Susah Nak Cari Sabun Sesuai Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Perlu Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Ekzema adalah salah satu daripada masalah kulit yang akan jadi punca kepada kerosakan kulit pada bahagian muka dan badan penderita.

Apa yang membimbangkan adalah ia sangat kerap serta biasa berlaku terutamanya dalam kalangan masyarakat kita dan ini perlu dibendung segera.

Antara cara untuk merawat dan mencegah kondisi kulit ini adalah dengan menggunakan sabun untuk ekzema pada kulit yang bermasalah.

Persoalannya, sabun apakah yang sesuai? Jom ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya!

Apa yang dimaksudkan dengan ekzema?

Sebelum itu, adalah wajar untuk kita semua tahu sedikit informasi mengenai masalah kulit ini terlebih dahulu.

Buat anda yang belum tahu, ekzema adalah satu kondisi di mana berlaku keradangan kulit terutamanya pada muka dan badan individu.

Kondisi ini akan menyebabkan kulit menjadi merah, gatal, lembik dan bersisik sekali gus mengakibatkan ketidakselesaan buat penderita.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis ekzema yang boleh terjadi termasuklah:

Dermatitis atopik

Ia berlaku sejak dari lahir lagi atas sebab yang tidak diketahui dan akan menyebabkan kulit timbul benjolan yang sakit serta gatal.

ekzema

Dermatitis kontak

Ia berlaku akibat kulit tersentuh atau terkena bahan kimia pencetus ekzema, dan antara pencetus yang menyebabkannya adalah pakaian.

Dermatitis seborrheic

Ia berlaku secara kerap pada kulit kepala kerana kondisi ini biasa menyerang kawasan yang mempunyai banyak kelenjar minyak pada kulit.

Sukar menentukan jenis ekzema?

Walaupun ada banyak jenis ekzema, namun adalah agak sukar untuk menentukan jenis ekzema yang kalian alami kerana kesemuanya kelihatan lebih kurang sama sahaja.

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom umum penyakit kulit ini yang boleh diperhatikan seperti:

Jika ada sebarang petanda ini pada kulit anda, sila berjumpa doktor atau pakar dermatologi untuk mendapatkan rawatan lanjut segera.

Punca sebenar ekzema terjadi?

Dalam kebanyakan kes, punca kondisi ini terjadi adalah disebabkan oleh genetik dan juga persekitaran di mana individu itu tinggal.

ekzema

Majoriti penderita akan mengalami mutasi di dalam genetik lantas mengganggu proses ciptaan satu protein bernama filaggrin di dalam badan.

Protein inilah yang akan bertanggungjawab melindungi lapisan teratas pada kulit dan jika ia kurang atau tiada, bakteria akan lebih mudah memasuki kulit.

Jadi, individu yang mempunyai risiko tinggi wajarlah mengelak daripada segala pencetus ekzema yang kami nyatakan di atas tadi okay!

Sabun untuk ekzema yang sesuai

Demi mengelak, menjaga dan merawat masalah kulit ini, adalah sangat penting untuk kalian pandai memilih sabun untuk ekzema yang sesuai.

Perkara paling penting sebelum membeli dan menggunakan sabun jika anda ada ekzema adalah melihat pada label produk tersebut terlebih dahulu.

Perhatikan perkara berikut:

#1. Alergen

Pastikan anda tidak mempunyai alahan terhadap mana-mana bahan yang terdapat di dalamnya kerana ia boleh mengakibatkan kerengsaan yang lebih teruk.

#2. Kadar pH

Pastikan anda memilih sabun yang mempunyai kadar pH sama banyak dengan kulit dan elakkan sabun beralkali kerana ia akan menjejaskan sistem perlindungan kulit.

Tip pilih sabun untuk ekzema #3. Pembersih yang lembut

Pastikan anda memilih sabun dengan pembersih lembut yang tidak akan menjejaskan kelembapan semula jadi kulit.

Selain itu, elakkan juga bahan seperti formaldehyde, propylene glycol dan salicylic acid.

cara membersihkan miss v

#4. Deodoran

Elakkan sabun yang mengandungi deodoran kerana ia boleh merengsakan kulit sensitif.

#5. Pewangi

Pastikan anda memilih sabun yang tidak mengandungi pewangi kerana bahan ini merupakan salah satu daripada alergen.

#6. Pewarna

Pastikan anda memilih sabun yang tidak mengandungi pewarna kerana ia juga merupakan salah satu daripada alergen.

Tip sabun untuk ekzema #7. Testimoni

Akhir sekali, sila lebih rajin untuk mencari dan mengkaji testimoni mengenai segala produk yang anda cari itu sebelum membeli dan menggunakannya.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ekzema memang merupakan salah satu daripada masalah kulit yang bukan sahaja menjejaskan kecantikan malahan juga kesihatan penderita.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk penderita kondisi ini memilih sabun untuk ekzema yang terbaik bagi memastikan anda dapat mencegah dan merawat ia sebelum menjadi lebih buruk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Usah Abaikan Ruam Di Ketiak! Kenal Pasti Punca & Cara Mudah Rawat Di Rumah

Ruam, memalukan dan menjengkelkan, apalagi jika berlaku di ketiak! Walaupun tidak dapat dilihat oleh orang, ia masih dapat mengganggu rutin harian.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Masalah Kulit Lain 08/02/2021 . 3 minit bacaan

Selain Muka, 4 Bahagian Tubuh Ini Juga Berisiko Jadi GELAP Ketika Hamil! Ini Cara Nak Rawat

Kondisi kulit gelap ketika hamil sebenarnya adalah perkara yang normal. Namun tahukah anda di mana ia akan muncul lagi selain muka? Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Perkembangan Kehamilan, Trimester Ketiga 28/01/2021 . 3 minit bacaan

Badan Sering Naik Bintik Merah? Jangan Biarkan! Anda Mungkin Terkena 7 Penyakit Ini

Naik bintik merah pada kulit, tetapi tidak tahu apakah sebabnya? Jom ikuti 7 perkara yang mungkin menyebabkan kulit anda alami masalah ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 28/01/2021 . 3 minit bacaan

Jangan Pandai-pandai Rawat Jerawat Dengan BAKING SODA! Buruk Kesannya Nanti

Jerawat berlaku apabila liang pori tersumbat dengan kotoran dan minyak. Pelbagai kaedah telah dicuba bagi merawatnya, termasuk menggunakan soda penaik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 25/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

apa itu demodex

Wajah Menggerutu Bukan Sebab Jerawat @ Jeragat, Puncanya Sebab Kutu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
masalah kulit

Kulit Selalu Gatal Walaupun Baru Lepas Mandi? Mungkin Anda Ada Masalah Kulit Kering!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
bisul di punggung

Bukan Sebab Duduk Atas Bantal, Ini Rupanya Punca Sebenar Bisul Di Punggung!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
tanda lahir

Si Kecil Ada Tanda Lahir? Ini Antara Jenis-jenisnya Yang Patut Ibu Ayah Ketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan