Dapatan kajian menunjukkan pesakit boleh menambah baik fungsi paru-paru jika melakukan senaman pernafasan.
Mereka juga didapati lebih aktif dalam melakukan aktiviti penjagaan diri atau self-care dan selalu mengikuti aktiviti sosial berbanding mereka yang tidak melakukan senaman pernafasan.
Selain itu, pesakit juga kurang gelisah dan tidak mengalami depresi yang melampau.
Jika anda ingin hidup dengan lebih selesa selepas rawatan kanser paru-paru, cuba lakukan senaman pernafasan. Latihan ini terbukti boleh meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser.
Cuba lakukan senaman regangan

Senaman mudah seperti regangan boleh bantu pesakit kanser paru-paru untuk lebih tenang dan relaks.
Setelah lama berehat dan tidak bergerak dengan aktif, maka senaman regangan boleh membantu pesakit untuk memperbaiki postur badan masing-masing.
Pergerakan yang dilakukan ketika aktiviti meregang akan membuatkan badan anda lebih fleksibel. Ini akan memudahkan anda untuk melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah.
Jika dilakukan bersama latihan pernafasan, pesakit pasti dapat perhatikan perubahan positif dalam kehidupan seharian. Pesakit akan dapati mereka lebih mudah untuk bergerak dan juga bernafas.
Bagaimana hendak kekal selamat ketika bersenam?
- Pesakit kanser paru-paru yang ingin bersenam perlulah lakukannya dengan selamat untuk elakkan sebarang kecederaan
- Pastikan anda bersenam mengikut kemampuan. Jangan bersenam secara keterlaluan kerana badan anda mungkin tidak mampu melakukan senaman dengan intensiti yang sama seperti dahulu
- Pastikan anda mulakan senaman dengan perlahan. Anda boleh lakukan senaman yang mudah seperti berjalan, berenang atau berbasikal
- Gunakan pedometer atau telefon bimbit anda untuk rakam jumlah langkah yang diambil setiap hari. Kadangkala, anda mungkin tidak sedar tentang jumlah langkah yang anda ambil sehari
- Perbaiki postur badan. Jika anda habiskan masa terlalu lama dengan duduk, lama-kelamaan postur badan anda akan jadi semakin merosot. Pastikan anda tegakkan badan supaya lebih mudah untuk bernafas
- Rawatan kanser selalunya akan membuatkan pesakit hilang kekuatan otot. Cuba lakukan senaman kekuatan supaya badan anda jadi semakin kuat
- Pastikan anda lakukan warm-up, regangan dan cool-down selepas senaman untuk elakkan kecederaan!
Kesimpulan

Pesakit kanser paru-paru perlulah berkomunikasi dengan doktor sebelum melakukan sebarang senaman.
Jika anda bukanlah seorang yang aktif sebelum menerima rawatan kanser, mungkin anda perlu mulakan senaman secara perlahan.
Senaman mempunyai banyak kebaikan untuk pesakit kanser. Oleh sebab itu, cubalah isi hari anda dengan melakukan pergerakan mudah supaya boleh menjalani hidup yang lebih aktif dan selesa.