Penggunaan kereta sorong bagi kebanyakan ibu bapa dianggap sebagai keperluan ketika berada di luar rumah. Tetapi pada umur berapa bayi boleh duduk di stroller?
Dalam perkongsian artikel ini ada penjelasan untuk persoalan anda itu. Semoga bermanfaat!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Umur berapa bayi boleh duduk di stroller untuk newborn baby?
Bayi baru lahir mempunyai kemahiran motor yang terhad. Kebiasaannya si kecil hanya mempunyai keupayaan untuk memaling kepala dari sisi ke sisi. Mereka belum mampu untuk menyokong kepala sendiri.
Oleh sebab itu, apabila didukung secara menegak, ibu bapa mesti menyediakan sokongan kepala dan bahagian atas badan dengan secukupnya.
Atas sebab sama juga, dalam pemilihan kereta sorong untuk si kecil, anda harus memilih stroller yang membolehkan bayi berbaring sepenuhnya.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
Ini kerana semasa berada di dalam stroller jenis ini, kepala bayi dapat dikekalkan dalam kedudukan selamat dan selesa. Permukaan yang rata juga dapat menghalang tubuh si kecil daripada tersangkut dalam safety harness.
Sebaliknya penggunaan kereta sorong jenis duduk boleh menyebabkan bayi tergelongsor ke hadapan, malahan lebih bahaya jika terkeluar terus daripada stroller semasa bergerak!
Car-seat stroller untuk bayi baru lahir
Ada ibu bapa yang gemar menggunakan car-seat stroller – membolehkan car-seat dipasang pada tapak kereta sorong, sekali gus memudahkan proses mengangkat bayi.
Tetapi umur berapa bayi boleh duduk di stroller jenis ini? Umumnya, ia sesuai untuk bayi pada semua peringkat usia, khususnya bayi yang baru lahir.
Kerusi keselamatan bayi menghadap belakang ini amat disyorkan penggunaannya sehingga bayi berusia 2 tahun.
Tetapi apabila si kecil semakin membesar, ia menjadi tidak praktikal untuk terus menggunakan car-seat stroller. Ini kerana semasa berada di dalam stroller jenis ini, kaki bayi perlu membengkok – maka sudah tiba masanya untuk menukar kepada yang baharu.
Tidur di dalam car-seat stroller
Bayi tertidur semasa berada di dalam stroller adalah perkara biasa, terutamanya jika ia perjalanan yang jauh. Tetapi sebaiknya apabila sampai ke destinasi, amat disarankan untuk mengalihkan si kecil ke tempat tidur yang lebih selamat.
Ini kerana tidur di dalam car-seat boleh meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS). Bahkan membiarkan bayi tidur di car-seat untuk tempoh lebih daripada 2 jam juga tidak digalakkan.
Baca juga:
Umur berapa bayi boleh duduk di stroller biasa?
Sebaik sahaja si kecil boleh duduk dengan sendiri tanpa jatuh ke hadapan, penggunaan stroller duduk biasa sudah selamat untuk digunakan. Biasanya dalam purata usia sekitar 6 bulan.
Penggunaan stroller jenis baring (reclining) atau menegak adalah bergantung kepada tahap perkembangan motor mereka.
Kebanyakan bayi pada usia 4 bulan sudah mempunyai kekuatan otot leher yang mencukupi untuk mengekalkan kawalan kepala dengan baik. Manakala bayi yang berusia 6-7 bulan seharusnya sudah mampu untuk duduk tegak dengan sokongan pada bahagian belakang.
Bayi yang dilahirkan pramatang atau dengan masalah perkembangan tertentu mungkin masih memerlukan tambahan masa beberapa bulan sebelum dapat menggunakan stroller biasa ini.
Memilih stroller yang menawarkan 5-titik keselamatan (five-point harness) amat digalakkan untuk memastikan bayi kekal selamat semasa penggunaannya.
Penting untuk memastikan kereta sorong yang anda pilih mengikut garis panduan berat pengeluar bagi mengelakkan kecederaan kerana terbalik atau lain-lain masalah.
Kereta sorong jenis jogging
Jogging stroller sangat bagus untuk digunakan ibu bapa yang gemar bersenam. Namun stroller jenis ini tidak sesuai untuk semua bayi.
Jadi pada umur berapa bayi boleh duduk di stroller jenis ini?
Kebanyakannya stroller jenis ini tidak membolehkan bayi berbaring sepenuhnya. Jadi ia tidak sesuai untuk bayi yang masih belum mampu duduk tegak.
Tetapi terdapat juga car-seat stroller jogging di pasaran dan ia sesuai untuk digunakan pada bayi lebih muda usianya semasa berjoging.
Umur berapa bayi boleh duduk di stroller berganda?
Bagaimana pula bagi mereka dengan lebih daripada seorang anak atau mungkin bayi kembar, adakah terdapat stroller yang sesuai untuk digunakan?
Penggunaan kereta sorong berganda adalah pilihan yang sesuai bagi anda dengan bayi dan kanak-kanak. Kebanyakan model stroller jenis ini adalah untuk si kecil yang sudah mampu duduk dengan sendirinya.
Paling penting, stroller pilihan anda harus mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan tanpa mengira apa jenis sekali pun.
Kesimpulannya
Penggunaan kereta sorong boleh dianggap sebagai pengangkutan yang dapat membantu ibu bapa membawa si kecil dari satu tempat ke tempat lain.
Dengan mengetahui umur berapa bayi boleh duduk di stroller, pastinya dapat membantu anda dalam membuat pilihan ketika ingin membeli produk ini.
Sekiranya terdapat keraguan, kebimbangan atau sebarang pertanyaan mengenai stroller, dapatkan nasihat dan rundingan daripada pakar pediatrik atau doktor untuk membantu membuat pilihan terbaik bagi memastikan keselamatan serta keselesaan si comel anda.