Dari mana timbulnya kepercayaan ini?
Kesemua kanak-kanak yang dipilih menjadi bahan kajian ini oleh Dr. Andrew Wakefield bersama rakan-rakan penyelidiknya mengenai tanda awal autisme setelah menerima imunisasi MMR pada bulan sebelum penelitian dijalankan.
Dalam pada itu lagi, kesemua kanak-kanak ini mempunyai gangguan pada sistem pencernaan mereka.
Dr. Andrew bersama para pengkajinya mula menjalankan kajian dengan melakukan endoskopi terhadap kanak-kanak terbabit.
Hasilnya, mereka menemui pembengkakan kelenjar pada organ pencernaan mereka. Dr. Andrew kemudiannya membuat kesimpulan bahawa ia berlaku disebabkan oleh suntikan vaksin MMR.
Beliau menegaskan bahawa vaksin MMR mampu menyebabkan peradangan pada usus sehingga protein yang tidak sepatutnya berada dalam aliran darah boleh masuk dan mengalir sampai ke otak.
Berdasarkan penemuan ini, Dr. Andrew mula mempercayai bahawa vaksin MMR ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan otak kanak-kanak mengakibatkan mereka menghidapi autisme.
Fahaman ini disebarkan oleh beliau dan para pengkajinya dan penemuan mereka mencetuskan gerakan anti-vaksin yang tidak mempercayai vaksin dan beranggapan vaksin menyebabkan autisme dalam kalangan kanak-kanak.
- Menyebabkan kerosakan pada usus kanak-kanak lalu menyebabkan penyerapkan protein encephalopathic lalu menyebabkan mereka menjadi pelupa, keliru dan kesengsaraan.
- Bahan dalam vaksin seperti merkuri, aluminium dan lain-lain mampu menjadi toksik dalam sistem saraf tubuh badan kanak-kanak lalu merosakkannya.
- Penggabungan ketiga-tiga vaksin yang menjadi satu ini menyebabkan sistem imun tubuh badan kanak-kanak tidak dapat menerimanya sekali gus.
Adakah vaksin menyebabkan autisme?
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh National Autistic Society di Britain, fakta vaksin menyebabkan autisme tidak benar.
Ia mungkin disebabkan oleh genetik, persekitaran atau pengambilan ubat-ubatan yang mampu mengganggu pertumbuhan otak kanak-kanak.
Pun begitu, tiada satu bukti kukuh yang dapat mengaitkan vaksin menyebabkan autisme dengan vaksin MMR.
Menurut mereka lagi, antara contoh ubat-ubatan yang boleh menyebabkan austisme adalah sodium valproate antidepressants dan anti-epileptic yang kebanyakan negara juga telah mengharamkan penggunaannya dan bukannya sebarang vaksin.
Manakala di Denmark pula, seramai 2 juta kanak-kanak yang lahir di antara tahun telahpun dikaji untuk melihat sama ada vaksin menyebabkan autisme atau tidak.
Keputusannya, ia adalah tidak benar sama sekali, hasilnya menunjukkan bahawa vaksin bukanlah penyebab autisme dalam kalangan kanak-kanak dan risikonya sebenarnya boleh berlaku terhadap kesemua kanak-kanak tanpa mengira mereka mengambil vaksin atau tidak.
Kajian ini terpaksa dilakukan semula kerana kebimbangan terhadap vaksin dan perkembangan autisme tidak pernah tamat.
Dan dengan gerakan anti-vaksin yang semakin kuat, trend ini sangat membimbangkan ahli perubatan di dunia.
Pun begitu, hasilnya tetap sama iaitu tiada perkaitan secara langsung atau tidak langsung di antara pengambilan vaksin dengan autisme.
Pada 2011, Institute of Medicine (IOM) mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin adalah selamat untuk diambil setelah menjalankan kajian terhadap 8 individu dewasa dan kanak-kanak.
Bahan-bahan yang terdapat dalam vaksin seperti merkuri dan aluminium juga telah terbukti tidak membuatkan vaksin menyebabkan autisme.
Ini dapat disahkan dengan kajian saintifik yang dibuat oleh IOM dan CDC yang dapat membuktikan vaksin tidak menyebabkan kerencatan pada otak kanak-kanak.
Dalam erti kata lebih mudah, vaksin tidak memudaratkan dan fakta mengatakan vaksin menyebabkan autisme tidak benar.