#3. Pastikan peti sejuk anda selamat
Selain dapur masak, peti sejuk juga adalah peralatan yang berbahaya buat kanak-kanak di dapur. Ini kerana di dalamnya tersimpan banyak makanan dan minuman yang masih mentah. Oleh itu, pastikan anda mengikuti tip keselamatan peti sejuk yang berikut:
- Gunakan peti sejuk yang sukar dibuka oleh kanak-kanak seperti jenis buckle atau velcro.
- Jangan tampal magnet hiasan pada peti sejuk. Anak anda berisiko menelannya.
- Larang anak anda daripada menyentuh permukaan yang berais dengan lidah mereka. Ia mungkin akan menyebabkan lidah mereka melekat dengannya.
- Simpan makanan mentah seperti telur, daging, ikan dan lain-lain pada bahagian belakang atau bahagian di peti ais yang sukar dicapai oleh kanak-kanak.
- Begitu juga ubat-ubatan, simpan pada bahagian peti ais yang sukar dicapai oleh anak anda.
- Jangan sesekali benarkan mereka memasukkan diri sendiri ke dalam peti ais.
#4. Simpan semua peralatan mencuci di tempat sepatutnya
Sebaiknya, simpan kesemua peralatan mencuci di laci, kabinet atau almari yang dikunci. Peralatan mencuci seperti sabun pencuci pinggan mangkuk berisiko kepada anak anda jika mereka menelan mahupun menyentuhnya. Oleh itu, simpan ia di tempat yang selamat.
Sebaiknya, anda sebagai ibu bapa perlu sentiasa memerhatikan anak anda ketika berada di dapur bersama mereka. Tegah mereka daripada menyentuh segala peralatan yang berbahaya dan yang mempunyai arus elektrik. Untuk lebih keselamatan, pasangkan pagar untuk menetapkan kawasan mana sahaja yang boleh anak anda masuk di dapur anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen