backup og meta

Dah Bersedia Untuk Anak Kedua Tapi Susah Nak 'Lekat'? Mungkin INI Sebabnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2021

    Dah Bersedia Untuk Anak Kedua Tapi Susah Nak 'Lekat'? Mungkin INI Sebabnya

    Anda dan pasangan sudah berusaha untuk mendapatkan anak kedua, tetapi berdepan kesukaran untuk hamil. Mengapakah ini berlaku? Adakah ini berpunca daripada ketidaksuburan sekunder?

    Kesukaran untuk hamil

    Anda sudah memiliki seorang cahaya mata, dan kini kalian sudah bersedia untuk menambah bilangan ahli keluarga baharu. 

    Persediaan secara mental dan fizikal sudah diberikan, malahan anak juga sudah bersedia untuk bergelar abang mahupun kakak. 

    Namun, setiap kali percubaan anda berdepan kegagalan untuk hamil, sedangkan anda tidak mengalami sebarang masalah pada kehamilan pertama. 

    Mengapakah keadaan ini boleh berlaku? Adakah kesukaran untuk hamil ini didasari sebarang masalah berkaitan kesihatan

    Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.

    Apa itu ketidaksuburan sekunder? 

    Walaupun anda tidak mengalami sebarang masalah untuk mengandung pada kehamilan pertama, namun wujud risiko untuk berdepan kesukaran hamil kali kedua.

    Keadaan ini mungkin mempunyai kaitan dengan masalah ketidaksuburan sekunder. 

    Ketidaksuburan atau subfertiliti sekunder adalah ketidakupayaan untuk mengandung selepas kehamilan sekurang-kurangnya untuk kali pertama.

    Keadaan ini adalah biasa berlaku dan menjadi punca kepada hampir 50% masalah kesukaran untuk mengandung.

    Dikatakan lebih ramai pasangan berdepan masalah subfertiliti sekunder berbanding ketidaksuburan primer – yang berlaku pada kehamilan pertama.

    Ia adalah 1 keadaan biasa bagi wanita pada usia lewat 30-an atau awal 40-an.

    Subfertiliti primer merujuk kepada kesukaran mengandung. Ia biasanya selepas setahun percubaan atau 6 bulan bagi wanita berusia 35 tahun ke atas.

    Seperti masalah ketidaksuburan primer, masalah pada peringkat sekunder boleh berlaku pada mana-mana tahap kehidupan dalam proses semula jadi dan boleh dikatakan agak rumit. 

    Tahap kesuburan anda boleh berubah walaupun selepas melahirkan anak. 

    kesukaran untuk hamil

    Punca ketidaksuburan sekunder

    Masalah ketidaksuburan sama ada primer atau sekunder selalunya berlaku disebabkan punca yang sama.

    Namun perkara paling utama untuk anda ketahui adalah ketidaksuburan yang berlaku bukan kesalahan anda.

    Berikut punca penyebab berlakunya ketidaksuburan ini secara umum, yang biasanya turut berkaitan dengan subfertiliti sekunder.

    1. Gangguan ovulasi

    Kebanyakan masalah ketidaksuburan wanita berlaku kerana gangguan pada sistem ovulasi. Hampir 40% wanita yang berdepan ketidaksuburan mengalami ovulasi tidak konsisten. 

    Masalah ovulasi ini boleh berlaku disebabkan keadaan dan faktor seperti:

    • Sindrom ovari polisistik (PCOS)
    • Kekurangan ovari primer (POI)
    • Kemerosotan penghasilan telur disebabkan peningkatan usia
    • Gangguan tiroid atau endokrin lain yang mempengaruhi pengeluaran hormon
    • Faktor amalan gaya hidup, iaitu berat badan, pemakanan serta tabiat yang tidak sihat
    1. Masalah pada rahim atau tiub fallopio

    Ketidaksuburan sekunder mahupun primer boleh berlaku jika terdapat masalah pada struktur badan anda.

    Jika berlaku penyumbatan pada saluran tiub fallopio, sperma dan telur mungkin tidak akan dapat bertemu.

    Kecacatan pada rahim juga boleh menipiskan peluang anda untuk hamil. Ini kerana masalah pada struktur rahim atau tisu boleh menghalang implantasi daripada berlaku.

    Berikut beberapa keadaan yang boleh menjejaskan fungsi pada tiub fallopio atau rahim:

  • Endometriosis
  • Fibroid rahim atau polip
  • Parut rahim
  • Kelainan bentuk rahim seperti unicornuate uterus
    1. Parut pembedahan Caesarean

    Jika anda menjalani kaedah pembedahan Caesarean atau C-sec pada kehamilan sebelum ini, kemungkinan akan wujud parut pada rahim – dipanggil isthmocele.

    Ia boleh menyebabkan keradangan pada rahim dan menjejaskan implantasi.

    Dalam kajian yang dilakukan pada 2019, mencadangkan isthmocele yang berjaya dirawat akan meningkatkan kesuburan.

    Dalam kes ini, wanita yang mempunyai masalah isthmocele dan melakukan rawatan serta mendapat keputusan positif dalam rawatan kesuburan IVF.

    1. Jangkitan

    Sebarang jangkitan, termasuklah jangkitan penyakit kelamin, boleh mengakibatkan penyakit radang pelvis. Keadaan ini boleh menyebabkan parut dan penyumbatan pada tiub fallopio. 

    Jangkitan human papillomavirus (HPV) serta rawatannya boleh menjejaskan cecair pada serviks dan mengurangkan kesuburan.

    Berita baiknya, sebarang jangkitan yang berlaku, jika dirawat dengan segera, boleh mengurangkan risiko kesukaran untuk hamil.

    1. Gangguan autoimun

    Hubung kait antara gangguan autoimun dan subfertiliti masih tidak dapat difahami sepenuhnya.

    Namun, secara amnya, gangguan yang berlaku boleh menyebabkan badan menyerang tisu badan yang sihat dan mungkin melibatkan tisu pembiakan.

    Gangguan autoimun seperti Hashimoto’s, lupus dan rheumatoid arthritis boleh mempengaruhi kesuburan dan menyebabkan keradangan pada rahim dan plasenta. 

    Pengambilan ubat-ubatan dalam merawat gangguan ini juga boleh menjadi punca kepada ketidaksuburan sekunder. 

    ketidaksuburan sekunder

    1. Peningkatan usia

    Usia adalah subjek yang sensitif, khususnya kepada wanita. Namun, malangnya, peningkatan usia boleh menjadi punca kepada berlaku masalah ketidaksuburan ini. 

    Umumnya, kesuburan wanita akan merosot pada usia lewat 30-an dan semakin berkurangan pada usia 40-an.

    Ia bukan bermakna anda tidak boleh hamil, tetapi peluang untuk menimang cahaya mata adalah kecil.

    1. Sebab tidak dapat dijelaskan

    Ia mungkin jawapan yang kedengaran agak mustahil. Walau bagaimanapun, adakalanya masalah subfertiliti yang dialami berlaku tanpa sebarang sebab yang dapat dikenal pasti oleh doktor. 

    Dapatkan sokongan

    Masalah ketidaksuburan sekunder ini boleh menyebabkan tekanan sama ada secara fizikal atau emosi kepada mereka yang mengalaminya. 

    Jika masalah ini menjejaskan perjalanan kehidupan harian anda, mungkin anda boleh mendapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor.

    Dalam masa yang sama, pastikan anda sentiasa mendapatkan sokongan daripada pasangan, ahli keluarga dan rakan baik anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan