- Mula menggunakan buku rujukan
- Selesa membaca dengan kuat
- Dapat menyesuaikan bahasa dan kosa kata mengikut khalayak, topik atau tujuan
- Mengembangkan perbendaharaan kata daripada buku teks dan bacaan peribadi
- Menunjukkan kemahiran mendengar dan mempamerkan bahasa badan
- Mahir menggunakan pelbagai ayat mudah dan majmuk dalam kepanjangan berbeza
Intelektual – Kognitif
6 – 8 tahun
- Bertanyakan soalan lebih kompleks
- Mahukan jawapan terperinci
- Menunjukkan minat luar biasa dalam angka
- Boleh menerima dan memahami peraturan
- Boleh memberikan tumpuan lebih lama
- Gemar permainan kad
- Memahami nilai duit
- Suka bereksperimen
- Gemar bermain anak patung, blok dan peralatan

9 – 12 tahun
- Menyedari masalah dan dapat menyelesaikannya
- Belajar membuat kesimpulan daripada pemerhatian
- Berminat dengan fakta
- Menyukai projek berkumpulan seperti sains dan seni
- Suka membina sesuatu
- Mengaplikasikan konsep matematik dalam kehidupan seharian
- Meningkatkan daya ingatan dan pemikiran
- Menjadi lebih abstrak
Sosial – Emosi
6 – 7 tahun
- Boleh bekerjasama dan teliti
- Meminta kebenaran dan mengikut arahan
- Anak prasekolah suka bermain dalam kumpulan
- Lebih gemar bermain dengan rakan seusia, biasanya sama jantina
- Keinginan kuat untuk membantu ibu bapa
- Dapat menyatakan kemarahan secara lisan berbanding fizikal
- Kanak-kanak lelaki lebih banyak bergaduh secara fizikal berbanding perempuan
8 – 9 tahun
- Lebih tenang dan senyap
- Bimbang tentang banyak perkara
- Tidak suka diberitahu apa yang perlu dilakukan
- Ingin kebebasan
- Boleh membezakan betul dan salah
- Memberikan alasan atas kesalahan
- Mengeluh atas perkara tidak menyenangkan
- Mula berkawan antara lelaki dan perempuan
10 – 12 tahun
- Kurang mementingkan diri
- Menjadi terlalu murung jika mula akil baligh
- Kerap bertengkar
- Mudah sensitif
- Boleh bergaul dengan individu lain
- Menunjukkan kesetiaan dalam berkawan
- Ingin berpakaian dan bertingkah laku seperti rakan sebaya
- Malu menunjukkan rasa kasih sayang pada keluarga secara terbuka
- Menyedari perkembangan seksual

Perkembangan anak bersekolah
Tidak kira baru memulakan alam pra sekolah atau di sekolah rendah, anda akan melihat tahap kemajuan luar biasa daripada aspek pembelajaran.
Mereka akan berasa gembira ketika pulang daripada sekolah dan menunjukkan apa yang dipelajari, walaupun mungkin hanya seketika.
Perkembangan sosial anak bersekolah juga akan semakin meningkat.
Jalinan persahabatan yang terjalin lebih utuh dan mula mengembangkan minat serta hobi baharu.
Pun begitu, anda mungkin akan mendengar keluhan daripada anak apabila perlu menyiapkan tugasan sekolah atau saat meminta membersihkan bilik.
Adakalanya, mereka mungkin menonjolkan tingkah laku yang akan menguji kesabaran anda.
Jadi anda harus kekal bertenang ya.
Keperluan nutrisi
Kanak-kanak sama ada prasekolah atau anak bersekolah rendah memerlukan pengambilan makanan sihat dan snek ringan berkhasiat.
Pada tahap usia 6 hingga 12 tahun, kadar pertumbuhan adalah stabil tetapi perlahan. Biasanya mereka perlu mengambil hidangan yang lebih kerap antara 4 hingga 5 kali sehari, termasuklah snek.
Pada tempoh ini, anak akan mula menetapkan apa yang disukai dan sebaliknya. Ia biasanya dipengaruhi oleh keluarga, rakan serta media elektronik juga internet.
Pengambilan snek makanan ringan berkhasiat juga penting untuk mendapatkan 1/4 daripada jumlah pengambilan kalori.
Untuk menggalakkan anak pra sekolah makan, mungkin anda boleh mengajak mereka membantu dalam penyediaan makanan.