What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Betul Ke Berkesan Putihkan Gigi Dengan Baking Soda? Ada Rawatan Yang Lebih Berkesan!

Betul Ke Berkesan Putihkan Gigi Dengan Baking Soda? Ada Rawatan Yang Lebih Berkesan!

Pernah tak mendengar tip tentang penggunaan serbuk penaik (baking soda) dan lemon sebagai salah satu cara putihkan gigi? Banyak tip yang dikongsikan di atas talian mengenai cara memutihkan gigi secara semula jadi. Namun, adakah ia berkesan?

Kalau anda masih dalam perancangan ingin cuba tip tersebut, apa kata anda baca dulu perkongsian artikel ini.

Menurut Dr Ibrahim Shahruddin, seorang doktor dalam bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry), penggunaan serbuk penaik dan lemon sebagai bahan yang digunakan untuk putihkan gigi adalah satu cara yang tidak baik untuk kesihatan gigi anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

Berkesan ke putihkan gigi dengan soda?

putihkan gigi

Jelas beliau, gabungan kedua-dua bahan itu mungkin memutihkan gigi anda dengan menyingkirkan kekotoran pada lapisan gigi atau dikenali sebagai enamel.

Tetapi dalam masa yang sama ia turut ‘membuang’ lapisan gigi anda dan menjadikan gigi anda semakin nipis. Mesti anda terfikir apa masalahnya kalau gigi anda semakin nipis?

Sebenarnya, apabila gigi anda semakin nipis, anda akan lebih cenderung untuk mengalami masalah kekotoran pada gigi.

Dan apabila anda menggunakan bahan-bahan yang disebutkan di atas secara berulang-ulang kali untuk membantu dalam proses putihkan gigi anda, tidak mustahil gigi anda semakin menipis dan akhirnya menghilangkan lapisan pertama gigi serta mengakibatkan wujud gigi sensitif dan masalah berkaitan saraf.

Apabila anda mengalami gigi sensitif, pelbagai masalah berkaitan gigi yang lain pula akan muncul seperti sakit pada saraf gigi, gigi berlubang dan pelbagai masalah lain.

Dr Ibrahim menegaskan, kaedah ini bukan sahaja tidak boleh diguna pakai, malahan ia juga berisiko merosakkan gigi anda.

Jika anda ingin putihkan gigi anda, terdapat pilihan rawatan klinikal lebih berkesan dan selamat yang boleh anda lakukan iaitu:

  • Laser whitening atau bleaching untuk memutihkan gigi
  • Home whitening iaitu ubatan yang dipreskripsi oleh doktor untuk digunakan di rumah

Namun, satu perkara yang harus anda ingat, proses putihkan gigi tidak akan kekal dan warnanya akan berubah, melainkan jika anda langsung tidak akan makan.

Ini kerana, pewarna yang terkandung dalam makanan yang anda ambil boleh menyebabkan perubahan pada warna gigi.

Walau bagaimanapun, dengan penjagaan yang betul, anda mungkin boleh mengekalkan proses pemutihan gigi.

Perkara yang paling penting adalah untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pergigian dan tidak mudah percaya pada produk memutihkan gigi yang dijual secara meluas dalam talian.

Masalah gigi yang sering berlaku

putihkan gigi

Tahukah anda apakah masalah gigi yang paling kerap berlaku di dunia ini? Selain ingin putihkan gigi, Dr Ibrahim memberitahu hampir 3.9 bilion individu di dunia ini mengalami masalah karies gigi dan ia merupakan antara masalah utama kebanyakan individu.

Punca utama karies adalah disebabkan bakteria. Karies gigi merupakan antara salah satu masalah yang berisiko untuk berlaku apabila anda mempunyai masalah gigi sensitif.

Selain karies gigi, masalah gigi sensitif ini juga boleh menyebabkan gingivitis gusi. 8 daripada 10 individu, kebiasaannya mempunyai masalah gingivitis.

Manakala tabiat merokok pula boleh menjadi salah satu punca masalah gigi untuk jangka masa yang panjang. Tidak guna jika anda putihkan gigi namun masih merokok.

Selain boleh menyebabkan gigi menjadi kekuningan, tabiat ini juga boleh mengurangkan keupayaan gigi untuk melawan penyakit kerana bakteria baik berkurangan, yang akhirnya boleh mengakibatkan jangkitan mudah berlaku.

Tabiat ini juga boleh menyebabkan pengaliran darah ke gusi berkurangan yang akhirnya membuatkan gusi menjadi tidak kuat.


Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!

Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!


Pilihan rawatan pergigian

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat pelbagai rawatan pilihan yang boleh dilakukan untuk mengatasi sebarang masalah memutihkan gigi atau berkaitan gigi yang anda hadapi. Antaranya adalah:

1. Gigi palsu

Pasti anda pernah melihat iklan berkaitan gigi palsu bukan? Memakai gigi palsu bukan lagi hanya pilihan kepada individu yang lebih berusia.

Tetapi ia kini merupakan pilihan rawatan bagi individu dengan masalah ketiadaan gigi yang mungkin berlaku disebabkan kemalangan, masalah gigi dan sebagainya.

Berbanding dengan dahulu, kini gigi palsu boleh didapati dalam bentuk yang lebih kecil dan lebih fleksibel. Jadi risiko untuk gigi palsu anda terjatuh atau terkeluar ketika makan atau ketawa adalah kurang dan harganya adalah lebih murah berbanding rawatan gigi lain.

Tetapi terdapat kekurangan penggunaan gigi palsu, antaranya makanan mungkin tersekat di bawah gigi palsu dan terdapat kemungkinan menimbulkan ketidakselesaan pada bahagian gusi.

Baca juga:

2. Dental bridge

putihkan gigi

Merupakan pilihan lain bagi individu yang berdepan dengan masalah ketiadaan gigi. Ia akan lebih tampak semula jadi pada gigi anda.

Rawatan ini memerlukan untuk memotong gigi pada bahagian depan dan belakang sebelum proses jambatan gigi dapat dilakukan.

Kelebihan jambatan gigi adalah ia lebih tahan lebih lama berbanding penggunaan gigi palsu, iaitu antara 10 hingga 15 tahun.

3. Implan

Adalah pilihan yang lebih tahan lama berbanding dental bridge dan gigi palsu. Dalam perubatan ia dikenali sebagai rawatan seumur hidup yang bertahan antara 60 hingga 70 tahun.

Proses implan ini dilakukan dengan ‘menanam’ akar tiruan pada gusi di mana ia akan bersatu dengan tulang rahang. Ia dikatakan sebagai pilihan terbaik bagi merawat masalah kehilangan gigi.

Jelas Dr Ibrahim yang bertugas di iCare Dental Damansara Heights, dalam dunia pergigian, kos yang mahal adalah lebih baik. Ini kerana ia adalah pilihan yang baik untuk gigi anda untuk tempoh jangka masa panjang.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Tooth Whitening (Vital Teeth). http://www.myhealth.gov.my/en/tooth-whitening-vital-teeth/. Accessed on May 5, 2022.
  2. Tooth Whitening: What We Now Know. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4058574/. Accessed on May 5, 2022.
  3. All about teeth whitening. https://www.bupa.co.uk/dental/dental-care/treatments/teeth-whitening. Accessed on May 5, 2022.
  4. Teeth whitening. https://www.nhs.uk/conditions/teeth-whitening/. Accessed on May 5, 2022.
  5. Whitening: 5 Things to Know About Getting a Brighter Smile. https://www.mouthhealthy.org/en/az-topics/w/whitening. Accessed on May 5, 2022.
  6. Tooth whitening. https://www.dentalhealth.org/tooth-whitening. Accessed on May 5, 2022.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 05/05/2022
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor