3. Pendedahan kepada bahan-bahan tertentu di tempat kerja
Sesetengah orang mungkin bekerja di tempat yang terdedah kepada bahan tertentu. Seseorang yang bekerja di kilang sering terdedah kepada bahan kimia. Dan, mereka yang bekerja dalam sektor pembinaan pula terdedah kepada serbuk kayu atau simen. Semuanya diperoleh dalam jangka waktu panjang dan berterusan.
Menurut jurnal Australian Family Physician, sebanyak 20 hingga 25% orang dewasa dengan asma menyatakan bahawa mereka mempunyai tempat kerja yang buruk. Biasanya, asma yang mereka alami akan mereda apabila tidak bekerja. Walau bagaimanapun, simtpom akan terus menjadi teruk selagi persekitaran kerja kekal sama.
4. Pencemaran udara
Pencemaran udara yang sering dijumpai dalam persekitaran seseorang, seperti asap rokok, bahan kimia seperti asap ekzos, kulat dan habuk juga boleh mencetuskan asma pada orang dewasa. Asap rokok, sama ada anda perokok aktif atau pasif, dan pencemaran alam sekitar dapat meningkatkan risiko mendapatkan asma semasa dewasa. Asap rokok adalah faktor risiko bagi asma dan bukan hanya orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak.
5. Ubat-ubatan
Walaupun ubat-ubatan berguna untuk merawat keadaan kesihatan, beberapa ubat-ubatan juga boleh memburukkan lagi simptom asma. Contohnya, aspirin dan beta-blocker. Malah, ada beberapa kes, paracetamol juga boleh memcetuskan asma.
6. Penyakit saluran pernafasan
Rhinitis adalah salah satu penyakit yang diketahui menyebabkan asma pada orang dewasa. Sebenarnya, tidak diketahui apa yang menyebabkannya, tetapi kajian menunjukkan bahawa kedua-dua penyakit itu saling berkaitan. Polip di saluran hidung juga diketahui memainkan peranan pada asma yang berlaku pada orang dewasa.
7. Jangkitan saluran pernafasan
Jangkitan saluran pernafasan juga menyebabkan asma pada orang dewasa. Jangkitan flu yang teruk juga boleh mencetuskan keadaan ini. Ini kemungkinan besar disebabkan oleh penurunan sistem imun tubuh akibat usia, menjadikannya lebih mudah terdedah kepada jangkitan, terutama jangkitan saluran pernafasan.