Kasihan Anak Ibu Kena Ruam Lampin, Ini Punca, Tanda Dan Rawatan Yang Boleh Dilakukan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Ruam Lampin?

Ruam lampin atau radang kulit lampin ialah iritasi kulit yang berlaku pada kawasan di bawah lampin. Penyakit ini biasanya terjadi pada bayi yang masih di peringkat memakai lampin, ia mengakibatkan kulit menjadi merah berkilat dan menyebabkan bayi tidak selesa. Ruam lampin biasanya dikaitkan dengan lampin yang basah atau jarang ditukar, kulit sensitif, dan  kulit melecet. Ruam lampin bukanlah keadaan yang serius tapi jangan pula dipandang mudah kerana dalam kes yang teruk, ia boleh berubah kepada jangkitan bakteria atau kulat.

Apakah kebarangkalian Ruam Lampin?

Mana-mana bayi yang biasa memakai lampin boleh mengalami keadaan ini. Menurut kajian, lebih dari 50% bayi dari 6 ke 9 bulan mengalami ruam lampin. Ia boleh dikawal dengan usaha menurunkan faktor risiko. Bincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ruam Lampin?

Tanda-tanda biasa dan simptom ruam lampin ialah kemerahan dan gatal pada kawasan lampin. Simptom ini biasanya bermula dengan tompok merah jambu yang kabur, dan sedikit menaik.

Ianya akan tampak seolah-olah berkembang dan seterusnya menyelaputi seluruh kawasan kulit pada bahagian lampin sekiranya tidak dirawat.

Dalam kes yang teruk, kulit akan kelihatan merah dan mula mengelupas. Bayi kebiasaannya akan muram serta resah dan mula menangis, terutamanya selepas membuang air kecil atau besar. Ruam lampin biasanya tidak mengakibatkan demam.

Terdapat juga sebahagian tanda atau simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sekiranya anda ada persoalan mengenai symptom tersebut, sila rujuk terus pada doktor.

Bila harus saya berjumpa doktor?

Sekiranya keadaan kulit bayi anda tidak bertambah baik selepas beberapa hari rawatan di rumah, bincangkan dengan doktor. Kadang-kadang, anda memerlukan preskripsi ubatan untuk merawat ruam lampin.

Bawa anak anda untuk diperiksa sekiranya ruam tersebut:

  • Semakin teruk atau tidak normal.
  • Menjadi semakin buruk biarpun dengan rawatan di rumah.
  • Berdarah, gatal atau berair.
  • Menyebabkan pedih atau sakit, ketika buang air kecil atau besar.
  • Disertai demam.

Punca

Apakah Punca Ruam Lampin?

Bapa dan Anak, Eratkan Jalinan Kasih Sayang - menukar lampin

Antara punca ruam lampin ialah bahan rengsa, ragi atau bakteria yang terperangkap melekat pada kulit bayi yang terdedah dan sensitif melalui lampin. Bahan seperti penyerap sintetik dalam lampin pakai buang dan pembasmi pembunuh kuman juga boleh menyebabkan kerengsaan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ruam Lampin?

Antara faktor risiko ruam lampin adalah termasuk:

  • Lampin bayi terlalu ketat.
  • Lampin bayi tidak ditukar dengan kerap.
  • Kulit bayi menjadi rengsa akibat serbuk pencuci atau bahan di dalam lampin.
  • Bayi tidak dikeringkan sebelum diapsang lampin.
  • Bayi anda mengalami cirit birit.
  • Lampin bayi terbuat dari bahan yang kasar.
  • Suhu sekeliling yang panas dan lembap menjadi suasana yang menggalak ruam lampin.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Ruam Lampin didiagnosis?

ruam

Ruam lampin adalah perkara yang biasa berlaku. Kebanyakan orang yang menjaga kanak-kanak akan tahu bila melihat keadaan tersebut. Namun, ia masih lagi idea yang baik untuk menghubungi doktor, yang akan menawarkan pendapat pakar berdasarkan preskripsi dan barang bayi yang lain. Apabila anda berbincang dengan doktor anda, bersiaplah untuk membincangkan jenama lampin, losyen, bahan pencuci, dan lain-lain barngan rumah yang bersentuhan dengan bayi anda.

Bagaimana pesakit Ruam Lampin dirawat?

Rawatannya termasuk penggunaan krim dan sapuan pada kulit (topical) serta penukaran lampin secara kerap. Sekiranya kerengsaan ketika membuang air kecil menjadi masalah yang utama, sapuan biasa yang mengandungi zink oksida biasanya akan memberi kelegaan. Ia perlu disapu setiap kali lampin ditukar, selepas lampin dibersihkan dengan air suam dan dijemur kering.

Jika ruam masih berterusan walaupun selepas rawatan ini dijalankan, penukaran jenis lampin boleh membantu. Sesetengah bayi adalah sensitif terhadap bahan kimia dalam bahan pembilas lampin, manakala sebahagian bayi sensitif dengan bahan sintetik dalam lampin pakai buang. Menukar jenama lampin pakai buang atau membilas kain lampin dua kali boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Doktor boleh memberi preskripsi ubat anti-kulat sekiranya bayi anda ada jangkitan ragi. Atau antibiotik sekiranya terjadi jangkitan bakteria.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ruam Lampin?

Ruam lampin biasanya disertai rasa sakit. Untuk melegakan rasa tidak selesa:

  • Lakukan sebaik mungkin untuk mengelakkan ruam lampin dari berlaku dengan memastikan kawasan yang dipasang lampin sentiasa kering.
  • Biarkan kawasan kulit didedahkan secara terbuka sebanyak yang boleh.
  • Pasang lampin secara longgar, dan tukar lampin dengan kerap.
  • Gunakan air suam bersama kain pencuci yang lembut untuk membersihkan kawasan sekitar lampin selepas bayi buang air kecil. Sedikit mandian bayi boleh digunakan pada kain pencuci untuk cucian selepas bayi membuang air besar.
  • Sapukan zink oksida atau sapuan anti-ragi setiap kali lampin ditukar.
  • Hubungi doktor sekiranya bayi mula mengalami demam.
  • Hubungi doktor sekiranya ruam semakin teruk selepas rawatan di rumah atau bila ruam merebak luar dari kawasan lampin.
  • Hubungi doktor sekiranya bayi menolak susu ibu atau susu botol atau sekiranya muntah atau cirit birit berlaku.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Boleh Ke Probiotik Merawat Masalah Kulit Ekzema? Ini Jawapan Menurut Kajian

Ekzema adalah masalah kulit yang merangkumi kegatalan, bengkak serta ruam merah. Kini, penggunaan probiotik semakin meluas dalam merawat kondisi ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Dermatitis, Kesihatan Kulit 06/11/2020 . 3 minit bacaan

Risau Bila Ruam Merah Tumbuh Pada Kulit Bayi, Ibu Kena Peka PENYEBAB Ini

Ibu tahu tak sabun pencuci baju untuk anak juga boleh menjadi punca alahan kulit si manja? Usah risau, ada cara untuk mengesahkannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Alahan, Alahan Kulit 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Ini PUNCA Mengapa Kulit Anda Kering & Merekah, Tukar Tabiat Ini Sekarang!

Baca artikel ini untuk tahu berkenaan dengan maklumat dan tip penjagaan kulit yang boleh anda amalkan bagi mengelakkan masalah kulit kering dan merekah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 27/12/2019 . 5 minit bacaan

10 Perkara yang Perlu Dilakukan Selepas Waxing dan Bercukur Untuk Elakkan Ruam dan Radang

Waxing atau bercukur adalah perkara yang biasa dilakukan bagi mereka yang mengambil berat berkenaan penampilan untuk kelihatan lebih bagus dan kemas. Waxing dan bercukur kadangkala boleh menyebabkan ruam atau keradangan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 11/03/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ruam ketiak kulit

Usah Abaikan Ruam Di Ketiak! Kenal Pasti Punca & Cara Mudah Rawat Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan
dermatitis atopik dan ekzema

Dua-Dua Gatal, Tapi Apa Beza Kulit Dermatitis Atopik Dan Ekzema? Ini Jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
jangkitan kulat

Mulut & Lidah Si Manja Ada Tompokan Putih? AWAS, Mungkin Itu PUNCA Bayi Sukar Menyusu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
kulit gatal

Badan Naik Ruam Akibat Cahaya Matahari? Ini Sebab Alahan Ataupun Memang Puteri Lilin?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan