backup og meta

Rancang Birthday Party Anak? Ini 7 Tip Sambutan Hari Jadi Bajet Untuk Si Kecil, Meriah!

Rancang Birthday Party Anak? Ini 7 Tip Sambutan Hari Jadi Bajet Untuk Si Kecil, Meriah!

Bulan ini birthday anak dan anda bercadang untuk mengadakan sambutan secara kecil-kecilan tetapi tidak tahu hendak bermula di mana? Malah masih tercari-cari menu hari jadi anak yang bersesuaian?

Tepat sekali pemilihan anda untuk membaca perkongsian artikel Hello Doktor ini, kerana kami akan membantu memberikan panduan. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini

Sambutan majlis hari jadi bajet

Sebelum memikirkan apakah mungkin menu hari jadi bajet untuk anda hidangkan kepada para tetamu, apa kata kita ketahui terlebih dahulu apakah perancangan yang perlu dilakukan.

Bukan mudah untuk merancang majlis walaupun hanyalah untuk sambutan ulang tahun kelahiran anak, lebih-lebih lagi bagi menentukan jenis makanan sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu.

Berikut antara beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membuat perancangan sambutan hari jadi bajet untuk si kecil.

Merancang menu hari jadi

Antara faktor yang perlu difikirkan adalah:

1. Membuat belanjawan

Apabila merancang sesuatu majlis, ini boleh menjadi perkara yang membimbangkan apabila bercakap mengenai bajet atau aspek kewangan. Namun, seperkara perlu diingat, anda bukan sahaja melabur untuk mengadakan majlis tetapi bagi mencipta kenangan.

Tentukan bajet yang munasabah dan pastikan anda tidak terlebih belanja. Kira bilangan tetamu, kos kek, penyediaan makanan, belon, hiasan, aktiviti untuk anak serta hadiah yang akan diberikan.

Jangan lupa catatkan setiap kali pembelian dilakukan. Ini penting agar anda tidak terlebih belanja!

2. Pemilihan masa

Semasa merancang majlis, adalah amat penting untuk menentukan tempoh masa acara. Ini kerana ia mempunyai kaitan dengan menu hari jadi nanti.

Sebagai contoh, jika anda merancang untuk mengadakan majlis bermula pukul 11 atau 12, tetamu akan mengharapkan hidangan makanan tengah hari. 

Jadi pilihlah masa yang sesuai – di antara atau selepas waktu hidangan utama jika anda sekadar ingin menghidangkan menu hari jadi bajet.

3. Tema pilihan untuk hari jadi anak

Biasanya tema untuk majlis hari jadi kanak-kanak adalah watak kartun. Namun, jangan lupa dapatkan pandangan si kecil – memandangkan ini adalah sambutan untuk mereka.

Apabila sudah membuat keputusan, anda boleh merancang hiasan, makanan dan aktiviti mengikut tema.

Sebagai contoh, jika anak sukakan watak ‘Dora The Explorer’, mungkin anda boleh menggunakan tema hutan sebagai latar belakang majlis.

4. Tempoh persiapan

Belon dekorasi hari jadi.
Belon dekorasi hari jadi.

Elakkan daripada menunggu hingga ke saat akhir untuk mula melakukan persediaan majlis. Sebaiknya mula merancang beberapa bulan lebih awal – kerana anda boleh mencari tawaran jualan istimewa bagi lebih penjimatan!

Kini terdapat banyak kedai menjual pelbagai barangan parti pada harga yang berpatutan.

5. Aktiviti untuk hari jadi anak

Oleh sebab anda sedang merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi bajet, jadi memasukkan badut dalam agenda bukanlah perkara terbaik.

Anda boleh melakukan perkara yang diminati anak. Misalnya jika anak sukakan seni, anjurkan acara melukis atau mewarna.

Permainan seperti musical chairs atau menghasilkan slime DIY adalah antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan belanja besar.

6. Hiasan DIY

Jika mahukan lebih penjimatan, anda boleh menghasilkan hiasan majlis DIY sendiri. Jangan takut untuk menjadi kreatif. 

Anda boleh menggunakan kad manila, belon, reben, glitter dan sebagainya dalam hiasan DIY nanti!

Malah anda juga boleh mengajak si kecil untuk sama menyumbang tenaga. Sudah tentu mereka akan menyukainya!

7. Memilih lokasi untuk hari jadi anak

Lokasi untuk sambutan majlis yang paling sesuai tanpa perlu mengeluarkan belanja adalah rumah anda sendiri. 

Tetapi jika anda ingin mengadakan sambutan majlis di luar percuma, mungkin taman permainan awam boleh dijadikan pilihan. Namun anda perlu bersedia dengan faktor cuaca.

Sekarang anda sudah mengetahui perkara penting bagi merancang sambutan birthday anak. Sudah menetapkan masa? Bagus! Jadi apakah antara menu hari jadi yang sesuai untuk majlis bajet ini?

Cadangan menu hari jadi bajet anak

Berikut antara beberapa menu cadangan yang sesuai tanpa perlu berbelanja besar:

Bihun Goreng sebagai menu jamuan

Merupakan antara hidangan yang sering menjadi pilihan utama untuk sebarang majlis. Ia juga mudah untuk disediakan di rumah!

Macaron untuk hari jadi anak

Macaron dengan pelbagai pilihan rasa.
Macaron dengan pelbagai pilihan rasa.

Rasanya yang manis pasti disukai oleh kanak-kanak! Ditambah dengan warna yang menarik dan pelbagai menjadikan ia antara menu sesuai untuk sambutan hari jadi.

Anda boleh memilih macaron mini yang saiznya lebih kecil dan sesuai untuk kanak-kanak. Ini juga dapat mengelakkan pembaziran!

Apam polkadot, sesuai untuk menu hari jadi anak

Untuk sambutan birthday anak, sudah tentu makanan yang berwarna-warni dan ceria sering menjadi pilihan, betul tak? Jadi tidak salah jika anda memilih untuk menghidangkan apam polkadot kepada tetamu nanti.

Donat untuk hari jadi anak

Donat antara makanan kegemaran kanak-kanak. Untuk menu bajet, anda boleh sediakan donat bebola gula. Selain untuk mengelakkan pembaziran, saiz yang kecil membolehkan kanak-kanak menikmatinya dengan mudah.

Nugget & sosej

Kedua-duanya merupakan antara hidangan yang paling disukai oleh kanak-kanak, bahkan individu dewasa juga tidak terkecuali. Paling penting, menu ini mudah untuk anda sediakan di rumah!

Sate buah-buahan

Contoh sate buah.
Contoh sate buah.

Biasanya dalam majlis hari jadi, akan dihidangkan pelbagai jenis manisan dan coklat, tetapi apa kata anda jadikan majlis kali ini lebih menyihatkan dengan menghidangkan sate buah-buahan?

Anda boleh memilih buah kegemaran si kecil dan memotongnya menggunakan cookie cutter untuk mendapatkan bentuk yang menarik. 

Untuk menarik perhatian kanak-kanak, gunakan buah dengan warna yang terang seperti tembikai, oren, kiwi dan sebagainya. 

Kek buatan sendiri

Pastinya janggal jika sesebuah majlis sambutan hari lahir tidak mempunyai kek sebagai pelengkap, betul tak?

Apa kata anda hasilkan kek sendiri? Kini terdapat pelbagai resipi dalam talian yang boleh anda cuba.

Semoga panduan yang dikongsikan di atas dapat membantu anda dalam merancang majlis kelahiran si kecil dengan lebih lancar.

Selamat mencuba! 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Menu Majlis Hari Jadi – Simple, Menarik dan Mengenyangkan. https://ohballoon.my/menu-majlis-hari-jadi-simple-menarik-dan-mengenyangkan/, Accessed on July 19, 2022
  2. Tips to Throw a Kids’ Birthday Party on a Budget. https://www.bgcconejo.org/birthday-party-budget/, Accessed on July 19, 2022
  3. Budget-friendly kid’s birthday party ideas. https://www.consumerreports.org/cro/2012/01/kids-birthday-parties/index.htm, Accessed on July 19, 2022
  4. Ideas for a Great Kid’s Birthday Party. https://www.pageafterpage.org/ideas-for-a-great-kid-s-birthday-party, Accessed on July 19, 2022
  5. 10 Tips to Organise Your Child’s Birthday Party in a Simple and Fun Way. https://dublinindoorfootball.ie/10-tips-to-organise-your-childs-birthday-party-in-a-simple-and-fun-way-2/. Accessed on November 1, 2022

Versi Terbaru

04/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bapa Anak 3 Kongsi Tip Ajar Si Kecil Makan Sayur, Tak Perlu Paksa!

Ingin Tahu Makanan Terbaik Untuk Anak Umur 1-3 Tahun? Ini Dia, Siap Ada Resipi Sekali!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan