backup og meta

Polio Boleh Jadi Punca LUMPUH, Ambil Tahu Jika Anak Alami Tanda Berikut

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

    Polio Boleh Jadi Punca LUMPUH, Ambil Tahu Jika Anak Alami Tanda Berikut

    Wabak polio pernah menjadi mimpi ngeri di kebanyakan negara. Tetapi apakah penyebab penyakit polio ini? Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Virus, penyebab penyakit polio?

    Turut dikenali sebagai poliomyelitis, penyakit polio sangat mudah berjangkit dan kanak-kanak merupakan antara mangsa berisiko dijangkiti tanpa sebarang gejala. .

    Wabak ini terkenal kerana menyerang sistem saraf dan mengakibatkan kelumpuhan.

    Ciri ciri penyakit polio

    Seperti dinyatakan pada awal tadi, kebanyakan kanak-kanak dengan polio tidak mempunyai simptom langsung dan keadaan ini dikenali sebagai inapparent infection.

    Selain itu, terdapat 3 lagi jenis polio, iaitu:

    Abortive 

    Merupakan jangkitan ringan yang tidak berlanjutan. Penyebab penyakit polio ini boleh mengembangkan simptom seperti:

    Nonparalytic

    Juga merupakan jangkitan ringan dan hanya berlaku untuk tempoh singkat. Gejala bagi jenis ini juga hampir sama dengan abortive

    Namun, selepas gejala itu hilang, anak anda mungkin akan mengalami:

    • Sakit otot leher, badan, lengan dan kaki
    • Kebas pada leher dan sepanjang tulang belakang

    penyebab penyakit polio

    Paralytic

    Boleh mengakibatkan simptom teruk dan masalah jangka panjang. 

    Selain gejala di atas, jenis ini juga boleh mengalami simptom:

    • Kelemahan seluruh otot
    • Sembelit teruk
    • Lumpuh pundi kencing
    • Lemah pernafasan
    • Batuk
    • Suara parau
    • Kesukaran menelan
    • Kelumpuhan otot kekal
    • Air liur meleleh
    • Kerap bersungut dan kemarahan

    Sebahagian kanak-kanak yang mengalami kelumpuhan mendapat kembali kekuatan seiring peredaran masa, malah ada juga yang menjadi normal semula. Malangnya, ada juga yang mati disebabkan wabak polio.

    Baca juga:

    Memahami penyebab penyakit polio 

    Selepas mengetahui ciri ciri penyakit polio, ibu ayah perlu memahami bahawa jangkitan ini berpunca daripada polivirus.

    Umumnya, terdapat 3 jenis virus ini dan jenis 2 dan 3 telah berjaya dihapuskan. Pun begitu, di beberapa negara, virus jenis 1 masih menjangkiti individu.

    Virus yang sangat berjangkit ini boleh memasuki tubuh melalui mulut dan berkembang pada tekak dan usus.

    Ia boleh merebak melalui sentuhan dengan najis yang dijangkiti. Selalunya terjadi apabila anak tidak mencuci tangan atau tidak melakukannya dengan betul.

    Jangkitan polio juga boleh berlaku daripada pengambilan makanan dan minuman atau perkongsian perkakasan yang mempunyai virus. 

    Ia dapat disebarkan melalui titisan cecair di udara ketika individu yang dijangkiti batuk atau bersin.

    Rawatan & langkah mencegah penyebab penyakit polio 

    Tiada penawar untuk polio. Apa yang boleh dilakukan adalah untuk merawat gejala bagi meredakan dan mengatasi simptom. 

    Kes jangkitan ringan biasanya boleh dirawat dengan pengambilan cecair yang mencukupi dan mendapatkan rehat secukupnya. 

    penyebab penyakit polio

    Jika anak mengalami sakit otot atau lemah badan, mereka akan diberikan ubat untuk merawat kesakitan serta terapi fizikal untuk memastikan otot bergerak.

    Sekiranya otot pernafasan mereka terjejas, anak mungkin memerlukan bantuan ventilator mekanikal (mesin pernafasan).

    Tempoh jangkitan

    Anak yang mempunyai simptom polio ringan biasanya akan pulih sepenuhnya dalam tempoh 1-2 minggu. Namun, jika gejalanya lebih teruk mereka boleh menjadi lemah atau lumpuh seumur hidup, sekiranya tidak bernasib baik, maut menanti. 

    Selepas sembuh, terdapat kemungkinan anak akan mengembangkan ‘sindrom pasca-polio’ selama 30-40 tahun. Lama-kelamaan, mereka akan mengalami kesakitan atau kelemahan pada sendi atau otot serta berasa sangat letih.

    Penyebab penyakit polio: Bolehkah dicegah?

    Menyedari ciri ciri penyakit polio ini seakan masalah kesihatan biasa, tentunya timbul keresahan di hati, sama ada jangkitan ini boleh dicegah.

    Berita baiknya, jangkitan ini boleh dicegah dan cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan memastikan anak mendapat suntikan vaksin polio.

    penyebab penyakit polio

    Di Malaysia, terdapat Program Imunisasi Kebangsaan, di mana kanak-kanak akan diberikan suntikan vaksin tertentu.

    Untuk vaksin polio terdapat 3 dos suntikan yang akan diberikan kepada anak, masing-masing ketika si kecil berusia 2,3 dan 5 bulan. 

    Manakala apabila anak mencecah usia 1 tahun 6 bulan, suntikan polio yang merupakan dos booster diberikan untuk memberikan perlindungan tambahan bagi melawan jangkitan ini. 

    Jika anda bimbang mengenai vaksin ini, ketahuilah bahawa Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menganggap vaksin polio sangat selamat. 

    Panduan mencegah jangkitan penyebab penyakit polio kepada anak:  
    • Pastikan anak membasuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas
    • Mendidik anak untuk sentiasa minum air yang dibotolkan dan memastikan penutup botol tidak rosak atau minuman yang dimasak dengan sempurna
    • Mengajar anak untuk tidak membeli makanan daripada kedai yang tidak menjaga kebersihan

    Pemeriksaan doktor

    Anda perlu melakukan pemeriksaan doktor sekiranya:

    • Anak masih belum mendapat suntikan vaksin polio sepenuhnya
    • Anak mempunyai kontak rapat dengan individu yang menghidap polio
    • Anda sekeluarga pernah melancong ke luar negara dan anak mempunyai simptom

    Jika anda bimbang dengan keadaan kesihatan anak, cara paling mudah untuk mendapatkan kepastian adalah dengan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan