Dulu Berdua, Kini Bertiga. Ibu Bapa, Ini 5 Tip Bawa Bayi Naik Kapal Terbang!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/03/2020 . 3 minit bacaan
Share now

‘Sayang, sebenarnya selamat atau tidak bawa bayi naik kapal terbang’? Ini merupakan soalan lazim yang ditanyakan oleh seorang ibu kepada pasangannya ketika sedang merancang untuk pergi melancong bersama dengan bayi kesayangan mereka. Adakah ia benar-benar selamat untuk dilakukan?

Hakikatnya, setiap ibu bapa pasti akan berasa bimbang untuk membawa si kecil mereka keluar berjalan kerana khuatir akan berlaku apa-apa yang tidak diingini kepadanya, lebih-lebih lagi jika perlu menaiki kapal terbang. Jadi, apakah yang ibu bapa perlu lakukan?

Sila ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Dulu berdua, kini bertiga

kapal terbang

London? Madrid? Paris? Rome? Namakan sahaja destinasi pelancongan idaman anda kepada pasangan untuk berbulan madu, ia pasti akan tercapai demi membuktikan cintanya kepada anda.

Namun, itu semua sebelum kelahiran insan baru dalam kehidupan anda berdua. Kehadiran si kecil ini memang akan membawa kegembiraan kepada pasangan yang baru berkahwin namun dalam masa yang sama turut mengundang kegelisahan.

Ini kerana anda yang dulunya sangat gemar mengembara ke luar negara bersama pasangan kini perlu membawa bayi anda sekali bersama. Jika ia merupakan kali pertama anda melakukannya, ia memang agak menyusahkan. Pun begitu, anda perlu bersabar.

Jangan sesekali menyalahkan si kecil anda itu. Anda sendiri tidak mahu merosakkan mood anda dan pasangan sebelum pergi melancong, bukan?

Jadi, ada beberapa tip yang anda dan pasangan boleh cuba ikuti sebelum mula menempah tiket kapal terbang dan bilik hotel anda. Ia terjamin akan membantu!

Tip bawa bayi naik kapal terbang

bayi

Usah khuatir, Hello Doktor ada panduan yang boleh anda ikuti:

#1. Jumpa doktor terlebih dahulu

Pertama sekali, sila bawa bayi anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Bincang dengan doktor anda mengenai lokasi percutian anda dan ambil vaksin yang diperlukan.

Selain itu, minta nasihat mereka sama ada boleh atau tidak anda bawa bayi anda menaiki kapal terbang sekiranya si kecil anda itu ada menghidapi penyakit jantung atau paru-paru.

#2. Tukar lampin bayi sebelum menaiki kapal terbang

Sebelum menjejakkan kaki ke dalam kapal terbang, pastikan anda telah tukar lampin pakai buang bayi anda terlebih dahulu.

Ini bukan sahaja demi keselesaan si kecil anda, tetapi juga untuk penumpang sebelah anda. Siapa sahaja yang mahu bau busuk tiba-tiba muncul, bukan? Lebih-lebih jika saiz pesawat itu kecil dan jarak antara penumpang adalah rapat.

#3. Bawa selimut bayi sendiri

Ya, mungkin ada sesetengah pesawat yang menyediakan selimut tapi tidak semua. Jika tidak disediakan, anda boleh cuba minta kepada krew kabin di dalam pesawat. Pun begitu, apa kata anda bawa selimut bayi anda sendiri. Sudah tentu lebih mudah, selesa dan tidak menyusahkan orang lain, bukan?

#4. Beri bayi makan snek yang sesuai

Sedangkan orang dewasa pun boleh muntah dalam pesawat, apatah lagi bayi? Jadi, pastikan anda beri bayi anda makanan yang sesuai dan tidak memualkan.

Jika masih menyusu, susukan sahaja si kecil anda ketika sedang dalam penerbangan sehingga tertidur. Sudah tentu anda dan pasangan anda akan dapat menikmati permandangan di luar tingkap dengan lebih tenang.

#5. Tutup telinga bayi ketika di dalam kapal terbang 

Paling penting, sentiasa tutup telinga bayi sepanjang penerbangan dengan menggunakan kapas atau fon telinga untuk mengelakkan bayi menangis kerana perubahan tekanan udara ketika berada di udara. Sebaiknya, pasangkan lagu yang boleh membuat mereka mengantuk lalu tertidur di dalam pangkuan anda.

Tiba sahaja di destinasi, periksa keadaan bayi anda. Jika dia ada menunjukkan tanda seperti muntah-muntah, cirit-birit atau tidak henti menangis, bawa dia berjumpa dengan doktor berhampiran anda. Jika tiada sebarang perubahan, teruskan nikmati percutian anda seperti dalam perancangan. 

Dengan segala tip-tip berikut, anda tidak perlu lagi bertanya kepada pasangan sama ada selamat atau tidak bayi naik pesawat. Walaupun dulu berdua, kini bertiga dan seterusnya berempat atau berlima, tiada lagi masalah untuk anda bawa keluarga melancong ke luar negara dengan menaiki kapal terbang!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

    Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak bijak, kan? Ada cara yang boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan otak bayi, confirm cerdik selepas ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Bayi, Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 14/01/2021 . 3 minit bacaan

    Bayi Menyusu Turut Berisiko Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

    Benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada anak yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Kesihatan Anak, Penyakit Kanak-Kanak 16/12/2020 . 3 minit bacaan

    Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

    Semasa kelahiran secara vakum, doktor menggunakan alat vakum membantu bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Komplikasi, Proses Bersalin 15/12/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

    Mempunyai penyakit PCOS (sindrom ovarium polikistik) ketika mengandung mampu menyulitkan proses kehamilan mahupun bersalin. Ini yang ibu perlu tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Haid, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahaya kencing manis

    Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
    kemurungan selepas bersalin

    Ada Tempoh Kemurungan Normal Selepas Bersalin; Seminggu, Sebulan @ Lebih Lama? Baca Kajian Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit mata kuning jaundis

    Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    warna air mani

    7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan