Malangnya, tiada cara untuk memulihkan kembali kerosakan tunjang saraf. Tetapi kajian diteruskan pada rawatan terbaru, termasuklah prostheses dan ubat yang menggalakkan pertumbuhan sel saraf atau memperbaiki fungsi saraf yang masih baik selepas kecederaan tersebut.
Sementara itu, fokus rawatan kecederaan tulang belakang ialah menghalang berlaku kecederaan lanjut dan memberi kekuatan kepada pesakit untuk kembali menjalani kehidupan yang aktif dan produktif.
Dalam situasi kecemasan, anda mesti mengikuti prosedur di bawah:
- Hubungi jabatan kecemasan
- Jangan gerakkan atau mengganggu individu tersebut
- Menggalakkan individu tersebut untuk terus bertahan semampu mungkin
- Lakukan CPR
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecederaan Tulang Belakang?

Kerana kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan peristiwa yang tidak diingini, adalah paling baik untuk mengurangkan risiko anda. Beberapa cara untuk mengurangkan risiko ialah:
- Sentiasa memakai tali pinggang semasa di dalam kereta
- Pakai alatan pelindung yang baik semasa bermain sukan
- Jangan terjun ke dalam air kecuali anda sudah memeriksa dahulu kedalaman dan kewujudan batu di dasarnya.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen