Anda sedang mengandung, tapi masuk trimester kedua, mengapa perut mengeras ketika hamil 4 bulan? Bukan itu sahaja, anda juga alami perut mengeras ketika hamil 5 bulan dan juga bulan keenam.
Apakah punca ia berlaku dan adakah ia sesuatu yang perlu dibimbangkan?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kehamilan, anda boleh klik di sini.
Perubahan pada trimester kedua: Perut mengeras ketika hamil 4 bulan
Bagi wanita yang sedang mengandung, kehamilan yang dialami ini boleh dikatakan sebagai satu pengalaman baharu dan juga mengujakan.
Namun, kehamilan juga pasti akan melibatkan beberapa perubahan fizikal selain melalui pengalaman yang tidak pernah anda jangkakan.
Salah satunya berkenaan perut mengeras ketika hamil 4 bulan.
Keadaan perut keras seperti ini tidak hanya berlaku pada bulan keempat, tetapi perut mengeras ketika hamil 5 bulan dan juga bulan keenam.
Jika anda perhatikan, ketiga-tiga bulan ini merupakan tempoh di mana anda sedang berada dalam trimester kedua kehamilan.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca atau faktor yang boleh menyebabkan perut keras dan ia berbeza mengikut trimester kehamilan anda.
Jadi, apakah punca yang menyebabkan perut mengeras ketika hamil 4 bulan?
Ini dua punca perut mengeras ketika hamil 4 bulan
Pada trimester kedua, anda mungkin akan terus merasakan keadaan perut yang mengeras, kekejangan, selain sakit yang mencucuk-cucuk di sekitar rahim anda.
Keadaan ini mungkin telah anda lalui pada trimester pertama, namun ia akan berterusan apabila anda sudah mula memasuki trimester kedua.
Rasa sakit seperti ini dikenali sebagai sakit ligamen bulat kerana ligamen bulat terletak di sisi rahim dan ia menghubungkan rahim anda dengan pangkal paha.
Semasa anda hamil, ligamen bulat ini akan meregang atau mengeras seiring dengan perkembangan rahim.
Jadi, tidak pelik jika anda sudah mula berasa sakit.
Ini merupakan antara faktor biasa mengapa perut mengeras ketika hamil 4 bulan.
Selain itu, terdapat faktor kedua yang boleh menyebabkan perut mengeras ketika hamil 5 bulan.
Ia disebut sebagai kontraksi palsu atau kontraksi Braxton-Hicks.
Kontraksi Braxton-Hicks ialah kekejangan yang berlaku pada perut anda dan ia berlaku secara berkala semasa trimester kedua.
Tujuan kontraksi Braxton-Hicks adalah untuk menyediakan rahim ketika proses kelahiran bayi.
Kontraksi palsu ini membantu menguatkan otot dalam rahim dan menggalakkan aliran darah ke plasenta.
Kontraksi Braxton-Hicks adalah sesuatu yang normal dan sangat biasa berlaku.
Ia boleh berlaku sekitar 30 hingga 60 saat, atau lebih lama sehingga mencapai tempoh 2 minit.
Bagaimana rasa perut mengeras ketika hamil 4 bulan disebabkan kontraksi Braxton-Hicks?
Anda boleh mengenal pasti adakah perut mengeras ketika hamil 5 bulan atau trimester kedua ini disebabkan oleh kontraksi Braxton-Hicks atau kontraksi palsu.
Apabila kontraksi Braxton-Hicks terjadi, ia akan terasa seperti otot menegang atau mengeras pada perut anda.
Jika anda meletakkan tangan anda pada perut apabila kontraksi berlaku, anda mungkin dapat merasakan rahim anda menjadi keras.
Kontraksi ini boleh berlaku secara tiba-tiba dan tidak teratur.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ia biasanya berlangsung selama kira-kira 30 saat sehingga dua minit.
Kontraksi ini sememangnya membuatkan wanita hamil berasa tidak selesa, namun ia tidaklah menyakitkan.
Jika kesakitan atau ketidakselesaan disebabkan kontraksi anda semakin berkurangan, ia sememangnya kontraksi Braxton-Hicks.
Adakah perut mengeras disebabkan kontraksi Braxton-Hicks ini perlu dirisaukan?
Secara umumnya, kontraksi palsu ini tidak perlu dirisaukan kerana ia tidak berbahaya dan hanya berlangsung untuk seketika.
Namun, anda perlu memerhatikan kontraksi yang anda alami untuk memastikan ia bukanlah tanda kelahiran bayi pramatang.
Antara tanda kontraksi kelahiran pramatang ialah:
- Kontraksi menjadi lebih kuat dan kerap
- Terdapat pengeluaran cecair daripada faraj
- Kontraksi tidak berhenti walaupun setelah anda meminum air dan berehat
- Berlaku pendarahan pada faraj
Jika keadaan seperti ini berlaku, ia bukan lagi kontraksi palsu.
Boleh jadi ia tanda-tanda kelahiran pramatang atau disebabkan komplikasi kehamilan yang lain.
Sebab-sebab lain perut menjadi keras
Selain daripada dua faktor yang disebutkan di atas, terdapat beberapa punca lagi yang boleh menyebabkan perut mengeras ketika trimester kedua.
Antaranya ialah:
#1. Perkembangan kerangka janin
Apabila sudah mula memasuki trimester kedua, kerangka janin akan menjadi semakin besar.
Ini akan menyebabkan rahim semakin mengembang dan perut juga akan menjadi semakin keras.
#2. Sembelit
Jangan pelik kerana masalah sembelit juga boleh menyebabkan perut ibu hamil menjadi keras.
Oleh itu, bagi mengelakkan masalah sembelit ketika hamil, ibu mengandung dinasihatkan untuk mengambil banyak buah-buahan dan sayuran yang tinggi kandungan serat.
Fakta
#3. Pergerakan bayi
Pergerakan bayi juga boleh menyebabkan perut menjadi keras.
Namun keadaan ini lebih kerap berlaku pada trimester ketiga berbanding trimester kedua.
Anda tidak perlu berasa risau kerana pergerakan bayi yang normal menunjukkan bayi berada dalam keadaan yang sihat.
Jumpa doktor dengan segera jika kontraksi tidak normal
Kini anda telah mengetahui punca perut mengeras ketika hamil 5 bulan atau trimester kedua.
Namun, jika perut anda mengeras diikuti dengan kontraksi yang tidak normal, sila hadir ke hospital untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
[embed-health-tool-due-date]