Cik Abang Ada Masalah Sperma? Teknik Pembedahan Ini Mungkin Solusi Yang Anda Cari!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Masalah kesuburan lelaki adalah salah satu isu besar di negara kita yang seakan tiada penyelesaiannya.

Ini kerana ramai kaum Adam yang mengalami masalah ini namun terlalu malu atau takut untuk mengakui lantas menyimpan rahsia ini seorang diri.

Sebenarnya, masalah ini mungkin boleh diselesaikan dengan hanya menjalani ujian sperma untuk melihat, menilai dan menentukan kaedah rawatan.

Antara masalah sperma yang banyak berlaku kepada golongan lelaki adalah azoospermia.

Apakah ia? Adakah terdapat sebarang rawatan yang boleh dibuat? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Apa itu masalah sperma azoospermia?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu tentang perkara ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, azoospermia adalah kondisi yang merujuk kepada keadaan air mani lelaki yang tidak langsung mempunyai sperma.

Terdapat 2 jenis azoospermia iaitu:

Obstructive Azoospermia (OA)

Ia merupakan kondisi sperma dihasilkan dengan normal di dalam testis tetapi terdapat halangan yang menyebabkan sperma tidak dapat dikeluarkan.

Non-Obstructive Azoospermia (NOA)

Ia merupakan kondisi penghasilan sperma yang sangat sedikit atau tiada langsung penghasilan sperma.

Cara untuk mengetahui sama ada anda menghidapi kondisi ini adalah dengan melakukan ujian sperma setelah beberapa bulan atau tahun mencuba untuk mendapat anak namun belum berjaya.

apa itu azoospermia

Kaedah pembedahan SSR

Dalam kebanyakan kes, masalah azoospermia mungkin akan dapat diselesaikan dengan menjalani ujian sperma untuk mengetahui masalah sebenar.

Caranya, sperma lelaki akan ditarik keluar daripada testis menggunakan kaedah pembedahan yang seterusnya akan menentukan rawatan selanjutnya.

Apakah kaedah tersebut?

Buat anda yang belum tahu, ia dikenali sebagai pembedahan pengambilan sperma atau surgical sperm retrieval (SSR).

Terdapat beberapa teknik atau prosedur yang mungkin akan dilakukan oleh doktor bergantung kepada tahap keterukan dan kesihatan lelaki termasuklah:

#1. Testicular Sperm Aspiration (TESA)

Prosedur ini dilakukan dengan cara menyuntik jarum picagari ke dalam testis untuk menarik keluar tisu dan sperma dari situ.

Kemudian, sperma terbabit akan dianalisis oleh pakar andrologi dan disimpan menggunakan teknik tertentu untuk digunakan.

Individu yang sesuai menjalani TESA adalah lelaki yang diyakini mempunyai sperma dalam testis pada kuantiti dan kualiti yang dirasakan agak baik dan boleh menghamilkan pasangan.

#2. Testicular Sperm Extraction (TESE)

Prosedur ini dilakukan dengan cara yang agak serupa dengan TESA namun memerlukan sedikit hirisan untuk mendedahkan tisu testis.

TESE adalah prosedur yang akan digunakan oleh doktor untuk mengenal pasti sama ada wujud atau tidak sperma pada testis lelaki.

Individu yang sesuai menjalani TESE adalah lelaki yang diyakini mempunyai sperma dalam testis namun tidak boleh menjalani prosedur percutaneous ekoran parut pembedahan sebelum ini.

kualiti dan kuantiti sperma

#3. Microscopic Testicular Sperm Extraction (microTESE)

Prosedur ini dilakukan dengan cara yang agak serupa dengan TESE namun lebih komprehensif dan dengan penelitian yang lebih dalam.

Pembedahan microTESE dijalankan dalam tempoh masa yang agak lama untuk mengenal pasti kewujudan sperma di dalam testis lelaki.

Ia memerlukan hirisan yang lebih besar berbanding TESE dan akan mendedahkan keseluruhan tisu kedua-dua belah testis lelaki.

Menggunakan mikroskop pembedahan, doktor akan mencari sperma yang mungkin sangat sukar ditemui di dalam tisu testis lelaki.

Individu yang sesuai menjalani microTESE adalah lelaki yang diyakini mengalami masalah non-obstructive azoospermia, lelaki dengan masalah kuantiti sperma pada pemetaan FNA serta lelaki yang mahu melakukannya untuk menemui sperma terbaik.

#4. Percutaneous Epididymal Sperm Aspiration (PESA)

Prosedur ini dilakukan dengan cara yang agak serupa dengan TESA, caranya adalah mengeluarkan sperma dari epididimis yang lebih matang dan lebih mungkin berupaya untuk bertahan selepas disimpan.

Individu yang sesuai menjalani PESA adalah lelaki yang diyakini mengalami masalah obstructive azoospermia atau lelaki yang pernah melalui prosedur vasektomi dan inginkan hirisan yang minimum sahaja.

#5. Microscopic Epdidymal Sperm Aspiration (MESA)

Prosedur ini dilakukan dengan cara mengeluarkan sperma yang terdedah secara langsung dengan menggunakan mikroskop pembedahan.

Walaupun prosedur ini memerlukan hirisan, kebiasaannya ia akan membenarkan sejumlah besar kuantiti sperma untuk dikeluarkan.

Adakah anda adalah salah seorang lelaki yang mempunyai masalah sperma terutamanya azoospermia?

Segera jalani ujian sperma bersama pakar kesuburan berdekatan anda dan berkonsultasi dengan mereka untuk mencari penyelesaian yang terbaik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Perasan tak garisan hitam di perut? Garis hitam itu linea nigra yang selalu ada pada perut wanita hamil. Tapi anda tidak mengandung, jadi kenapa ia wujud?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/01/2021 . 3 minit bacaan

7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

Sperma suami sangat penting bagi lelaki yang inginkan cahaya mata. Apabila anda menghadiri pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui tahap kesuburan...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Jejaka 15/01/2021 . 3 minit bacaan

Nak Jadi Lelaki Macho? Fikir Elok-Elok! Ini 5 Sebab Kenapa Sikap Macho Boleh Undang Padah

Masih ada lagi pandangan stereotaip bahawa lelaki tidak boleh lemah atau mudah goyah terutamanya apabila berhadapan dengan kaum Hawa.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Lelaki, Kesihatan Lelaki Lain 13/01/2021 . 3 minit bacaan

Ini 7 Kesan Stres Terhadap Tahap Kesihatan Kaum Adam, Salah Satunya Lelaki Stres TAK TAMPAN

Walaupun lelaki dan wanita masing-masing mempunyai purata paras stres yang sama, namun kesan perubahan psikologikal dan fizikal berbeza bagi kedua-duanya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Lelaki, Kesihatan Lelaki Lain 12/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

waktu subur perempuan

Kalau Nak ‘Family Planning’, Kena Tahu Waktu Subur Isteri Tau! Jom Fahami Kitaran Haid

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 17/02/2021 . 3 minit bacaan
tips lelaki

Wahai Lelaki, Amalkan 7 Tip Ini Kalau Nak Anak, #3 Tu Wajib Ikut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan
pembedahan prostat

Risau ZAKAR MENGECIL Selepas Pembedahan Prostat? Tapi, Ini Risikonya Jika Anda Tidak Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
tahan air mani

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan