backup og meta

7 Jenis Mainan Budak Ini Harus Ada Dalam Setiap Rumah, Bagus Untuk Perkembangan Anak!

7 Jenis Mainan Budak Ini Harus Ada Dalam Setiap Rumah, Bagus Untuk Perkembangan Anak!

Mainan budak bukan semata-mata untuk keseronokan, bahkan ia merupakan antara cara merangsang pertumbuhan emosi, sosial, fizikal dan kognitif mereka.

Tetapi, tahukah anda ada beberapa jenis mainan kanak-kanak yang amat disarankan untuk ada di rumah? Kalau ingin tahu, teruskan membaca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Jenis mainan budak bermanfaat untuk perkembangan anak

Umumnya terdapat pelbagai jenis mainan kanak-kanak yang dijual di pasaran. Tetapi ada beberapa variasi mainan murah tertentu berperanan dalam membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Antaranya:

1. Blok dan mainan binaan

Pemainan blok dipercayai dapat merangsang pertumbuhan otak dalam semua aspek perkembangan.

Malah ada kajian membuktikan kanak-kanak yang bermain blok secara kerap ketika berusia 3, 4 dan 5 tahun akan lebih baik dalam pelajaran matematik, khususnya algebra apabila berada di sekolah menengah.

Terdapat banyak pilihan blok dan set pembinaan yang menyeronokkan untuk dipertimbangkan, termasuklah blok kayu dan lego.

Mainan blok bagus untuk otak.
Mainan blok bagus untuk otak.

2. Mainan kanak-kanak susun gambar dan mainan penyelesaian masalah

Jigsaw puzzle atau susun gambar, sama seperti permainan blok dan lego, turut menyokong perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai cara. 

Semasa kanak-kanak menyelesaikan game susun gambar, mereka sebenarnya sedang menggunakan:

  • Kemahiran menyelesaikan masalah
  • Koordinasi tangan-mata
  • Kemahiran motor halus
  • Pengecaman bentuk
  • Ingatan
  • Kemahiran kesedaran spatial dan banyak lagi

Kanak-kanak pada usia 2-3 tahun boleh melakukan yang terbaik dengan susun gambar 4-12 keping. Manakala kanak-kanak prasekolah akan seronok menyelesaikan puzzle yang lebih kompleks antara 12-20 keping atau lebih.

3. Playdough, slime & bola

Apabila anak bermain sebarang mainan budak melibatkan penggunaan kedua-dua belah tangan, ia meningkatkan koordinasi antara tangan serta mata dan kemahiran lain seperti menggenggam dan memegang.

Bermain playdough atau tanah liat, slime atau bola merupakan antara contoh mainan kanak-kanak yang melibatkan penggunaan kedua belah tangan.

4. Mainan budak #Pretend play

Pretend play atau role play, merupakan permainan dramatik yang mempunyai manfaat kognitif, sosial dan emosi yang terbaik.

Ini kerana melalui permainan seperti ini, contohnya bermain masak-masak, doktor atau guru, anak akan mula menerokai apa yang disukai, diminati dan menjelajahi dunia di sekeliling mereka. Permainan ini juga memberi peluang kepada anak untuk belajar sesuatu perkara baharu berkaitan kehidupan.

Kanak-kanak sedang membina kemahiran sosial dan emosi, menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang kompleks, belajar membaca isyarat sosial, berkongsi, bergilir-gilir dan banyak lagi apabila mereka terlibat dalam permainan dramatik.

Mainan kanak-kanak yang menyokong permainan ini termasuk perabot saiz kanak-kanak, pakaian dan solekan, anak patung dan pakaiannya, makanan plastik, mesin tunai, alat permainan pengangkutan dan sebarang barangan kreatif membolehkan anak ‘berlakon’ (pretend).

5. Mainan budak bermanfaat #Kit seni & kraf

Ajar anak membuat kraf mudah menggunakan kertas.
Ajar anak membuat kraf mudah menggunakan kertas.

Seni dan kraf merupakan antara mainan IKEA yang digemari kanak-kanak. Berikan anak kertas, pensel warna, krayon dan gunting yang selamat untuk mereka.

Lihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka apabila berjaya menghasilkan potongan bentuk unik. Berikan sokongan dan percayalah ia akan terus meningkatkan motivasi mereka untuk lebih berimaginasi dan menjadi kreatif.

Berikan putik kapas atau bebola kapas untuk dicelup dalam warna air dan lihat bagaimana mereka menghasilkan lukisan seperti Leonardo da Vinci junior.

Namun anda perlu memantau kerana anak mungkin ‘tergoda’ untuk menconteng dinding! Untuk menghindari perkara ini anda boleh menampal kertas besar pada dinding dengan menggunakan pita pelekat.

6. Mainan muzikal

Seperti lagu, muzik juga memainkan peranan penting dalam kehidupan anak yang membolehkan mereka membesar dan mengembangkan ingatan sambil meningkatkan kemahiran sosial.

Hadiahkan anak drum mainan dan lihatlah mereka berseronok mengetuk dan ketawa. Xylophones turut merupakan antara mainan muzikal yang disukai kebanyakan kanak-kanak.

7. Basikal, kasut beroda & skipping rope, antara mainan budak berfaedah

Jangan biarkan anak terkurung di rumah! Manfaatkan cuaca yang baik pada waktu petang (atau pagi) dan bawa mereka ke taman permainan.

Ajar anak menaiki basikal.
Ajar anak menaiki basikal.

Kanak-kanak adalah manusia yang penuh dengan tenaga dan selain daripada berlari-lari di taman permainan, memanjat ke atas ke bawah, mereka juga boleh berbasikal, bermain kasut roda atau skuter kanak-kanak.

Ia merupakan aktiviti fizikal yang merangsang pembebasan dopamin – bahan kimia otak berfungsi membantu meningkatkan mood.

Anda juga boleh memberikan anak tali skipping yang dapat meningkatkan koordinasi, keseimbangan dan deria irama atau gelung hula untuk meningkatkan fleksibiliti, koordinasi dan kekuatan teras.

Kesimpulan

Tidak kira apa jenis mainan budak yang diberikan kepada anak, aspek keselamatan harus dijadikan keutamaan. Pastikan anda sentiasa mengawasi anak dengan sewajarnya, terutamanya jika melibatkan permainan yang mempunyai bahagian kecil atau tajam.

Bersepah ketika bermain adalah perkara biasa dan anda harus membiarkannya. Usah memarahi mereka. 

Tip

Sebaik sahaja selesai bermain, didik anak untuk belajar mengemas dan menjaga barang permainan mereka dengan sebaiknya.

Apakah mainan yang paling anak anda gemari? Ayuh kongsikan bersama kami di ruang komen.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. hat Kind of Toys Should a Home Have? https://pediatriceducation.org/2005/08/08/what-kind-of-toys-should-a-home-have/, Accessed on Aug 15, 2022
  2. Good Toys for Young Children by Age and Stage. https://www.naeyc.org/resources/topics/play/toys, Accessed on Aug 15, 2022
  3. Five toys you have in your house right now that can help prepare your child for kindergarten. https://columbusspeech.org/five-toys-you-have-in-your-house-right-now-that-can-help-prepare-your-child-for-kindergarten/, Accessed on Aug 15, 2022
  4. Choosing Safe Toys for Toddlers and Preschoolers. https://kidshealth.org/en/parents/safetoys-young.html, Accessed on Aug 15, 2022
  5. Child Development Toys by Age: Choosing the Best Toys for Your Child. https://www.hss.edu/article_child-development-toys-by-age.asp,  Accessed on Aug 15, 2022
  6. Journal of Early Childhood Education Research. https://journal.fi/jecer, Accessed on Aug 15, 2022 
  7. Key Messages of the Position Statement. https://www.naeyc.org/sites/default/files/globally-shared/downloads/PDFs/resources/position-statements/KeyMessages.pdf,  Accessed on Aug 15, 2022
  8. What are the best toys for children? https://www.canr.msu.edu/news/what-are-the-best-toys-for-children, Accessed on Aug 15, 2022 

 

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 2 Cara Buat Slime Mudah Dan Selamat Untuk Anak, Ibu Pun Pasti Suka!

Mewarna, Melukis: Asah Kreativiti Anak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan