Sama ada anda merancang untuk mengandung atau mencegah kehamilan, pengetahuan tentang waktu subur wanita dapat membantu anda menjayakan perancangan anda.
Namun maklumat tentang tarikh, bilangan hari dan kitaran haid mungkin memeningkan anda.
Oleh itu, mari kita selusuri info mudah tentang waktu subur perempuan ini daripada permulaannya agar anda tahu dan faham bagaimana mengira waktu penting dalam kitaran haid anda ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Waktu subur wanita sebelum atau selepas haid
Kehamilan boleh berlaku melalui persenyawaan ovum atau telur oleh sperma.
Ovum anda bukanlah sentiasa tersedia sebaliknya akan dikeluarkan melalui proses ovulasi.
Sewaktu ovulasi berlaku, ovum yang matang dikeluarkan daripada ovari, bergerak melalui tiub fallopian dan tersedia untuk disenyawakan.
Ovulasi adalah satu-satunya waktu ketika kitaran period di mana seorang wanita boleh hamil.
Apabila ovum tidak disenyawakan, anda akan mengalami haid 14 hari selepasnya.
Ini disebabkan pengurangan hormon progesteron dan estrogen yang berlaku.
Apabila ovum tidak disenyawakan, tiada kehamilan berlaku jadi rahim anda yang dipersiapkan untuk menyambut kedatangan janin kini akan menyingkirkan lapisan yang disediakan untuk tujuan tersebut dalam bentuk darah haid.
Bagaimana menentukan waktu ovulasi anda?
Oleh itu, ovulasi berlaku kira-kira dua minggu sebelum anda mengalami haid. Kira purata kitaran haid anda.
Hari pertama adalah hari pertama anda mengalami haid dan hari terakhir adalah sehari sebelum haid yang berikutnya.
Jika kitaran haid anda adalah 28 hari, anda mengalami ovulasi sekitar hari ke-14.
Selain melalui pengiraan waktu subur, wanita juga boleh melakukan beberapa kaedah seperti kit prediktor ovulasi untuk memastikan sama ada mereka sedang mengalami ovulasi atau tidak.
Adakah ovulasi berlaku pada hari ke-14?
Tidak, ovulasi tidak semestinya berlaku pada hari ke-14. Ingat, proses ovulasi bukanlah ditentukan oleh waktu haid anda sekarang sebaliknya waktu haid yang akan datang.
Jadi, mengetahui purata kitaran haid anda adalah penting. Jika anda mempunyai kitaran haid sekitar 35 hari, ovulasi berlaku pada hari ke-21 (21+14=35).
Bilakah waktu subur wanita?
Waktu subur wanita bukanlah merujuk kepada hari ovulasi sahaja. Ia bergantung kepada jangka hayat sperma dan ovum.
Kebanyakan sperma akan mati dalam masa beberapa minit selepas ejakulasi manakala yang lain akan mampu bertahan selama hingga 5 hari dalam sistem reproduktif wanita.
Sementara ovum hanya mampu bertahan selama 24 jam selepas ovulasi.
Oleh itu, tingkap kesuburan (fertile window) adalah tempoh hari dalam kitaran haid apabila kehamilan mungkin berlaku.
Kehamilan secara teknikal hanya mungkin berlaku dalam masa lima hari sebelum ovulasi hingga ke hari ovulasi.
Jika kitaran haid anda adalah selama 28 hari, tingkap kesuburan anda adalah sekitar hari ke-9 hingga hari ke-14. Ini disebabkan jangka hayat sperma yang panjang.
Jika seorang wanita mengadakan hubungan kelamin enam hari sebelum ovulasi, kemungkinan untuk hamil hampir sifar.
Sekiranya dia mengadakan hubungan kelamin lima hari sebelum ovulasi, kebarangkalian kehamilannya adalah kira-kira 10%.
Kebarangkalian kehamilan meningkat secara berterusan sehingga dua hari sebelum dan termasuk hari ovulasi.
Pada penghujung ‘tingkap kesuburan’, kebarangkalian kehamilan menurun dengan cepat dan menjelang 12-24 jam selepas ovulasi, seorang wanita tidak lagi dapat hamil semasa kitaran itu.
Rekodkan fasa haid anda dengan menggunakan aplikasi telefon pintar yang sesuai seperti diari menstruasi atau kalkulator waktu subur perempuan.
Jika anda merancang untuk tidak hamil, anda perlu mengelakkan hubungan kelamin atau melakukan langkah pencegahan yang sesuai sepanjang waktu subur perempuan tersebut.
Pencegahan kehamilan menggunakan pengiraan waktu subur mungkin tidak akan berkesan 100%, oleh itu, ambil langkah pencegahan lain seperti:
- menggunakan kondom
- mengambil ubat agar lebih selamat
Kesimpulan
[embed-health-tool-ovulation]