backup og meta

Uri Di Bawah? Ibu Hamil, Jangan Pandang Remeh 7 Pantang Larang Ini!

Uri Di Bawah? Ibu Hamil, Jangan Pandang Remeh 7 Pantang Larang Ini!

Ada ke pantang larang uri dibawah atau dalam istilah perubatan disebut sebagai plasenta previa yang perlu ibu mengandung ketahui? 

Baca selanjutnya untuk mengetahui mengenai larangan ibu hamil plasenta previa.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Keadaan uri di bawah

Apa bezanya plasenta previa dan uri di bawah? Hakikatnya kedua-dua itu adalah keadaan yang sama, di mana kedudukan uri berada di bahagian bawah – berhampiran serviks ketika tempoh kehamilan.

Umumnya, plasenta atau uri berfungsi untuk membekalkan oksigen dan nutrien serta membawa keluar bahan buangan yang tidak diperlukan bayi dalam kandungan. Melalui organ ini jugalah berlaku pertukaran darah antara bayi dan ibu.

Wanita berisiko alami plasenta previa:

  • Berusia 35 tahun ke atas
  • Pernah menjalani rawatan kemandulan
  • Kehamilan kembar – lebih dari satu janin
  • Pernah melalui proses bersalin lebih daripada 5x
  • Jarak antara kehamilan yang singkat
  • Pernah menjalani sebarang pembedahan pada rahim
  • Pernah bersalin secara pembedahan caesarean
  • Merokok
  • Mengambil kokain
  • Kedudukan sosio-ekonomi yang rendah

Simptom uri di bawah

Sebelum mengetahui antara pantang larang uri dibawah yang perlu diberikan perhatian, ayuh kita fahami dahulu antara simptom plasenta previa ini.

Antara tanda utama masalah uri di bawah adalah pendarahan faraj berwarna merah terang – biasanya tanpa rasa sakit dan selepas 20 minggu kehamilan. Ada kalanya ia bermula dengan tompokan darah sebelum pendarahan lebih besar berlaku.

pantang larang uri dibawah

Pendarahan mungkin disertai dengan kontraksi rahim sebelum bersalin yang mencetuskan kesakitan. Pendarahan juga boleh disebabkan oleh seks atau pemeriksaan perubatan.

Bagi sesetengah wanita, mereka mungkin tidak mengalami pendarahan sehingga waktu bersalin tiba.

Pantang larang uri dibawah

Berikut antara beberapa pantang larang yang perlu dielakkan:

1. Seks dan penembusan

Melakukan hubungan seks hingga penetrasi adalah salah satu aktiviti yang harus dielakkan pada wanita hamil dengan plasenta previa.

Bukan sahaja anda harus menghindari persetubuhan, bahkan memasukkan sesuatu ke dalam faraj seperti pemeriksaan perubatan juga perlu dielakkan terlebih dahulu.

Ini kerana jika didiagnosis dengan keadaan ini, anda akan lebih mudah mengalami pendarahan. 

Baca juga:

Antara pantang larang uri dibawah #2. Terlalu aktif

Wanita hamil dengan plasenta previa juga amat disarankan untuk tidak terlalu aktif. Sebaik-baiknya, banyakkan berehat dan kurangkan kebanyakan aktiviti fizikal.

Ia perlu dilakukan bagi mengelakkan kerosakan pada plasenta yang boleh meningkatkan risiko pendarahan dan mengancam keselamatan anda dan bayi dalam kandungan.

Jadi, elakkan terlalu aktif dan melakukan aktiviti yang terlalu berat. Contohnya mengangkat benda berat, aktiviti terlalu lama dan tidak berehat dan berjalan terlalu jauh.

3. Pengambilan sebarang ubat, antara pantang larang uri dibawah

Wanita hamil dengan kedudukan plasenta rendah juga dilarang menggunakan sebarang ubat tanpa nasihat pakar sakit puan.

Di samping itu, larangan lain untuk wanita hamil dengan plasenta previa adalah merokok dan menggunakan produk tembakau.

pantang larang uri dibawah

4. Stres 

Bukan sahaja aktiviti fizikal, masalah mental seperti tekanan, banyak berfikir dan kemurungan juga boleh menjejaskan kesihatan wanita dengan pengalaman mengandung uri dibawah.

Tekanan boleh mencetuskan ketidakseimbangan hormon dan masalah kesihatan lain yang boleh mengganggu kesihatan ibu hamil.

Selain itu, apabila tertekan, anda cenderung sukar tidur, tidak mahu makan malah akan mengasingkan diri. Gabungan kesan stress amat tidak bagus untuk kesihatan diri dan bayi.

5. Melancong 

Melancong memang menyeronokkan tetapi apabila didiagnosis dengan plasenta previa, anda harus mengelakkannya dahulu. Lebih-lebih lagi apabila hampir dengan anggaran tarikh bersalin.

[embed-health-tool-due-date]

Ini kerana anda terdedah kepada pelbagai masalah termasuk pendarahan. Sekiranya ia berlaku semasa dalam perjalanan, ia boleh menyukarkan anda untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Perjalanan jauh juga boleh menyebabkan anda berasa letih, sekali gus menyebabkan tekanan kepada bayi dalam kandungan.

6. Makan makanan pedas dan tidak berkhasiat

Memenuhi keperluan pemakanan semasa kehamilan tidak boleh diabaikan, terutamanya jika anda didiagnosis dengan plasenta previa. 

Antara pantang larang uri dibawah melibatkan pemakanan adalah anda harus mengelakkan makan makanan yang terlalu pedas dan tidak berkhasiat seperti makanan ringan.

Pantang larang uri dibawah #7. Posisi tidur

Tidur secara menelentang merupakan posisi tidur larangan ibu hamil plasenta previa. Posisi ini boleh menyebabkan masalah seperti sakit belakang, sesak nafas, masalah penghadaman, tekanan darah rendah dan buasir.

pantang larang uri dibawah

Berbaring terlentang juga menyebabkan gangguan kepada peredaran darah dan nutrien kepada jantung dan bayi. Ini kerana perut yang membesar akan menekan usus dan saluran darah utama.

Selain itu, posisi meniarap turut tidak digalakkan bukan sahaja buat wanita dengan masalah uri di bawah, tetapi buat ibu mengandung secara amnya.

Sama seperti terlentang, kedudukan ini juga boleh menyebabkan tekanan pada saluran darah utama dan risiko yang lebih tinggi untuk wanita hamil dengan masalah plasenta previa.

Larangan ibu hamil plasenta previa

Anda amat dinasihatkan untuk tidak mengabaikan sebarang gejala yang timbul. Beberapa gejala plasenta previa yang perlu diketahui termasuklah:

  • Kekejangan perut atau sakit yang tajam
  • Pendarahan selepas hubungan seks
  • Pendarahan semasa trimester kedua
  • Pendarahan yang bermula, berhenti dan bermula semula dalam tempoh beberapa hari atau minggu kemudian

Sekiranya mengalami gejala di atas atau sebarang simptom yang membimbangkan, lakukan  pemeriksaan doktor dengan segera.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Placenta previa. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/placenta-previa, Accessed on Nov 6, 2022  
  2. Placenta previa. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/placenta-previa/symptoms-causes/syc-20352768#, Accessed on Nov 6, 2022
  3. Placenta Previa. https://www.marchofdimes.org/find-support/topics/pregnancy/placenta-previa, Accessed on Nov 6, 2022
  4. Pregnancy Bed Rest. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9757-pregnancy-bed-rest, Accessed on Nov 6, 2022
  5. Placenta Previa: Care Instructions. https://myhealth.alberta.ca/Health/aftercareinformation/pages/conditions.aspx?hwid=tw12278, Accessed on Nov 6, 2022
  6. Placenta Previa: Care Instructions. https://healthy.kaiserpermanente.org/health-wellness/health-encyclopedia/he.placenta-previa-care-instructions.tw12278, Accessed on Nov 6, 2022

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bahaya Jika Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat, 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

AWAS, Kandungan Overdue Ada Bahaya, Ibu Kena Lebih Alert Dengan Risiko Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan