3. Melegakan penyakit
Madu mengandungi antivirus yang berupaya melawan virus penyebab kepada penyakit seperti demam dan batuk. Selain melawannya, ia juga dapat membantu merawat sakit tekak dan ulser mulut yang berlaku disebabkan jangkitan virus. Disebabkan ibu hamil adalah lebih lemah ketika hamil, mengambil madu merupakan salah satu cara untuk melindungi diri secara semula jadi.
4. Memperbaiki kondisi kulit kepala
Selain melawan penyakit, madu juga mampu membantu memperbaiki kondisi kulit kepala yang berminyak dan mempunyai masalah kelemumur. Caranya, hanya sapukan ia pada kulit kepala dan rambut kemudian bilaskan dengan air.
5. Mengurangkan alahan
Ibu yang sedang hamil pasti akan mengalami alahan yang spesifik seperti alahan debunga. Menurut kajian, madu mampu membantu ibu hamil mengurangkan alahan kerana ia juga mengandungi debunga. Jika diambil dengan kerap, tubuh badan akan menghasilkan imunisasi terhadapnya.
Namun begitu, terdapat juga beberapa mudarat di sebalik manfaat madu yang telah disenaraikan. Anda perlu tahu bahawa mengambil madu semasa hamil mungkin akan mendatangkan kesan sampingan jangka masa panjang yang tidak disedari. Antaranya:
- Mengganggu ritma jantung sama ada melajukan atau memperlahankannya
- Memberi kesan kepada kandungan gula dalam darah
- Meningkatkan risiko botulisme kepada bayi dalam kandungan
Oleh itu, anda sebagai ibu yang sedang hamil perlu lebih berhati-hati ketika mengambil madu. Paling penting, jika anda masih mahu mengambil madu pastikan ia adalah asli dan bukannya tiruan kerana yang tiruan mengandungi pelbagai bahan kimia yang mampu menjejaskan anda dan bayi dalam kandungan.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen