Mengajar anak memakai baju sendiri bukan sekadar untuk mendidik si kecil berdikari, tetapi ia mendatangkan kebaikan kepada diri anda sebagai ibu bapa juga.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Mengajar anak memakai baju sendiri bukan sekadar untuk mendidik si kecil berdikari, tetapi ia mendatangkan kebaikan kepada diri anda sebagai ibu bapa juga.
Adakah anda ingin tahu caranya?
Keseronokan dapat membuat pilihan tentang apa yang ingin dipakai, sudah tentu menambahkan keinginan mereka untuk bersiap sendiri.
Ibu bapa yang mempunyai niat untuk mengajar anak memakai baju sendiri, adakalanya lebih mudah diperkatakan berbanding melakukannya.
Ia memerlukan kesabaran yang tinggi.
Setiap kali anak ingin bersiap, pastinya mereka akan banyak bertanya mengenai baju warna apa, corak yang bagaimana dan sebagainya.
Bahkan sebagai individu dewasa juga, adakalanya perihal sebegitu boleh menyebabkan kerunsingan.
Namun, untuk tempoh jangka masa panjang, pastinya ia memberikan banyak kelebihan jika anda dapat mengajar anak memakai baju sendiri ketika mereka masih kecil.
Mengajar anak berdikari untuk bersiap membolehkan perkembangan 5 kemahiran dalam diri mereka, seperti:
Bila usia yang sesuai untuk mula mengajar anak memakai baju sendiri?
Haaa…soalan yang salah sebenarnya, para ibu bapa sekalian.
Sebaliknya anda harus menumpukan aspek kemahiran dalam proses berpakaian yang akan diperolehi si kecil.
Dalam aspek ini, anda memainkan peranan untuk menggalakkan si kecil mencuba dan pastinya ia memerlukan kesabaran yang tinggi.
Terdapat beberapa cara untuk mengajar anak berdikari untuk berpakaian.
Berikut adalah 7 langkah yang perlu dicuba oleh setiap ibu bapa.
Pilihlah seluar jenis sarung dan menggunakan pinggang getah. Ini membolehkan si kecil belajar untuk menanggalkan seluar apabila perlu.
Anda boleh menukar jenis seluar apabila si kecil semakin mahir dalam memakai seluarnya.
Minta si kecil untuk duduk ketika memakai seluar atau menyarung stoking.
Ini membolehkan mereka fokus tentang apa yang dilakukan dan menghindari ketidakseimbangan diri.
Jika dahulu anda akan membantu menyarungkan lengan baju, jadi ajarkan anak berdikari dengan menolak tangannya sendiri untuk menyarung lengan baju tersebut.
Ini secara tidak langsung membantu meningkatkan keyakinan diri si manja.
Bab ini mungkin sukar dan lebih mencabar kesabaran anda. Tetapi yakinlah ia sesuatu yang berbaloi.
Galakkan si kecil untuk mencuba membutangkan bajunya sendiri. Silap? Tidak mengapa, janganlah memarahi mereka, okay? Nanti tantrum pula si kecil.
Pada permulaan untuk mengajar anak memakai baju sendiri, anda boleh membantu menghindari kekeliruan mereka dengan menyusun siap pakaian yang perlu dipakai.
Anda mungkin boleh mengatur pakaian mengikut susunan hari dalam almari untuk dipakai mereka kelak.
Ajari si kecil untuk mengenal yang mana 1 bahagian depan dan belakang pakaian.
Tunjukkan mereka tag pakaian yang selalu berada di belakang atau butang yang sentiasa di bahagian depan.
Memakai kasut adalah antara aspek penting dalam mengajar anak berdikari ketika bersiap.
Mulakan dengan kasut yang mudah dipakai seperti kasut sarung. Anda boleh tunjukkan si kecil bagaimana anda memakai kasut dan menggalakkan si kecil mencuba sendiri.
Dalam usaha mengajar anak memakai baju sendiri, ia sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.
Ia bukanlah semudah untuk ajar anak memakai baju sendiri, ajar hari ini dan esok mereka akan pandai. Jadi ibu bapa sekalian harus lebih bersabar dan jangan mudah naik angin, okay?
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen