backup og meta

Anak Nak Masuk Prasekolah, Latih Si Kecil Menulis Dengan Betul! Ikut 7 Tip Ini

Anak Nak Masuk Prasekolah, Latih Si Kecil Menulis Dengan Betul! Ikut 7 Tip Ini

Penting ke latihan menulis prasekolah, ya?

Amnya, menulis adalah sebahagian skil penting dalam kehidupan seharian kita. Namun ia merupakan kemahiran yang agak sukar untuk dipelajari dan dikuasai.

Dengan melakukan beberapa aktiviti mudah, anda boleh membantu si kecil mengembangkan kemahiran menulisnya pada awal usia.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Mengapa kemahiran menulis itu penting?

Berikut merupakan beberapa kepentingan latihan menulis ayat prasekolah:

  • Menulis adalah praktikal. Setiap hari, kita perlu menulis untuk menyelesaikan tugasan 
  • Menulis merupakan elemen penting dalam pendidikan. Ia sama ada menulis dengan tangan atau di komputer, terdapat banyak tugasan dan peperiksaan memerlukan pelajar menulis jawapan atau esei
  • Menulis boleh menjadi elemen penting dalam pekerjaan. Dalam kebanyakan sektor pekerjaan memerlukan pekerja untuk menulis setiap hari
  • Menulis merupakan satu bentuk komunikasi penting. Menulis surat atau emel adalah cara biasa untuk berkomunikasi dengan rakan, saudara-mara dan rakan sekerja profesional
  • Menulis boleh menjadi saluran terapi penting. Ramai individu menganggap menulis sebagai satu proses terapeutik dan cara berguna untuk meluahkan perasaan yang tidak dapat diungkap melalui lisan

Penglibatan ibu bapa

Sebelum mengetahui apakah antara latihan menulis prasekolah, ibu bapa perlu tahu kepentingan penglibatan mereka dalam membantu si kecil.

Menulis boleh menjadi subjek yang sukar untuk diajar dan dinilai. 

Ramai pelajar menghadapi masalah untuk menulis dengan jelas, koheren dan kemas. Ini boleh menghalang mereka daripada menulis dengan baik.

Di sinilah penglibatan ibu bapa boleh membuat perubahan besar. Bagaimana?

Caranya adalah dengan menggalakkan anak mengembangkan kemahiran menulis pada usia muda agar menjadi seorang penulis yang lebih baik apabila meningkat dewasa

Tindakan ini dapat memberikan kesan positif sepanjang hayat kepada penulisannya. Mungkin secara tidak langsung ia dapat menjadikan penulisan sebagai satu proses yang lebih mudah dan menyeronokkan buat mereka.

Antara tanda-tanda masalah pembelajaran pada kanak-kanak.
Antara tanda-tanda masalah pembelajaran pada kanak-kanak.

Latihan menulis prasekolah

Berikut adalah tip yang boleh dicuba untuk mengajar anak menulis:

Sebelum bermula latihan menulis prasekolah

Sediakan tempat

Pastikan ibu bapa menyediakan tempat yang baik untuk anak menulis, seperti meja dengan permukaan licin dan rata. Ia juga penting untuk mempunyai pencahayaan yang baik.

Sediakan bahan

Sediakan banyak kertas – bergaris dan tidak bergaris, dan alatan menulis seperti pensel, pen dan krayon.

Dapatkan ilham

Bercakap dengan anak mengenai idea dan apa yang difikirkannya. Galakkan mereka untuk memberikan penerangan.

Galakkan anak menulis apa yang diinginkan.
Galakkan anak menulis apa yang diinginkan.

Latihan menulis prasekolah: Aktiviti yang boleh dilakukan

Galakkan anak melukis dan bincangkan mengenai lukisannya

Biarkan anak melukis perkara yang disukainya. Kemudian tanyakan kepada anak mengenai lukisannya seperti:

“Ceritalah dekat Mama apa yang Husna lukis ni, boleh?”

“Adakah rumah itu kelihatan seperti rumah kita?”

Tunjukkan minat dan tanyakanlah soalan berkaitan apa yang anak cerita dan lukis, kemudian cuba untuk tuliskannya.

Minta anak bercerita dan anda tuliskannya

Ajak anak untuk mencipta sebuah cerita yang ringkas dan catatkannya tanpa melakukan sebarang perubahan. Mintalah anak untuk menjelaskan apa-apa yang anda tidak faham.

Galakkan anak menulis namanya dengan latihan menulis ABC

Berlatih menulis nama anak bersama-sama. Tunjukkan huruf dalam namanya apabila anda melihatnya di tempat lain seperti papan tanda, di kedai dan sebagainya.

Anak mungkin bermula dengan hanya menulis beberapa huruf pertama namanya, tetapi lama-kelamaan huruf yang lain akan menyusul.

Jika si kecil berdepan kesukaran untuk latihan menulis ABC, mungkin anda boleh mencuba tip ajar anak latihan menulis ABC dalam artikel ini.

Ajar anak menulis ABC.
Ajar anak menulis ABC.

Gunakan permainan

Terdapat banyak permainan yang membantu meningkatkan kemahiran ejaan dan perbendaharaan kata mereka.

Jadikan sebagai buku

Tampal lukisan dan tulisannya pada kepingan kertas tebal dan jadikan ia sebagai buku. Tambahkan kadbod untuk dijadikan kulit buku, hiasan, tajuk dan nama anak sebagai pengarang.

Tebuk lubang pada halaman dan kulit buku, ikatnya bersama benang atau reben.

Galakkan anak menulis walaupun lebih kepada menconteng

Beri peluang kepada anak untuk berlatih menulis dengan membantunya menandatangani kad hari lahir, menulis cerita dan membuat senarai ketika latihan menulis ayat. 

Sarankan untuk mengambil nota

Galakkan anak untuk membuat catatan nota ketika latihan menulis ayat mengenai perkara yang dilihatnya semasa berjalan-jalan.

Ia boleh berkaitan alam semula jadi, perjalanan kereta dan perkara lain yang sesuai untuk dijadikan nota catatan.

Perkara penting dalam latihan menulis prasekolah

Tempoh masa

Berikan anak masa untuk memikirkan projek latihan menulis ayat. Penulis yang baik sering menghabiskan masa untuk berfikir, membuat persediaan dan menyelidik sebelum mula menulis.

Anak mungkin akan mengasah pensel atau mencari ejaan sesuatu perkataan. Bersabar, kerana itu semua mungkin sebahagian daripada persediaannya.

Berikan tindak balas

Balas idea yang diluahkan anak secara lisan atau bertulis. Jelaskan bahawa anda berminat dengan apa yang disampaikan melalui penulisan tersebut.

Berikan pujian

Ambil pendekatan positif dan berikan pujian mengenai tulisan anak. Abaikan sebarang kesilapan kecil terutamanya jika mereka masih dalam peringkat permulaan.

Banyakkan latihan

Untuk menjadikan anak mahir, mereka perlu melakukan banyak latihan menulis prasekolah.

Pastikan anak tidak terlalu mudah berputus asa ketika latihan menulis suku kata. 

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Helping Young Children Develop Strong Writing Skills. https://www.colorincolorado.org/article/helping-young-children-develop-strong-writing-skills. Accessed on June 21, 2023
  2. Learning to Write: The Correct Way to Teach Kids. https://empoweredparents.co/why-you-should-not-teach-your-preschooler-to-write/. Accessed on June 21, 2023
  3. 7 Great Ways to Encourage Your Child’s Writing. https://www.readingrockets.org/article/7-great-ways-encourage-your-childs-writing. Accessed on June 21, 2023
  4. How to Teach a Child to Write Their Name: Simple Steps. https://empoweredparents.co/teach-child-write-name-correct-way/. Accessed on June 21, 2023 
  5. Blast through resistance and teach kids to write. https://www.greatschools.org/gk/articles/tips-to-get-kids-writing/. Accessed on June 21, 2023  
  6. How to Teach Preschoolers to Write. https://rainforestlearningcentre.ca/how-to-teach-preschoolers-to-write/. Accessed on June 21, 2023

Versi Terbaru

18/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Nampak Saja Garang, Tapi Sebenarnya Hati Tisu! Ibu Ayah, Jom Kenali 12 Sifat Anak Sulung Anda!

Cari Cara Nak Latih Anak Ke Tandas? Ibu Ini Kongsi 7 Tip Potty Train Anak


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 6 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan