Dalam keseronokan mendapat baby comel, anda seharusnya tidak mengambil mudah aspek penjagaannya. Dalam artikel ini dikongsikan cara memilih produk penjagaan kulit bayi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Penjagaan baby comel
Kulit bayi sensitif dan perlu dijaga dengan rapi untuk mengelakkan masalah kulit seperti iritasi, kering, melecet atau ruam.
Berikut beberapa tip yang boleh diamalkan untuk mengekalkan kulit baby comel anda dalam keadaan licin, lembut dan mulus.
-
Memikirkan semula waktu mandi
Bagi waktu mandi, anda perlu ingat bahawa:
- Anda tidak perlu menyabunkan seluruh badan bayi. Gunakan span mandi di sekitar kawasan lampin, mulut, paha dan pipi sudah mencukupi.
- Pilih pembersih cecair ringan iaitu sabun bebas bau dan pewarna. Jenis ini tidak akan mengeringkan kulit bayi atau menyakitkan mata.
- Elakkan sabun buku atau mandian buih.
- Pegang kepala anak anda.
- Periksa suhu air jika terlalu panas sehingga boleh membahayakan anak.
-
Lindungi dari cahaya matahari
Jika baby comel berusia kurang dari 6 bulan, anda harus cuba melindunginya dari cahaya matahari langsung seboleh mungkin.
Ini terutamanya antara pukul 10 pagi dan 4 petang iaitu waktu di mana cahaya matahari paling kuat.
Apabila sudah melebihi 6 bulan dan perlu keluar di siang hari, anda perlu:
- Menutup kulit bayi menggunakan topi atau baju lengan panjang dan seluar panjang.
- Pakaikan mereka cermin mata hitam dengan perlindungan ultraviolet (UV).
- Gunakan pelindung matahari ke atas kawasan kecil yang mungkin susah untuk dilindungi dengan baju seperti muka dan tangan. Jangan biarkan pelindung matahari bersentuhan dengan mata. Gunakan semula setiap 2 jam atau selepas bayi membuang air kencing.
-
Pelembap, salah satu produk penjagaan kulit bayi
Kulit anda perlu dalam keadaan lembap, begitu juga kulit baby comel.
Berbanding menggunakan losyen, anda patut fikirkan tentang krim atau salap (ointment) pelembap bebas pewangi kerana losyen biasa lebih berkemungkinan untuk merengsa kulit bayi yang sensitif.
Anda boleh menyapu krim atau salap tersebut selepas memandikan anak untuk mengekalkan kelembutan serta kelicinan kulitnya.
Jangan lakukannya dengan kerap. Dua kali sehari mungkin sudah mencukupi jika kulit anak agak kering, cuaca sejuk dan kering atau jika bayi mengalami ekzema.
-
Melegakan kawasan yang sensitif
Kulit di kawasan lampin kebiasaannya basah dan cenderung kepada alahan. Anda boleh melegakan kawasan sensitif ini dengan beberapa tip berikut:
- Tukar lampin dengan kerap.
- Gunakan kain lap atau tisu basah bebas alkohol dan wangian untuk memastikan kawasan terbabit bersih.
- Biarkan anak anda bebas lampin apabila boleh.
- Gunakan salap atau krim pelindung seperti jeli petroleum sebelum meletakkan lampin baru.
-
Penjagaan jerawat
Perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan memastikan ia sentiasa kering dan bersih dan menahan diri dari memecahkan jerawat tersebut kerana ia boleh menyebabkan parut kekal.
Jerawat tersebut akan hilang dengan sendiri.
Walau bagaimanapun, jika masalah ini berkekalan atau semakin buruk dengan kegatalan dan ketidakselesaan, anda harus meminta nasihat daripada doktor memandangkan ia mungkin disebabkan penyakit kulit lain seperti ekzema.
Kriteria pemilihan produk penjagaan kulit bayi
Terdapat beberapa kriteria pemilihan set produk penjagaan kulit bayi yang mungkin ibu bapa tidak tahu.
-
Baca label terlebih dahulu
Ini merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa setiap kali ingin membeli sesuatu barangan, termasuklah produk penjagaan kulit bayi.
Ini bertujuan memastikan produk tersebut tidak mengandungi apa-apa bahan pewarna, bahan pewangi atau bahan kimia yang boleh membahayakan dan menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi.
Selain itu, periksa juga bahan dan ramuan, deskripsi penggunaan, tempoh luput, tempat dan nama kilang pembuatan serta jika terdapat apa-apa amaran pengunaannya.
-
Bebas alkohol
Alkohol banyak digunakan di dalam produk penjagaan kulit individu dewasa kerana ia berupaya membuat kulit kering dan bebas minyak.
Namun begitu, alkohol adalah berbahaya kepada bayi kerana ia boleh menyebabkannya terlalu kering lalu menyebabkan kerengsaan dan kegatalan pada kulit.
Antara nama lain yang digunakan bagi menggantikan alkohol adalah ethanol, ethyl alcohol atau cetearyl alcohol.
Baca juga: