Terdapat kebarangkalian apabila anda jatuh dengan kuat atau kemalangan yang menggoncang otak di dalam tengkorak, yang dikenali sebagai gegaran (concussion). Namun begitu, kadangkala insiden terjatuh ini boleh menyebabkan luka atau lebam pada kepala dan muka, tidak semestinya ia menyebabkan gegaran serius sehingga mencederakan otak. Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan kecederaan dan menjalani siri ujian bagi mengukur tahap gegaran untuk tindakan selanjutnya oleh doktor.
J ika seseorang mengalami gegaran otak, berikut perubahan yang akan dialaminya:
Individu yang mengalami kecederaan tidak dibenarkan oleh doktor untuk pergi ke sekolah atau bekerja. Ketika ini, mereka harus berehat secukupnya. Rehat sangat penting selepas gegaran, kerana dengan berehat akan membuatkannya dalam keadaan santai tanpa sebarang tekanan, sekaligus mempercepatkan proses penyembuhan.
Jangan ambil mudah dengan mengabaikan simptom-simptom yang dinyatakan di atas; atau berharap semuanya akan berfungsi seperti ‘sedia kala’ hanya akan merumitkan keadaan. Sentiasa perhatikan simptom dan dapatkan rawatan bagi mengurangkan kesan akibat simptom. Selain itu, berikan kata-kata perangsang dan nasihat — mengambil sedikit masa untuk sembuh, tapi jangan berputus asa.
Mereka mungkin tidak dapat melakukan kerja rumah buat seketika.
Di sinilah peranan anda untuk memastikan segalanya dalam keadaan teratur agar mereka tidak tertekan jika berada dalam keadaan rumah yang tidak kemas. Hiburkanlah mereka dengan keluar bersiar-siar, menonton wayang atau kunjungi rakan-rakannya, dengan harapan, ini akan menggalakkan perasaan gembira yang akhirnya mempercepatkan penyembuhan.
Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang mempunyai gegaran boleh membantu mereka pulih dengan mengambil peranan aktif dalam pemulihan mereka:
- Pastikan kanak-kanak mendapat banyak rehat. Pastikan jadual tidur yang teratur, termasuk tiada malam lewat dan tidak terlebih tidur.
- Memastikan kanak-kanak menghindari aktiviti berisiko tinggi/berkelajuan tinggi seperti menunggang basikal, bermain sukan, atau memanjat peralatan permainan kanak-kanak, roller coaster atau tunggangan yang boleh mengakibatkan benjolan lain, atau menghentakkan kepala atau badan. Kanak-kanak tidak boleh kembali kepada jenis aktiviti ini sehingga doktor mereka mengesahkan mereka cukup baik.
- Hanya memberikan anak anda ubat-ubatan yang diluluskan oleh doktor pediatrik atau keluarga.
- Berbincang dengan doktor mereka tentang bila anak harus kembali ke sekolah dan aktiviti lain dan bagaimana ibu bapa atau pengasuh dapat membantu anak menangani cabaran yang mungkin dihadapi olehnya. Sebagai contoh, anak anda mungkin perlu menghabiskan lebih sedikit waktu di sekolah, sentiasa berehat, atau memerlukan lebih banyak masa untuk mengambil ujian.
- Berkongsi maklumat mengenai gegaran dengan ibu bapa, adik-beradik, guru, kaunselor, pengasuh bayi, jurulatih, dan orang lain yang berinteraksi dengan kanak-kanak itu membantu mereka memahami apa yang telah berlaku dan bagaimana memenuhi keperluan kanak-kanak.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.