backup og meta

Ibu-Ibu Boleh Cuba 3 Resipi Mi Goreng Sedap Ini, Gerenti Anak Dan Suami Makan Bertambah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/10/2022

    Ibu-Ibu Boleh Cuba 3 Resipi Mi Goreng Sedap Ini, Gerenti Anak Dan Suami Makan Bertambah!

    Bersarapan dengan hidangan mi goreng yang panas-panas pada waktu pagi pasti akan membangkitkan selera makan. Apatah lagi jika dihidangkan dengan sambal tumis, hirisan limau, timun atau cili jeruk, pasti anda akan makan bertambah. Untuk ibu-ibu yang ingin masak mi confirm sedap, boleh try tiga resipi dan cara masak mee goreng di bawah ini. Kami kongsikan cara masak mee goreng basah dan beberapa jenis mi goreng yang lain.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    3 resipi dan cara masak mee goreng confirm sedap!

    Buat ibu-ibu di luar sana, mungkin anda ingin mencuba teknik dan bahan-bahan yang sedikit berbeza dalam hidangan mi goreng anda.

    Sila lihat resipi yang kami kongsikan di bawah ini.

    #1. Cara masak mee goreng budak-budak

    cara masak mee goreng

    Mi goreng ini lebih sesuai dimasak untuk kanak-kanak kerana tidak mengandungi sayur-sayuran.

    Namun ia juga boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja.

    Bahan-bahannya ialah:

    Cara memasak:

    1. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan telur menjadi telur hancur. Alihkan daripada kuali.
    2. Kemudian, tumiskan bahan kisar sehingga garing. 
    3. Setelah bahan kisar garing, masukkan hirisan ayam atau daging. Masak seketika.
    4. Setelah ayam atau daging masak, masukkan pula kesemua sos tiram, sos cili, dan juga kicap manis. Kemudian, masukkan air. Biarkan ia mendidih seketika.
    5. Setelah itu, masukkan mi kuning ke dalam kuali. Gaul rata sehingga sebati.
    6. Akhir sekali, masukkan telur hancur yang telah disediakan lebih awal tadi.
    7. Siap untuk dihidang.

    #2. Mi goreng basah mak mertua

    cara masak mee goreng

    Resipi mi goreng basah ini merupakan resipi warisan yang dipelajari daripada ibu mertua.

    Ia boleh dikatakan sebagai antara resipi dan cara masak mee goreng basah yang paling sedap.

    Bahan-bahan dan cara penyediaannya adalah seperti berikut:

    • 1 bungkus mi kuning
    • 8 ulas bawang putih (ditumbuk)
    • Setengah biji bawang holland (dihiris)
    • 2 sudu makan cili kisar
    • 5 sudu makan sos cili
    • 2 sudu makan sos tomato
    • 2 sudu makan sos tiram
    • 1 sudu makan kicap manis
    • 2 sudu makan kicap pekat
    • 1 sudu makan sos ikan
    • Setengah sudu kecil garam
    • Setengah cawan air
    • 2 biji telur
    • Sawi
    • Tomato
    • Hirisan ayam
    • Udang

    Cara memasak:

    1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian, tumiskan bawang putih, bawang holland dan cili kisar.
    2. Masukkan hirisan ayam dan udang. Masak seketika.
    3. Masukkan kesemua jenis sos dan kicap ke dalam kuali. Masukkan bersama setengah cawan air dan juga garam. Biarkan ia mereneh seketika.
    4. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuah mi tadi. 
    5. Setelah itu, masukkan mi dan gaul sehinggal sebati.
    6. Kemudian, masukkan kesemua sayur ke dalam kuali.
    7. Gaul seketika sehingga sayur agak masak. 
    8. Siap untuk dihidangkan.  

    #3. Mi goreng mamak terangkat

    cara masak mee goreng

    Bagi mereka yang kurang menggemari jenis mi goreng basah, anda boleh mencuba resipi dan cara masak mee goreng mamak ini.

    Resepi mi goreng kering ini pastinya menaikkan selera makan anda.

    Bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya adalah seperti berikut:

    • 1 bungkus mi kuning
    • 6 tangkai lada kering (kisar)
    • 3 biji bawang merah (kisar)
    • 6 ulas bawang putih (kisar)
    • 6 sudu makan kicap manis
    • 2 sudu makan sos tiram
    • 2 sudu makan sos cili
    • 2 biji telur
    • Satu sudu kecil serbuk kari atau serbuk kari mi segera
    • Sayur sawi
    • Taugeh
    • Kek ikan atau bebola ikan
    • Sotong
    • Udang
    • Garam secukup rasa

    Cara memasak:

    1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
    2. Kemudian, masukkan kesemua sos dan kicap, serbuk kari, garam dan juga sedikit air.
    3. Setelah mendidih, masukkan sotong, udang, kek ikan dan bebola ikan. Biarkan ia masak seketika.
    4. Setelah itu, masukkan mi kuning ke dalam kuali dan gaulkan dengan sebati. 
    5. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau. Kemudian, gaulkan mi bersama-sama telur tersebut.
    6. Gaul sehingga telur menjadi agak masak dan kering.
    7. Siap untuk dihidangkan.

    Diharapkan resipi mi goreng yang dikongsikan ini boleh membantu anda untuk mempelbagaikan hidangan mi goreng di rumah.

    Barulah anak-anak lebih berselera untuk makan setiap hari.

    Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan