backup og meta

Sekolah Dibuka? Ini 4 Rutin Penting Anak Kena Amalkan Elak COVID-19

Sekolah Dibuka? Ini 4 Rutin Penting Anak Kena Amalkan Elak COVID-19

Berbeza dengan keadaan sebelum dilanda COVID-19, apabila sekolah dibuka bukan sahaja anak-anak yang tampak seronok, bahkan ibu bapa juga tidak terkecuali.

Namun kini situasi agak berlainan. Menghantar anak ketika dunia masih lagi dalam ‘perang’ melawan COVID-19, pastinya wujud kebimbangan di hati ibu bapa mengenai keadaan mereka ketika berada di sekolah.

Seperkara yang pasti, hidup mesti kita teruskan. Ibu bapa akan kembali bekerja seperti biasa, begitu juga dengan anak-anak yang kebanyakannya akan ke sekolah semula.

Pilihan yang ada kini adalah untuk meneruskan kehidupan seperti biasa tetapi masih mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam endemik COVID-19.

Jom ketahui checklist anak masuk sekolah yang penting untuk disediakan!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Sekolah dibuka: Checklist anak masuk sekolah

Melakukan persediaan sebelum menghantar anak ke sekolah adalah penting, bukan sahaja untuk keselamatan mereka, tetapi juga dapat mengurangkan kebimbangan anda. 

Ia terutamanya jika si kecil baru memasuki darjah 1. Ini kerana situasinya adalah berbeza sama sekali semasa mereka di tadika mahupun prasekolah.

Pemakaian pelitup muka, antara checklist anak masuk sekolah yang penting

Antara peraturan wajib apabila sekolah dibuka adalah mengenai pemakaian pelitup muka. Berikut tip yang boleh anda pertimbangkan:

  • Sediakan beberapa keping pelitup muka ekstra setiap hari. Pastikan juga anda menyediakan beg penyimpanan (resealable bag) untuk anak menyimpan pelitup muka apabila tidak memakainya seperti ketika waktu rehat
  • Sekiranya perlu, anda boleh melabelkan pelitup muka anak dengan jelas supaya tidak tertukar dengan rakan-rakannya yang lain
  • Ajari anak untuk memakai dan menanggalkan pelitup muka dengan betul
  • Ingatkan kepada anak untuk sentiasa mencuci tangan terlebih dahulu sebelum dan selepas menyentuh pelitup muka mereka

sekolah dibuka

  • Didik anak untuk tidak berkongsi atau menukar pelitup muka mereka dengan rakan kelas yang lain

Sekiranya bimbang mengenai ketidakselesaan anak yang perlu memakai pelitup muka sepanjang sesi persekolahan, anda boleh menyediakan pelindung muka (face shield). 

Tetapi pastikan anda menyemak sama ada peraturan sekolah anak membenarkan pemakaian face shield atau tidak terlebih dahulu.

Amalkan penjarakan selamat apabila sekolah dibuka 

Selain pemakaian pelitup muka atau face mask, penjarakan sosial atau penjarakan fizikal juga termasuk dalam checklist anak masuk sekolah yang penting.

Amalan ini dapat mewujudkan ruang yang cukup antara individu bagi mengurangkan penularan penyakit. 

Situasi ini boleh dipastikan ketika di dalam kelas, tetapi bagaimana pula jika di luar kelas?

Jadi, di sinilah pentingnya untuk memainkan peranan anda sebagai ibu bapa. Nasihat dan didik anak supaya tidak berkumpul atau berada terlalu dekat dengan rakan-rakannya.

Bekalan semasa rehat

Sebelum COVID melanda, waktu rehat adalah masa yang paling ditunggu-tunggu. Terbayang di fikiran pelbagai makanan yang dijual di kantin sekolah.

Tetapi buat masa kini, cara yang terbaik adalah dengan membekalkan anak makanan untuk dimakan ketika waktu rehat.

Jika berkesempatan, ibu boleh menyediakan bekalan makanan kegemaran anak, pastinya ia akan dapat membantu menaikkan selera mereka. Jangan lupa untuk selitkan buah-buahan sekali, okay? Barulah dikatakan satu hidangan yang sihat!

Baca juga:

Sekolah dibuka: Penting untuk memastikan tangan sentiasa bersih

Didik anak untuk mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat, ini terutamanya sebelum dan selepas makan atau selepas membetulkan pelitup muka.

Ajari mereka teknik mencuci tangan yang terbaik – membasahkan tangan dengan air terlebih dahulu, pam dispenser sabun. Kemudian gosok tangan, termasuk di antara celahan jari selama 15-20 saat. Akhir sekali, bilas tangan dengan air sebelum dikeringkan.

Namun sekiranya anak tidak mempunyai akses kepada air terutamanya jika mereka makan di kelas sewaktu rehat, gunakan hand sanitizer

Jadi, jangan lupa bekalkan sekali gel pembersih tangan untuk anak ya?

Pesan juga kepada anak untuk mengelakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulutnya.

Walaupun sekolah dibuka, tapi duduk di rumah jika sakit

sekolah dibuka

Apabila sekolah dibuka, pastinya anak-anak akan berasa gembira untuk bertemu kembali dengan rakan-rakannya.

Pun begitu, kesihatan anak masih perlu diutamakan. Ini kerana ia bukan hanya untuk kebaikan anak, tetapi individu lain yang turut hadir ke sekolah.

Sekiranya anak tampak tidak sihat atau mengalami gejala COVID-19, sebaiknya biarkan mereka berehat di rumah. Antara simptom yang perlu diperhatikan adalah:

  • Demam
  • Hidung tersumbat atau hidung berair
  • Batuk 
  • Sakit tekak
  • Sesak nafas
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Loya atau muntah
  • Cirit-birit
  • Kurang selera makan
  • Kehilangan rasa atau bau
  • Sakit perut
  • Mata merah

Sekiranya keadaan anak membimbangkan, bawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan doktor segera.

sekolah dibuka

Sekolah dibuka: Rutin pulang ke rumah

Langkah pertama yang perlu dijadikan sebagai rutin harian apabila pulang dari sekolah adalah untuk meminta anak mencuci tangan.

Sebagai ibu bapa, anda tidak dapat mengawal apa yang anak-anak lakukan di sekolah. Jadi penting untuk memastikan anak mencuci tangan dan mandi sebaik sahaja pulang ke rumah.

Rutin lain yang boleh dibuat apabila anak balik ke rumah adalah untuk melakukan prosedur disinfeksi barangan sekolah anak seperti beg galas dan bekalan sekolah lain seperti bekas makanan dan minuman. 

Lakukan juga prosedur tersebut untuk barangan harian sekolah seperti alatan menulis kerana ada kemungkinan mereka mungkin berkongsi item dengan rakan-rakan lain. Jangan lupa untuk menambah bekalan pelitup muka anak sekali, okay?

Semoga checklist anak masuk sekolah ini dapat membantu memudahkan urusan anda!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Staying Safe in School During COVID-19. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/COVID-19/Pages/Return-to-School-During-COVID-19.aspx, Accessed on March 17, 2022
  2. Safety tips for returning to school during COVID-19. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/coronavirus/in-depth/returning-safely-to-school-covid-19/art-20490441, Accessed on March 17, 2022
  3. 7 Healthy Habits to Teach Your Kids. https://www.scripps.org/news_items/6213-7-healthy-habits-to-teach-your-kids, Accessed on March 17, 2022 
  4. Back To School: Child Mental Health and New Routines. https://www.harvardpilgrim.org/hapiguide/back-to-school-the-importance-of-mental-health-when-establishing-new-routines/, Accessed on March 17, 2022
  5. Passing Healthy Habits on to Your Children. https://familydoctor.org/kids-passing-on-healthy-habits-to-your-children/, Accessed on March 17, 2022

 

Versi Terbaru

24/05/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Persediaan Anak Ke Sekolah Yang Patut Anda Lakukan, Dari Aspek Fizikal & Emosi

Ibu Bapa, Kenal Pasti 3 Gangguan Pembelajaran Pada Si Kecil (Termasuk Disleksia)!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan