backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

BAHAYA Ibu Hamil STRES, Boleh Bersalin Bayi Pramatang, Si Manja Pula Berdepan Risiko Sakit

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/07/2022

    BAHAYA Ibu Hamil STRES, Boleh Bersalin Bayi Pramatang, Si Manja Pula Berdepan Risiko Sakit

    Sepanjang tempoh kehamilan, perubahan melibatkan emosi ibu mengandung adalah perkara biasa. Tetapi jika berlebihan, ia berisiko membawa bahaya kepada ibu dan kandungan.

    Memahami emosi ibu mengandung

    Siapa yang tidak seronok saat berbadan dua. Namun mengandung turut boleh menimbulkan pelbagai emosi kepada anda termasuklah rasa cemas atau tertekan. Tetapi ia adalah 1 keadaan normal untuk dialami wanita yang hamil.

    Umumnya, tekanan yang berlaku adalah 1 reaksi normal terhadap perubahan besar seperti kehamilan. 

    Dalam beberapa keadaan, tekanan dialami boleh dianggap 1 perkara baik kerana mendorong individu untuk bertindak dalam berdepan cabaran baharu.

    Walau bagaimanapun, stres secara berlebihan dan terlalu membebankan bagi wanita yang sedang hamil boleh mengakibatkan masalah kesihatan kepada diri anda dan juga kandungan.

    Tekanan mempengaruhi tempoh kehamilan

    Emosi ibu mengandung yang turun naik bersama rasa tertekan adalah perkara biasa sepanjang tempoh kehamilan.

    Ini kerana proses mengandung itu sendiri mendatangkan banyak perubahan dalam kehidupan, sama ada secara fizikal mahupun mental. 

    Tahap tekanan yang tinggi dan berterusan untuk jangka masa panjang boleh menjejaskan kesihatan, seperti mewujudkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. 

    Semasa mengandung, tekanan berlebihan mengembangkan kemungkinan untuk mempunyai bayi pramatang, iaitu bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan.

    Di samping itu, stres yang berterusan boleh meningkatkan risiko bayi lahir dengan berat badan rendah, yang kurang daripada 2.5 kilogram (kg).

    Bukan itu sahaja, bayi yang lahir secara pramatang atau berat lahir yang rendah mempunyai risiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan.

    tempoh kehamilan

    Punca perubahan emosi ibu mengandung

    Bagi kebanyakan wanita yang hamil, mendapat perkhabaran bahawa mereka berbadan dua juga boleh menjadi 1 pengalaman yang memberikan tekanan. 

    Dalam keadaan tersebut, anda akan berasa seperti hilang kawalan atau tidak mempunyai sumber dan sokongan yang mencukupi untuk menguruskan apa yang bakal anda lalui sepanjang tempoh kehamilan.

    Antara punca tekanan biasa bagi setiap wanita yang mengandung adalah:

    • Anda mungkin berdepan ketidakselesaan semasa tempoh kehamilan seperti mabuk pagi, keletihan, sembelit, atau sakit belakang
    • Perubahan hormon mengakibatkan perubahan emosi. Mood swings menjadikan tekanan lebih sukar diatasi
    • Kerisauan tentang apa yang dijangkakan semasa proses kelahiran dan bagaimana untuk menjaga bayi
    • Jika anda bekerja, kebimbangan untuk uruskan tugasan kerja dan persiapan untuk mengambil cuti bersalin
    • Kerisauan tentang makanan dan minuman yang diambil mungkin memberi kesan kepada bayi

    Perkara lain yang boleh menjejaskan emosi ibu mengandung termasuk:

    • Menunggu keputusan pemeriksaan pranatal
    • Pengalaman kehamilan lepas seperti keguguran atau kematian bayi
    • Kehamilan mengejut yang tidak dirancang
    • Berdepan perubahan fizikal semasa mengandung
    • Komplikasi kehamilan
    • Menjadi ibu bapa tunggal dan risau tentang bagaimana untuk menghadapinya
    • Masalah dalam perhubungan dengan pasangan atau keluarga
    • Masalah kewangan
    • Kehilangan atau bertukar pekerjaan
    • Kesedihan seperti kematian ahli keluarga
    • Masalah kesihatan seperti kemurungan atau penyakit mental

    Jika anda mengalami lebih daripada 1 yang disenaraikan di atas dalam masa yang sama, bermakna anda berdepan tekanan yang banyak.

    emosi-ibu-mengandung-undang-bahaya-kandungan

    Bagaimana tekanan menjejaskan kehamilan?

    Hubung kait antara tekanan dan kehamilan masih tidak dapat difahami dengan jelas. Tetapi sesetengah tekanan melibatkan hormon memainkan peranan ke atas komplikasi ketika mengandung.

    Tekanan yang kronik atau berpanjangan boleh menjejaskan sistem imun yang melindungi diri daripada jangkitan.

    Ini sekali gus meningkatkan risiko jangkitan pada uterus dan ia boleh mengakibatkan kelahiran pramatang.

    Masalah lain yang boleh dialami:

    Tidak cukup tidur

    Tidak selesa sepanjang tempoh kehamilan seperti kesukaran untuk tidur, sakit badan dan mabuk pagi yang dirasakan lebih teruk apabila tertekan.

    Pemakanan 

    Emosi ibu mengandung yang terjejas berkemungkinan menyebabkan mereka mengalami masalah berkaitan selera makan. Ia sama ada kurang atau terlebih makan. 

    Kesannya anda akan mengalami masalah kurang berat badan atau terlebih. Risiko untuk penyakit diabetes gestasi dan kelahiran pramatang adalah tinggi.

    Tekanan darah tinggi

    Stres berlebihan ketika tempoh kehamilan cenderung menyebabkan anda mengalami tekanan darah tinggi. 

    Keadaan itu meletakkan anda kepada masalah pre-eklampsia, kelahiran pramatang dan bayi lahir dengan berat yang rendah.

    Bukan itu sahaja kesan kepada si manja, bayi dalam kandungan juga boleh berdepan gangguan tumbesaran serta menjejaskan tempoh kehamilan anda.

    Tekanan kronik secara tidak langsung mendedahkan bayi dengan risiko perkembangan fizikal dan mental termasuklah tingkah-lakunya ketika melangkah ke alam kanak-kanak.

    emosi-ibu-mengandung-undang-bahaya-kandungan

    Mengawal perubahan emosi ibu mengandung

    Sangat penting untuk menjaga perkembangan mental dan emosi sepanjang tempoh kehamilan, dan bukan sekadar menjaga kesihatan fizikal semata-mata. 

    Apabila anda berasa gembira dan sihat, anda pasti dapat mengatasi dan mengawal tekanan yang dihadapi.

    Sudah tentu ia akan mengurangkan risiko untuk mengalami sebarang kesan yang tidak diingini kepada diri atau bayi dalam kandungan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan