Senak atau kekejangan pada bahagian perut merupakan antara ketidakselesaan yang sering dialami oleh wanita hamil. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini adalah normal kerana tubuh sedang mengalami pelbagai perubahan untuk menyokong perkembangan bayi.
Senak atau kekejangan pada bahagian perut merupakan antara ketidakselesaan yang sering dialami oleh wanita hamil. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini adalah normal kerana tubuh sedang mengalami pelbagai perubahan untuk menyokong perkembangan bayi.

Walau bagaimanapun, ada kalanya sakit perut ketika hamil boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang memerlukan pemeriksaan doktor.
Ketahui kenapa perut rasa senak ketika hamil, punca sakit perut mencucuk ketika hamil trimester 1 dan trimester 3, serta beberapa cara hilangkan senak perut ketika hamil yang boleh dicuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Perut yang terasa senak atau kejang (cramp)ketika hamil biasanya berpunca daripada perubahan semula jadi yang berlaku sepanjang kehamilan.
Antara punca yang biasa ialah:
Walaupun kebanyakan keadaan ini tidak berbahaya, anda tetap perlu mendapatkan pemeriksaan doktor jika sakit menjadi semakin teruk atau disertai simptom lain.
Pada trimester pertama, sakit perut mencucuk selalunya tidak berbahaya dan boleh berlaku disebabkan oleh:
Namun, segera berjumpa doktor jika sakit perut disertai:
Keadaan ini mungkin menandakan komplikasi seperti keguguran atau kehamilan ektopik yang memerlukan rawatan segera.
Memasuki trimester ketiga, sakit perut mungkin berlaku akibat perubahan fizikal yang semakin ketara.
Antara penyebab yang biasa ialah:
Namun, segera dapatkan rawatan jika sakit:
Ia mungkin menandakan kelahiran pramatang atau komplikasi lain.
Jika doktor mengesahkan tiada komplikasi serius, beberapa langkah berikut boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan.
Kadangkala senak perut berlaku akibat keletihan atau tekanan. Berehat seketika, lakukan latihan pernafasan atau aktiviti relaksasi boleh membantu melegakan otot.

Dehidrasi boleh menyebabkan kekejangan otot dan memburukkan sembelit. Pastikan anda minum air secukupnya sepanjang hari.
Mandi air suam atau meletakkan tuam suam pada bahagian yang sakit boleh membantu merehatkan otot dan mengurangkan rasa tidak selesa.
Senaman ringan seperti berjalan kaki, yoga kehamilan atau regangan boleh membantu meningkatkan peredaran darah serta mengurangkan kekejangan.
Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang aktiviti fizik
Gunakan bantal untuk menyokong perut atau letakkan bantal di antara kedua-dua kaki ketika tidur bagi mengurangkan tekanan pada bahagian abdomen dan belakang.
Segera dapatkan pemeriksaan doktor jika anda mengalami:
Rawatan awal dapat membantu mengenal pasti punca dan mengurangkan risiko komplikasi kepada ibu serta bayi.
Senak perut ketika hamil selalunya berpunca daripada perubahan normal yang berlaku sepanjang kehamilan.
Jangan teragak-agak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya anda bimbang dengan keadaan yang dialami.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Pregnancy Cramps. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-concerns/cramping-during-pregnancy/. Accessed July 13, 2022.
When Should Cramps During Pregnancy Be Worrisome? https://wfmchealth.org/maternity-health-care/when-should-cramps-during-pregnancy-be-worrisome/. Accessed July 13, 2022.
Pregnancy Discomforts. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/pregnancy-pains. Accessed July 13, 2022.
Stomach (abdominal) pain or cramps in pregnancy. https://www.tommys.org/pregnancy-information/pregnancy-symptom-checker/stomach-abdominal-pain-or-cramps-pregnancy. Accessed July 13, 2022.
Braxton Hicks vs. contractions: Why am I cramping? https://www.osfhealthcare.org/blog/braxton-hicks-vs-contractions-why-am-i-cramping/. Accessed July 13, 2022.
Versi Terbaru
28/07/2026
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa