Walaupun nampak seperti selamat, tetapi sebenarnya jika tidak mengetahui tip keselamatan semasa menggunakan kerusi makan baby, ia boleh mendedahkan si manja kepada risiko kemalangan.
Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui apakah petua dan tip penggunaan kerusi makan bayi yang penting untuk diamalkan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Kemalangan melibatkan penggunaan kerusi makan baby
Banyak insiden berkaitan penggunaan kerusi makan ini yang melibatkan si kecil berusia 3 tahun dan ke bawah.
Kebanyakan kes kemalangan adalah terjatuh yang berlaku apabila anak berdiri di atas kerusi atau pun menujah meja menggunakan kakinya sehingga mengakibatkan kecederaan kepala, leher dan muka termasuklah lebam, luka mahupun gegaran otak.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
Kecederaan biasa semasa menggunakan kerusi makan bayi
Umumnya, risiko kecederaan terbesar semasa penggunaan kerusi makan ini adalah kerana terjatuh.
Sekiranya si kecil terjatuh daripada kerusi makan yang tinggi ini, mereka boleh mengalami beberapa kecederaan, seperti:
- Kecederaan kepala
- Gegaran otak
- Kecederaan leher
- Luka
- Calar
- Patah tulang
- Kecederaan mulut
- Gigi patah
Walau bagaimanapun, jatuh bukan satu-satunya kecederaan yang berkaitan dengan kerusi makan. Anak juga boleh mengalami kecederaan disebabkan oleh:
- Tercekik barang atau makanan yang berada dalam jangkauan/capaian
- Luka terbakar disebabkan makanan atau minuman panas yang berdekatan dengannya
- Luka disebabkan objek tajam yang boleh dicapai
- Menjatuhkan kerusi tinggi dengan menolak meja menggunakan kaki mereka
- Jari tersepit pada selak atau penyambung kerusi makan
Kerusi makan baby, masa sesuai menggunakannya
Sebaik sahaja bayi boleh duduk tegak tanpa sokongan, mereka sudah bersedia untuk menggunakan kerusi makan.
Umumnya, si kecil harus mempamerkan kestabilan dan kawalan yang baik semasa duduk dan hanya berlaku goyangan kecil. Keupayaan untuk mengangkat kepala juga adalah satu kemestian.
Kebanyakan pengeluar kerusi makan mencadangkan untuk menunggu sehingga bayi berusia enam bulan sebelum menggunakannya.
Seperti yang kita fahami, perkembangan setiap bayi adalah berbeza. Ini bermakna ibu bapa perlu memastikan si kecil benar-benar sudah bersedia untuk menggunakan kerusi makan. Elakkan daripada tergesa-gesa demi keselamatan mereka.
Tip keselamatan penggunaan kerusi makan bayi
Jatuh daripada kerusi makan sangat berbahaya. Ini kerana kebiasaannya kerusi ini akan berada di bahagian dapur atau ruang makan yang selalunya mempunyai lantai keras seperti jubin atau kayu.
Jika kanak-kanak jatuh kepala dahulu ke permukaan keras ini, kecederaan serius boleh berlaku.
Jadi apakah langkah keselamatan yang perlu anda lakukan?
1. Sekatan keselamatan
Kebanyakan kecederaan berkaitan dengan kerusi makan boleh dicegah dengan menggunakan sekatan keselamatan yang betul setiap kali anak berada di tempat duduk.
Pastikan semua tali diikat, termasuk tali kelangkang (crotch strap) jika ada, dan pastikan tali itu sesuai dengan anak. Jika dia boleh menggoyangkan tali, ia bermakna tidak cukup ketat.
2. Penggunaan kerusi makan baby #Jangan berdiri
Kes jatuh biasanya berlaku apabila si kecil berdiri semasa berada di atas kerusi makan. Jadi, jangan biarkan anak berada dalam kedudukan selain daripada duduk di kerusi makan.
Wujudkan peraturan bahawa kerusi makan adalah untuk duduk sahaja – tidak dibenarkan berdiri, memanjat atau bermain di atas kerusi.
Baca juga: