran yang perlu ibu bapa lalui.

Berdasarkan pengalaman Nur Liyana, anaknya kini lebih pandai membuat pilihan berkenaan pakaian yang hendak dipakai.

Ia memberikan sedikit kesukaran apabila Nur Aisyah Husna ingin memakai pakaian lain ke majis perkahwinan sedangkan ibunya sendiri telah menyediakan pakaian yang bersesuaian.

Kadangkala, dia dan anaknya akan kerap ‘bergaduh’ hanya kerana ingin memilih pakaian.

Oleh itu, ibu bapa perlu bijak dengan memujuk dan memberitahu anak mengapa mereka perlu memakai pakaian yang bersesuaian. 

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Temubual bersama Puan Nur Liyana Syamimi pada 8 September 2022.

Putting Clothes on the Right Way Round. https://www.nhsggc.org.uk/kids/resources/ot-activityinformation-sheets/putting-clothes-on-the-right-way-round/. Accessed on September 8, 2022.

Clothes. https://learnenglishkids.britishcouncil.org/category/topics/clothes. Accessed on September 8, 2022.

What to do when kids refuse to put on certain clothing. https://www.understood.org/en/articles/child-refuses-certain-clothes. Accessed on September 8, 2022.

Developmental Milestones: Dressing Skills. https://www.choc.org/wp/wp-content/uploads/2014/11/Rehab-Developmental-dressing-skills.pdf. Accessed on September 8, 2022.

Toddler development: Getting dressed. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/toddler-development-getting-dressed. Accessed on September 8, 2022.

Versi Terbaru

19/10/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ibu-Ibu Boleh Cuba 3 Resipi Mi Goreng Sedap Ini, Gerenti Anak Dan Suami Makan Bertambah!

Latih Anak Berdikari, Ibu Ini Kongsi 3 Tip Didik Anak Sulung Jaga Adik-adik!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan