Saluran faraj ibu mempunyai jumlah populasi mikrobiota yang tinggi. Bayi yang dilahirkan melalui kaedah C-Section (pembedahan) tidak melalui ruang ini, maka, populasi mikroorganisma tersebut tidak dapat dipindahkan kepada bayi. Namun begitu, ibu mempunyai alternatif lain untuk memastikan perkembangan mikrobiota yang sihat dalam usus anak iaitu pemberian susu badan.
Kajian yang dibuat pada tahun 2018 telah mendapati bahawa kunci kepada pembentukan komposisi dan struktur mikrobiota bergantung kepada sama ada bayi tersebut diberi susu ibu atau pun tidak. Pada peringkat awal, bayi yang diberikan susu badan mempunyai populasi bakteria Lactobacillus dan bifidobacteria sebagai populasi majoriti manakala mereka yang diberikan susu formula mempunyai kepelbagaian jenis populasi bakteria seperti mereka yang berusia 3 tahun.
Lactobacillus dan Bifidobacteria mengeluarkan asid asetik yang tinggi. Fungsinya adalah untuk melindungi usus bayi daripada terkena jangkitan kuman. Bayi yang diberi susu formula tidak mempunyai kepekatan asid asetik yang tinggi maka mereka lebih cenderung untuk terkena jangkitan usus.
Jadi, penting ke untuk ibu memberikan susu badan eksklusif kepada bayi sebelum berumur 6 bulan? Ya, kepentingan untuk tidak mencampurkan pemakanan bayi di bawah 6 bulan itu perlu kerana ia boleh mengubah komposisi mikrobiota di dalam usus bayi. Sebab itulah penting buat ibu untuk tidak mencampurkannya dengan makanan atau minuman lain. Berikanlah susu ibu kepada anak anda kerana itulah pemberian terbaik yang boleh memberi manfaat dalam jangka masa panjang.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen