backup og meta

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Susu Formula

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Susu Formula

Merancang untuk memberi susu formula kepada bayi? Anda mungkin mempunyai beberapa soalan dalam fikiran, seperti apa itu susu formula, patut memilih susu lembu atau susu soya dan sebagainya.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai susu formula.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu susu formula: 3 jenis utama

Semua susu formula bayi berada di bawah peraturan perundangan di mana terdapat tiga jenis utama susu formula bayi yang boleh anda dapati:

  • Susu formula berasaskan susu lembu. Ini adalah rumusan yang paling biasa didapati kerana paling menyerupai susu ibu. Susu lembu yang digunakan dalam formula ini telah diubah untuk mempunyai jumlah nutrien yang betul serta lebih mudah dicerna bayi. Kebanyakan bayi boleh menyusu dengan formula susu lembu. Walau bagaimanapun, jika anak anda didiagnosis dengan alahan terhadap susu lembu, anda memerlukan formula yang lain.

apa itu susu formula

  • Susu formula berasaskan soya. Bagi bayi yang alah kepada susu lembu atau mengalami intoleransi laktosa, pilihan alternatif adalah menggunakan rumusan berasaskan soya. Rumusan berasaskan soya sangat berguna jika anda ingin mengeluarkan protein haiwan daripada diet anak anda.
  • Formula protein hidrolisat. Bagi bayi yang alah kepada susu lembu dan susu berasaskan soya, formula protein hidrolisat adalah pilihan terbaik untuk mereka. Formula jenis ini mengandungi protein yang dipecahkan (hidrolisis) – sebahagiannya atau kebanyakannya – menjadi lebih kecil berbanding dengan susu lembu dan rumusan berasaskan soya. Kerana kanak-kanak dengan alahan terhadap susu lembu dan susu berasaskan soya sebenarnya alah kepada zarah protein di dalamnya, formula protein hidrolisat boleh memberi anak anda protein yang sangat diperlukan sambil mengelakkan tindak balas alahan.

Di samping formula berikut, terdapat formula khusus yang boleh didapati untuk bayi yang pramatang dan bayi yang mempunyai keadaan perubatan tertentu.

Jenis formula lain yang lebih sesuai untuk bayi dengan keadaan lain kini boleh didapati. Anda boleh merujuk kepada doktor atau pakar kesihatan anda untuk khidmat nasihat.

Baca juga:

Apa itu susu formula pertama bayi?

Bagi kebanyakan bayi di bawah umur 6 bulan, jenis formula ini adalah yang paling popular. Formula ini mudah untuk dihadam bayi.

Biasanya bayi minum susu formula ini sehingga mereka bersedia untuk makanan pepejal.

Terdapat banyak pengeluar untuk formula jenis ini, jadi jika anda sudah mempunyai pilihan jenama khusus dalam fikiran, anda boleh berbincang dengan doktor anda untuk menentukan jenama terbaik untuk anak anda.

apa itu susu formula

Apa itu susu formula berasaskan kasein?

Formula ini agak sukar untuk dicerna berbanding formula bayi, jadi ia adalah peralihan yang baik antara formula pertama bayi dan makanan pejal.

Sesetengah orang mengatakan formula susu berasaskan kasein boleh membuatkan anaknya kenyang lebih lama, tetapi tidak ada bukti bahawa bayi kurang lapar apabila diberi formula jenis ini.

Susu formula berasaskan susu kambing

Begitu juga dengan rumusan susu lembu, formula berasaskan susu kambing boleh didapati dan dihasilkan dengan piawaian pemakanan yang sama seperti formula berasaskan susu lembu.

Susu kambing adalah sumber protein yang baik, mengandungi kurang gula (laktosa), 13% lebih kalsium, 25% lebih vitamin B6, 47% lebih vitamin A, dan 134% lebih banyak kalium berbanding susu lembu biasa.

Namun, ada kajian tidak menggalakkan susu kambing untuk diberi kepada bayi bawah umur 12 bulan atas faktor kandungan nutrisinya yang tidak sesuai dengan umur bayi.

Apakah bentuk penyediaan susu formula bayi?

apa itu susu formula

Bergantung pada pengilang, terdapat tiga jenis bentuk penyediaan susu formula yang mungkin anda dapati:

  • Formula serbuk. Formula serbuk adalah yang paling murah. Setiap sudu rumusan serbuk mestilah dicampur dengan air.
  • Formula cecair pekat. Formula jenis ini juga mesti dicampurkan dengan air.
  • Formula sedia digunakan. Formula siap digunakan ialah jenis formula bayi yang paling mudah. Ia tidak perlu dicampurkan dengan air. Ia juga merupakan pilihan yang paling mahal.

Kini anda sudah mengetahui apa itu susu formula dan cara penyediaannya. Pastikan anda mencuci tangan sebelum mengendalikan susu formula dan ikut arahan pencampuran dan penyimpanan dengan teliti.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Can I give my baby soya-based infant formula? http://www.nhs.uk/chq/Pages/can-I-give-my-baby-soya-based-infant-formula.aspx?CategoryID=62&SubCategoryID=63. Accessed September 28, 2016.
  2. Types of infant formula. https://www.cdc.gov/nutrition/infantandtoddlernutrition/formula-feeding/choosing-an-infant-formula.html. Accessed September 28, 2016.
  3. Infant formula: Your questions answered. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/infant-formula/art-20045782?pg=1. Accessed September 28, 2016.
  4. Infant Formula. https://familydoctor.org/infant-formula/, Accessed on June 6, 2023
  5. Why Do Infants Need Baby Formula Instead of Cow’s Milk? https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/formula-feeding/Pages/Why-Formula-Instead-of-Cows-Milk.aspx, Accessed on June 6, 2023

Versi Terbaru

05/10/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Baby Susah Nak Tidur Jika Tak Didodoi? Ini 7 Cara Melatih Bayi Tidur Sendiri

Tanda Bahaya Jika Bayi Jaundis Mencapai Tahap Bacaan Ini, Ibu Jangan Terleka!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan