home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ingin Cepat Hamil?: 4 Perkara Perlu Diberi Perhatian

Ingin Cepat Hamil?: 4 Perkara Perlu Diberi Perhatian

Kebanyakan wanita menganggap proses kehamilan merupakan perkara yang sangat mudah. Hakikatnya, hamil pada cubaan kali pertama adalah sangat jarang berlaku. Ini kerana kehamilan memerlukan proses fizikal yang memerlukan kestabilan dari segenap aspek emosi. Berikut merupakan 4 perkara perlu diberi perhatian jika ingin cepat hamil.

Rahsiakan perkara berkaitan kesuburan anda

Sebagai wanita, anda perlu mengambil tahu proses ovulasi dan hari subur anda serta pelbagai lain-lain hal berkaitan keintiman. Namun begitu, anda perlu merahsiakan perkara-perkara ini daripada pasangan anda untuk mengelakkan pasangan berasa bosan. Sekiranya anda sedang berada pada tahap kesuburan yang tinggi dan proses ovulasi anda sedang berlaku, rahsiakan perkara tersebut dari pasangan untuk mengelakkan mereka berasa terpaksa atau bosan untuk bersama dengan anda. Pengetahuan tentang kesuburan ini sememangnya perlu diketahui oleh anda dan pasangan namun anda tidak perlu terlalu merancang untuk mengekalkan elemen kejutan yang perlu wujud dalam kehidupan rumah tangga anda.

Jadi lebih kreatif

Merancang masa untuk melakukan hubungan seks bukanlah satu idea yang baik kerana boleh mengakibatkan kebosanan. Namun jika anda masih ingin meneruskannya, anda perlu jadi lebih kreatif terhadap hubungan seks anda bersama pasangan. Sebagai contoh, hubungan intim tidak semestinya perlu dilakukan di dalam bilik sahaja. Anda boleh cuba berasmara di tempat-tempat yang berlainan seperti ruang tamu, dapur atau di dalam bilik hotel. Tambahkan elemen romantik melalui dekorasi seperti lilin dan bunga. Selain itu, lakukan hubungan intim anda pada waktu yang berbeza dan gunakan pelbagai posisi. Ini bertujuan memastikan anda dan pasangan mempunyai kehidupan seksual yang sihat sekaligus meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil.

Amalkan diet yang sihat

Dalam usaha anda untuk meningkatkan tahap kesuburan, anda perlu memastikan anda mengamalkan diet yang seimbang dan sihat. Jauhkan diri daripada makanan segera, alkohol dan minuman bergula. Sebaliknya, makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin. Makanan- makanan sihat ini dapat membantu membekalkan lebih banyak tenaga untuk anda sekaligus mendorong kepada kehidupan seksual yang lebih sihat.

Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan

Kebanyakan pasangan yang ingin menimang cahaya mata dengan cepat hanya berkomunikasi dengan pasangan mereka berkenaan tahap kesuburan, proses ovulasi dan sebagainya. Sebaliknya, anda perlu lebih terbuka dengan pasangan anda dan melakukan aktiviti bersama tanpa terlalu menghiraukan perkara berkenaan kehamilan. Menurut pakar, aktiviti yang dilakukan bersama pasangan dapat merangsang minda dan badan anda untuk meningkatkan keinginan seksual. Aktiviti seperti menari, menonton wayang atau berjalan berpimpin tangan akan mencipta keserasian sekaligus menyemarakkan lagi kehangatan hubungan intim anda.

Langkah-langkah mudah yang dinyatakan sebenarnya merupakan faktor pencetus yang paling utama sekiranya anda ingin cepat hamil. Anda perlu memastikan hubungan anda bersama pasangan berada pada tahap yang baik sebelum membuat keputusan untuk menimang cahaya mata. Selain itu, pastikan tahap kesihatan anda juga berada pada tahap yang baik bagi memastikan anda sudah bersedia untuk melangkah masuk ke dalam alam keibubapaan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Jazz Up Your Baby-Making Sex. http://www.parents.com/getting-pregnant/fertility/boost/make-trying-to-get-pregnant-more-fun/. Accessed August 31, 2016.

7 Ways to Make Trying For a Baby Fun (Hint: None of This Includes an Ovulation Kit. http://www.popsugar.com/moms/How-Make-Trying-Baby-Fun-36775625. Accessed August 31, 2016.

How to keep sex exciting when trying to conceive. http://www.pregnancyandbaby.com/conception/articles/945693/how-to-keep-sex-exciting-when-trying-to-conceive. Accessed August 31, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 07/12/2018
x