Kulit sensitif
Sebaliknya, tidak semua bayi yang ibu bapanya rajin menukar lampin adalah bebas daripada mendapat ruam lampin. Kulit sensitif juga boleh menjadi penyebab berlakunya iritasi kulit.
Pendedahan kepada bahan kimia
Ruam lampin yang bayi anda alami boleh menyebabkan kesan gosokan terhadap kulit, terutamanya jika bayi anda mengalami alahan kepada bahan kimia seperti wangian yang ada dalam lampin pakai buang atau bahan detergen (selalunya digunakan dalam lampin kain). Ruam lampin boleh juga terjadi disebabkan oleh losen bayi atau pelembap yang disapu pada kulit si manja.
Kanak-kanak yang mengambil antibiotik atau ibu yang mengambil antibiotik adalah lebih cenderung untuk mendapat ruam lampin memandangkan antibiotik boleh mengurangkan jumlah bakteria baik. Antibiotik juga boleh menyebabkan cirit-birit, yang menyumbang kepada ruam lampin.
Pendedahan kepada makanan baru
Jika bayi anda yang menyusu susu badan mendapat ruam lampin, ia boleh jadi disebabkan oleh makanan yang ibu makan. Oleh itu, berhati-hatilah dengan pengambilan diet anda supaya bayi anda tidak terjejas melalui susu badan yang anda berikan.
Pastikan lampin bersih dan kering untuk mengelakkan ruam lampin
Perkara penting apabila bayi mendapat ruam lampin adalah dengan memberi perhatian lebih kepada durasi masa anda menukar lampin bayi. Pastikan lampin bayi kering dan bersih supaya kawasan lampin tidak menjadi persekitaran yang merangsang pembiakan bakteria dan menjejaskan kulit bayi.
Setiap kali anda menukar lampin bayi, bersihkan kulit bayi sekali, tetapi lakukan dengan lembut, menggunakan air. Ingatlah untuk tidak menggosok kawasan lampin memandangkan kulit bayi adalah rapuh. Jangan gunakan tisu bayi dan sabun yang mengandungi alkohol atau yang mempunyai pewangi kuat kerana ini juga boleh menyebabkan ruam lampin.