Isu beg sekolah berat merupakan masalah lama yang masih hangat diperbincangkan. Ada sebabnya mengapa ia kembali dibangkitkan lagi. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kesan beg berat ini kepada anak-anak.
Isu beg sekolah berat merupakan masalah lama yang masih hangat diperbincangkan. Ada sebabnya mengapa ia kembali dibangkitkan lagi. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kesan beg berat ini kepada anak-anak.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Pelajar membawa beg sekolah yang besar dan berat boleh dianggap sebagai senario biasa pada masa kini. Sama ada anak di bangku sekolah rendah mahupun menengah, keadaannya sama sahaja.
Malangnya, situasi ini boleh menimbulkan risiko kesihatan serius kepada anak kecil.
Ini kerana kesan membawa beg berat dari masa ke masa menyebabkan anak berdepan masalah sakit belakang.
Keadaan ini lebih cenderung dialami kanak-kanak perempuan berbanding anak lelaki. Apa punca beg sekolah berat.

Membawa beg berat sangat membimbangkan kerana kanak-kanak tidak mempunyai rangka fizikal yang lengkap.
Ini kerana kanak-kanak tidak mempunyai otot, bahu yang lebar, sendi teguh dan tulang kuat seperti individu dewasa.
Secara tidak langsung, ia bermakna anak yang membawa, mengambil dan memegang objek berat boleh memberi tekanan besar kepada tubuh mereka.
Kesan beg sekolah berat paling membimbangkan seperti:
Pergerakan mudah seperti mengangkat beg sekolah berat memberikan tekanan besar pada otot belakang badan dan bahu.
Akibatnya anak akan mengalami ketegangan otot yang menyebabkan kesakitan dan menjejaskan pergerakan.
Ini merupakan aspek paling membimbangkan. Jika anak membawa beg berat dan hanya diletakkan pada sebelah bahu, ia boleh menyebabkan mereka mengalami ketidakseimbangan postur – dikenali sebagai bahu jatuh.
Keadaan sebelah bahu lebih rendah mengakibatkan beberapa masalah lain termasuk kesakitan, kehilangan mobiliti dan gaya berjalan yang pelik.
Postur kepala ke hadapan dan bahu membulat juga merupakan antara kesan beg sekolah berat yang tidak dipakai dengan betul.
Keadaan ini berlaku apabila beg yang tidak digalas dengan betul boleh mengalihkan pusat graviti kanak-kanak. Ia mengakibatkan batang tubuh mereka ditarik ke belakang dengan leher dan bahu condong ke hadapan dalam usaha membawa bebanan beg.
Walaupun beg sekolah yang berat boleh menyebabkan bongkok atau kelengkungan tulang belakang, ia tidak seharusnya mengakibatkan kecacatan tulang belakang kekal atau scoliosis – melainkan anak mengalaminya sejak lahir.

Maknanya jika anak sudah mempunyai masalah tulang belakang, tetapi tidak disedari ibu bapa, bebanan beg berat setiap hari boleh mengakibatkan keadaan tulang melengkung atau membongkok semakin bertambah teruk.
Anak akan mengangkat dan meletakkan beg sekolah berulang-kali dalam sehari.
Sekiranya beg sangat berat, terdapat risiko kecederaan regangan berulang. Ini boleh menjejaskan mana-mana otot dan sendi pada lengan, tangan, leher, bahu atau belakang badan.
Anda digalakkan untuk memeriksa berat beg anak dengan kerap. Sebaik-baiknya, berat beg tidak boleh melebihi 10% daripada berat badan anak.
Jika terlebih berat, beberapa tip berikut boleh dilakukan untuk mengatasi isu beg berat ke sekolah, antaranya:
Beg berkualiti tinggi biasanya merupakan pilihan terbaik kerana ia meratakan berat beg merentasi bahagian pinggul dan belakang badan.
Apabila memilih beg, carilah beg yang lebarnya tidak melebihi dada anak. Selain itu, elakkan beg sekolah yang lebih panjang daripada batang tubuh anak.

Beg sekolah yang ideal harus direka bentuk dengan mengambil kira ergonomik. Cari beg galas yang mempunyai:
Pastikan barangan berat seperti buku dan bekas pensel berada pada bahagian belakang beg. Ini dapat memastikan barang berat terletak berhampiran dengan lumbar tulang belakang.
Ini memudahkan anak menyokong berat beg dan membolehkan tulang belakang mengekalkan lengkung semula jadinya.
Rasanya kini kebanyakan sekolah menyediakan ruang untuk anak meletakkan barang seperti storage box bagi mengatasi isu beg berat ke sekolah.
Jadi galakkan anak untuk menyimpan barangan seperti buku untuk kegunaan hari seterusnya. Tidak ada gunanya membawa barang berat berulang-alik jika tidak digunakan di rumah – melainkan ada tugasan yang perlu disiapkan.
Ibu bapa disarankan untuk mendidik anak cara yang betul mengangkat beg. Ajar anak untuk duduk atau mencangkung terlebih dahulu sebelum mengangkat dan menggalas beg mereka.
Kini anda sudah mengetahui kesan beg sekolah berat atau isu beg sekolah berat ini kepada kesihatan anak-anak.
Idea untuk menggunakan gajet bagi menggantikan buku mungkin merupakan idea yang baik. Namun terdapat banyak pro dan kontranya yang perlu dikaji dengan lebih teliti dan mendalam.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Heavy school bags a weighty issue. https://www.thesundaily.my/local/heavy-school-bags-a-weighty-issue-FL8904474, Accessed on Oct 17, 2022
Is your child’s school bag heavy? Here’s how it impacts your child’s health. https://www.indiatoday.in/education-today/featurephilia/story/is-your-child-s-school-bag-heavy-here-s-how-it-impacts-your-child-s-health-1578662-2019-08-08, Accessed on Oct 17, 2022
How Heavy School Bags Can Affect Posture. https://chiropractorealingharrow.co.uk/chiropractor-ealing/heavy-school-bags-can-affect-posture/, Accessed on Oct 17, 2022
Impact of Heavy School Bags and its Relationship with Musculoskeletal Discomfort and Back pain. https://qurtuba.edu.pk/thedialogue/The%20Dialogue/15_2/15_2_10.pdf, Accessed on Oct 17, 2022
A Study on Relationship Between Carrying Schoolbags and The Prevalence of Neck and Back Pain Among 7 – 9 Year Old Students. https://www.matec-conferences.org/articles/matecconf/pdf/2017/01/matecconf_encon2017_02013.pdf, Accessed on Oct 17, 2022
Heavy school bags. https://education.qld.gov.au/initiativesstrategies/Documents/heavy-school-bags.pdf, Accessed on Oct 17, 2022
Versi Terbaru
13/02/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Annes Nadia